expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 24, 2010

Hurts!!!

"Kini baru ku tahu kau sebebnarnya duri dan sembilu.. Kini baru ku tahu fikiranmu pendita penipu!"

Em ayat2 di atas membuatku hatiku sakit teramat bila mengenangkan ape 'dia' buat padaku dan bekas sahabatku. Ku taktahu apa tujuan 'dia' wat begitu tapi mungkin kerana marahkan aku yang pernah meninggalkan 'dia'. Bukan niatku utk memburukkan sesiapa, tetapi luka di hati ini sangat berbekas dan menyakitkan! Hanya kerana kejadian di tepi jalanraya, aku dipersalahkan tanpa belas kasihan. Apakah aku yang hanya seorang wanita perlu berseorangan membantu seseorang yang aku tak tahu apa kejadian sebenar yang berlaku? Kalau apa2 terjadi padaku bagaimana? Betul kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada.. 

Hari ini, Alhamdulillah aku lebih tenang menghadapi kehidupanku.. Bersama semangat baru yg belum 100% pulih. Mendengar 1 berita yang sangat mengejutkan dan menyakitkan sememangnya meragut seluruh tangkai hati ini. Seharian aku menangis keseorangan di satu tempat yang tidak diketahui. Bayangkan selama ini aku rasa bersalah atas apa yang berlaku tapi tak ku sangka 'dia' lebih teruk dari yang ku sangka. Sedang aku baru hendak bertatih mencari semula kehidupan, 'dia' telah pun menyulam cinta dan bahagia bersama orang lain di atas penderitaan aku dan bekas sahabatku.. 'Dia' tak perlu rasa bersalah kerana dendamnya mungkin telah terbalas.. Takpe, akan ku kuatkan hati ini demi mencari erti kehidupan sebenar.. 

Buat 'dia', ku ucapkan selamat berbahagia.. Ibarat orang meninggal, kubur pun masih merah, 'dia' telah pun hidup bahagia bersama insan lain. Aku benar-benar tidak menyangka perkenalan yang amat singkat boleh membawa 'dia' sehingga ke ikatan itu, sedangkan aku yang bertahun2 kenal, langsung tidak merasa kebahagiaan.. Sebaliknya hanya penderitaan.. Perkataan yang paling tepat utk 'dia' adalah PENIPU. 'Dia' boleh menuduh aku macam2, tapi akhirnya, dia yang melakukannya.. How could 'he' become like dat?? 

"Don't say love if u can't take it, dont say forgiveness if u can't give it" 

~Syahirah~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...