expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 22, 2010

Congratz+Gud Luck

Alhamdulillah setel masalah tu.. Nasib baiklah aku tak naik hangin ngan minah tu tadi. Terpaksa lah aku wat muka kesian. Thanx Shahrul sebab tolong gantikan i jaga pameran kat PWTC hari ni. Sabtu ni i gantikan u plak ye.. Thanx also to Mr. Thayalan yang bagi pelepasan kat Shahrul. Kan best dapat bos macam dia. Tak banyak songel.. huhu..

Em baru je lepas lunch. Hari ni aku bawa bekal nasi berlaukkan sardin. Syoknyerr.. haha.. Feveret tu.. Kalau ada kangkung goreng ikan masin lagi meletop! huhu.. Minggu ni tetiba rajin nak memasak hari-hari. So hari-hari lah aku bawa bekal ke ofis. Jimat ongkos! hehe.. Takpela, nak belajar jadi seorang wanita yang akan berumah tangga.. ahaksss!! Mengarut! Ntah bila aku akan berumah tangga agaknya.. Tapi honestly sekarang ni aku rasa pelik dengan diriku. I don't know why.. Tapi itula aku rasa. Aku rasa aku macam aku dah berkeluarga. Kena jaga makan pakai orang2 kat rumah tu. Mungkin sebab tinggal aku n ayahbonda ku kat rumah, jadi tanggungjawab jaga rumah tangga family aku dah jatuh 100% kat aku. Yela, angah dah masuk UPNM. Adik lelaki kat Kolej Yayasan Melaka. Sunyi pun ada kadang-kadang. Kalau ada angah, lehla kitorang bergurau senda di waktu lapang seperti kanak2 riang. hehe..

Tapi pape pun aku bersyukur, adik-adik ku berjaya melanjutkan pelajaran. Walaupun yg adik lelaki just wat sijil kemahiran, sekurang-kurangnya dia nak juga sambung belajar. Daripada kawan2 yg senasib dengan dia dok tak tentu arah lepak sana sini. For angah, along doakan belajar rajin-rajin k. Bukan senang nak masuk U. Tak lama pun.. 3 tahun je.. Kuatkan semangat!

For my kazen, ikin.. Good luck 4 ur interview esok.. InsyaAllah ade rezeki dptla ko keje kat putrajaya ni. Ade jugak aku geng kat sini.. huhu..

Okla nak solat zohor.. To be continue...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...