expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 5, 2010

Angan2 si syahirah...:p

Malam ni 1 lagi drama bersiri baru akan ditayangkan di tv3. yeke? huhu aku pun dah jarang tengok tv. Tapi bila tengok dalam iklan, macam baru nak start ditayangkan. Tajuknya Arjuna.. Em daripada iklan2 yang ditayangkan, macam best ceritanya. Pelakon2 dia pun hebat2 especially, Remy Ishak! Huhu pelakon pujaan baru ku selepas Adi Putra. hehe.. Tapi kalau adi putra ada berlakon sekali mesti lagi gempaq kot. N tambah dengan fahrin ahmad, fuhhh... memang aku sanggup jadi penonton setia la tiap minggu! hehe.. Em dah lama tak ada cerita2 tentang pendekar2 dan wira2 melayu purba macam ni. Masa aku kecik2, ada jugak cerita2 tentang pendekar2 melayu ni walaupun tak banyak. Tapi memang best jalan ceritanya. Cuma tak berapa ingat tajuk, pelakon n jalan ceritanya. Waktu tu, kedua orang tuaku memang jadi penonton setia tiap minggu nak tengok cerita tu. Aku pun terikut-ikut sekali.

Em malam ni kalau aku larat, dan masih bersemnagat melawan mengantuk ni, memang aku nak tengok cerita Arjuna ni. Ni pun tersengguk-sengguk dah ni. Dah jam 8.00! Aku belum maghrib lagi. Em okla, nak solat then mengaji sampai isyak.. Begitulah rutin harian ku selepas waktu kerja. Mencari ketenangan selepas berpenat lelah mencari rezeki di siang hari. Lepas tu uruskan rumah tangga. Cewah! Tapi memang macam tu la hidup ku. Sediakan makan malam, lipat kain baju, kemas rumah, basuh baju.. Em kalau aku dah kahwin, macam ni la agaknya hidup aku ek? huhu.. Wat kerja rumah, memasak makanan untuk suami tersayang. N bila dia balik, boleh makan sama-sama. Layan dia dengan baik dan senyuman sepanjang masa.. Em bahagianya..:) Walaupun penat dengan kerja, suami adalah yang pertama.. Dushhh! haha berangan! hehe.. Takpela satu hari nanti aku akan alami semua tu.. InsyaAllah...

Angah kesayanganku dah masuk U. Aku bangga sangat2 dia dapat masuk UPNM. Tapi sok lusa jangan jadi kasar macam askar sudahlah. huhu.. For my beloved sister, study rajin2 okeys.. i'll pray for u my dear... Jangan hampakan harapan ibu n ayah k..:)

Ok nak solat n mengaji..

Wassalam...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...