expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 29, 2010

Geram yang teramat!!!;#

Tak tahu apa kena dengan ku hari ini. Semuanya serba tak kena. Ditambah pula dengan kerja pejabatku yg tak jalan2. Ni gara-gara external hard disk ku buat hal! Nak tunggu dia format berjam2. Folder2 kerja semua dah berterabur kat pc ofismate yg len. Jap lagi nak kutip balik. Sabar jela. Akibatnya,  1 hari ni aku mengadap fb tak berkesudahan berselang-seli dengan emel yang balik2 menunjukkan benda yang sama. Last2 aku kebosanan dan mati kutu! Dan jari-jemari ni pun rajinlah menaip kat blog ku ini..

Aku tak tahu nak cakap macam mana.. Hati ku ini rasa bermacam2 perasaan. Tapi sebenarnya perasaan geram dan marah melebihi daripada perasaan lain. Walaupun perasaan sayang dan rindu cube menenggelamkan perasaan geram dan marah tu. Dan kadang2 perasaan sedih dan kecewa hadir tatkala mendengar pendapat2 orang sekeliling yang menyentuh pendirian dan perasaan ku ini.

Entahlah.. Aku betul2 bingung.. Buntu.. Keliru.. ;( Aku lost di tengah2 lautan perasaan dan realiti alam kehidupan ini. Blurrnesssss.... Aku cuba menolak kemungkinan perkara itu yang sebenarnya terjadi pada seorang insan yang aku baru mula kenali. Tetapi daripada analisis dan pemerhatian ku serta penyiasatan ku sedikit sebanyak membuktikan kebenaran perkara itu. Tapi aku takut! Aku takut teramat sangat jika benar perkara itu berlaku. Aku takut tak boleh terima kenyataan. Selama ni aku berpegang teguh pada prinsip itu, tapi tak sangka perkara itu yang mungkin melanda diriku sekarang. Aku sendiri rasa lemas. Dan tak tau apa nak buat sebenarnya. Tempoh seminggu ni aku harap dapat mengumpul kekuatan untuk mendengar penjelasannya darinya. Aku harap aku bersedia dan tabah mendengar segala kemungkinan. Tapi sudah pasti aku akan menangis sekiranya itulah kebenarannya. Itu pun kalau dia nak mengaku. Tapi kalau telahan aku silap, Alhamdulillah...

Aku betul2 tak tahu nak buat apa sebenarnya. Aku cemburu pada orang yang tak sepatutnya aku cemburu. Benda yang tak logik dek akal. Sungguh! Aku sendiri rasa geram dan kalau aku mampu, sememangnya aku nak belasah je cukup2 manusia tu jika benar dia terlibat! Arrgghhhh!! Sakitnya hati!!!!

Kalau itulah kebenarannya, sememangnya aku akan terluka kerana dipermainkan dan diperbodohkan sedemikian rupa. Tergamak sungguh dia wat begini padaku. Pandai sungguh mereka bermuka2 depan mataku seperti insan normal yang takde pape. Ya Allah hai... Bodohnya aku.. Napela aku leh percaya kat orang macam ni? Dan boleh pulak aku menaruh perasaan pada dia? Ya Allah... Sakitnya hati ini..;( Aku rasa jijik sangat2. Tapi aku tak salahkan dia. Aku geram pada mangkuk yang sorang tu. Aku rasa dia lah penyebab segalanya sehingga terjadi benda2 macam ni. Muka nampak baik ya amat! eeii bila aku tengok gamba dia dalam fb, aku rasa macam nak tampar2 je rasa! Minda ku asyik teringat dari detik pertemuan pertama sehingga terakhir. Berlegar2 mencari petunjuk daripada pertemuan2 tu. Dan terbukti ada logiknya! Tapi hati kecilku ini tetap menafikannya. Aku benar2 tak sanggup nak dengar tentang perkara tu. Entahlah.. Ya Allah hai.. bagilah aku kekuatan.. Tolonglah..

Aku berharap sangat semua tu tak terjadi. Aku berharap sangat apa yang ku sangkakan itu adalah salah. Aku berharap sangat dia bukan macam tu. Ya Allah tolonglah aku Ya Allah.. Aku benar-benar buntu dan keliru...:(

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...