expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 25, 2010

Migrain??

Apakah itu migrain? Kebelakangan ini aku kerap kali diserang penyakit yang di luar dugaan ini. Mengapa? Adakah sebab terlalu stress? Terlalu penat? Terlalu banyak menangis? Kurang tidur? Kurang makan? Kurang mengambil suplemen/makanan tambahan? Kurang bersenam? Entahlah..

Daripada maklumat ku cari, migrain sememangnya satu penyakit yang tak terjangka bila akan berlaku. Seperti juga sakit jantung. Semalam, sekali lagi aku diserang migrain. Secara tiba-tiba sahaja sedangkan sebelumnya keadaan ku elok sahaja. Mungkin akibat terlalu banyak sangat berfikir sambil menghadap komputer tanpa henti dari pagi.. Perut pula kosong kerana berpuasa. Tiba-tiba sahaja pandangan ku kabur.. Semua benda ku lihat kelihatan berganda-ganda dan tidak dapat dilihat dengan jelas. Aku cuba menenangkan diri tetapi denyutan di kepala semakin menjadi-jadi. Pandangan semakin kabur dan terus gelap. Tau-tau, aku telah terbaring di bilik solat belakang pejabatku. Entah aku sendiri yang berjalan ke sana atau ada sesiapa yang memapahku ke sana. Pabila ku sedar terus tekak ku terasa loya dan tanpa membuang masa aku terus berlari ke toilet untuk membuang segala isi perut tetapi hampeh.. Perut kosong.. Hanya sisa ubat migrain yang ku telan sahaja keluar. Baru ku sedar, aku telah memakan ubat tanpa ku sedari. Mungkin akibat terlalu sakit yang tidak tertahan, sempat juga ku capai ubat sebelum terbaring di dalam bilik solat. Tak dapat lah aku menghabiskan ibadah puasa ku sehingga waktu berbuka.. Mungkin ujian daripada Allah swt..

Bila ku fikirkan kembali, kadang2 aku menjadi risau bila memikirkan penyakit ku ini. Daripada pembacaan ku, aku juga boleh menjadi buta jika migrain ku menjadi terlampau teruk. Entahlah.. Tapi sekurang-kurangnya doktor kata, migrain ku masih di tahap rendah dan tidak merbahaya. Benarkah? Jadi, bagaimana dengan si F?  Aku pernah terjumpa berbuntil pil dalam dashboard keretanya. Bila ku tanya, F menjawab itu adalah ubat migrain. Pil yang berwarna kuning berbentuk bujur. Lain daripada pil yang ku makan. Bila ku cari maklumat, sememamngnya pil kepunyaan F untuk migrain di tahap yang paling teruk.. Aku sangat risau memikirkannya. Walaupun baru berkenalan, aku seperti dapat rasakan kesakitan yang ditanggung oleh F jika diserang migrain, Bayangkan aku yang masih di tahap rendah, sakitnya tak dapat ditanggung, apatah lagi F yang sudah di tahap yang agak tinggi.. Pernah ku tanya F adakah dia ada penyakit lain, tetapi lain yang dijawabnya.. Dan jawapan yang paling tidak ku senangi, "biasalah orang dah nak mati.." Kemudian F ketawa dan aku pun memarahinya kerana berkata sedemikian. Untuk F, saya harap awak jagalah kesihatan awak baik2. Walaupun hubungan kita ni masih tidak diketahui hala tujunya, tapi sememangnya saya ambil berat terhadap awak.. Apakah perasaan ini F? Entahla.. saya takut nak hadapi perasaan itu lagi.. Dah terlalu banyak mengecewakan dan dikecewakan.. Jaga diri baik2 ye En. F...:)

Em kat sini aku nak share sedikit maklumat tentang penyakit migrain ni. Ok selamat membaca..:)

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

~sekian~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...