expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 21, 2010

Kerja, kije, koje

Wah.. sudah lama ku tidak mengupdate blog ku ini. lama ek? yela kot.. Alhamdulillah aku sihat walafiat.. Masih dipanjangkan umur utk menulis sesuatu dalam ni. Hari ni, macam2 berlaku dalam hidupku n lebih kepada urusan kerja la. Pagi tadi aku ke JKN KL kat Jln Cenderawasih. Meeting dengan SUB sana utk dapatkan pandangan dorang tentang pembangunan sistem utk sesuatu program. Selama ni kami terkontang kanting membangunkan sistem yang tak stabil, alhamdulilah dengan bantuan Bahagian Kompetensi, kami dah nampak jalan yang sepatutnya kami ikut utk bawa Program LPM spy lebih mantap n efisien! Thanx to Pn. Hasnah n Datin Norby. (Maaf kalau salah ejaan) huhu. Tapi memang idea n pengalaman dorang sangat2 mantap. Kalau lah dari awal kami diberi pendedahan sebegini, dah pasti program LPM ni jadi program terbaik dlm KKM. Yela, nak develop 1 sistem persijilan yang efisien seiring dngn enforcement Food Hygiene 2009, bukannya senang. Kena melibatkan org2 yang lebih profesional dan berpengalaman. Ini tak, kami dibiarkan terkontang kanting tanpa hala tuju oleh seorg ketua yang ntah tahu ke tak tanggungjawab sbg ketua. sabar jela.. hmm..

Hari ni, minah tu cari pasal lg ngan aku. Disebabkan tak bagi aku pergi jaga pameran kat PWTC sok, terus nak siasat aku mcm2. konon2 aku tak wat keje la apela. Aku jumpa klien printing modul aku pun dia tak percaya! Siap suh si liyana g siasat kat front desk. Aku suh lee tangkap gambo kalau dia tak percaya sgt. haha.. Tapi aku tetap akan ke pameran tu nanti sebab Pn. Timbalan Pengarah dah minit kat memo suh aku g. Arahan sape lebih berkuasa?? huhu.. Tapi maybe lewat skit kot. pagi2 kena menghadap dia dulu. discuss tentang pre & post test yg tak berkesudahan! Nak termuntah dah aku tengok benda tu. Sabar jela.. Saja taknak aku g pameran la tu.

Pagi tadi tetibe dapat mesej dari sorang kenalan pejabat. Ade plak nak sound2 aku pasal UMNGOK. Suka hati aku la nak sokong sape pun. Aku tak kecoh pun orang lain nak sokong apa. Dia sibuk je nak nasihat2 aku supaya sokong UMNO. Siap ugut lagi tu, "jangan bermain dengan api, nanti membakar diri". Hmm.. Itula orang2 UMNO. Tak profesional langsung. Walhal kat ofis ni berlambak2 lagi yang menentang kerajaan BN. Apsal tak sound? Tapi aku takde la nak balas balik.. I just smile..:) besela orang2 camni.. Lgpun UMNO memang dah terdesak skrg ni nak raih sokongan. PRU tak lama lagi kan.. Wahai org2 UMNO n sewaktu dengannya, tolongla buka mata skit k. Sebagai rakyat, kita kena amek tahu dan fikirkan apa yang pemerintah kita wat. Aku bekerja dalam gov, macam2 penyelewengan aku dapat lihat. Jadi jgn nak nasihat aku macam2. Aku lebih tahu byk maklumat yg org len tak tahu tentang pemimpin2 kita skg. Tapi aku malas nak cakap sebab yela, sapela aku ni.. cewah.. huhu..

Okla, sekadar berkongsi luahan rasa.. Tiada niat untuk menyakiti sesiapa.. Kita demokrasi.. Takkan semua benda nak sekat kot macam akhbar milik PR.. Oops! hehe..

So, tepuk dada tanya iman...:)

Wassalam...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...