expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 4, 2010

Colourful of BKKM

4 Jun 2010, BKKM, Putrajaya: Waktu tengahari di hari jumaat.. sangat menenangkan.. hehe.. Tiada siapa di ofis kecuali kami bertiga.. Aku, syahnaz dan Liyana.. Lunch tadi kami menikmati nasi Ambang yang dibeli kat Aditorium Parcel E.. Sedap sangat.. Puas la makan untuk harga nasa RM5.00 sebungkus. Huhu..

Cerita tentang office, ada 1 perkara yang menarik.. Dalam sebulan mesti akan ada geng boria yang tak diiktiraf. hehehe.. Yang menariknya, geng ni akan pakai baju yang berwarna sama tanpa diketahui oleh empunya badan.. Macam hari ni, ramai betul yang pakai warna pink.. So today we call it as pinky day..:)

  

Before this, pernah juga tema warna merah dan biru... Nak upload gambar tapi server slow sangat..

By the way, BKKM sememangnya penuh dengan pelbagai ceritera yang berwarna-warni.. Ada sedih, ada gembira, ada kemarahan, ada keceriaan dan macam-macam lagi.. Bekerja di sini memberikan pelbagai pengalaman menarik.. Dapat mengenali pelbagai ragam manusia yang berbeza latarbelakang, status, perwatakan, sikap dan sebagainya. Ini baru di BKKM. Di tempat lain, berjuta jenis manusia dapat dilihat. Semuanya ciptaan Yang Maha Agung menciptakan manusia dalam pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Baru aku sedar, aku perlu meluaskan lagi pergaulan ku dan mencipta silaturrahim sesama manusia. Dulu aku agak konservatif. Hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja. Sedangkan ramai kawan itu sangat penting. Kita dapat melihat pelbagai sudut pandangan yang berbeza dan tidak terlalu bergantung pada orang tertentu sahaja. Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengenali antara satu sama lain. Kalau ada masalah, kita dapat mempelbagaikan pendapat dan menggabungkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk atasi masalah itu. Alhamdulillah, cara ini memang berkesan. Sebelum ini aku selalu buntu, keliru.. Bila tak boleh selesai masalah, mulalah stress dan memakan diri sendiri. Harapan lepas ni, Allah akan permudahkan jalanku untuk menghadapi dugaan hidup ini. Amin...

(Tips dari kak Siti Noraini: Jangan terlalu rapat dengan sesiapa- boleh digunakan ke? huhu..)

Jumpa in the next blog.. Salam Ukhuwah...

Syahirah<_@

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...