expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 13, 2010

AkTvT di bulan Pose...

Wah.. bestnyer bulan Ramadhan.. Leh collect pahala banyak2..:) insyaAllah.. Em aktiviti aku di bulan puasa ni berjalan seperti biasa. Bekerja dengan penuh tekun dan sabar.. Cewah! hehe.. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan yang mencabar..

Waktu rehat tengahari di pejabat, aku dan beberapa staf berhampiran tempatku mengadakan tadarus Quran beramai-ramai. Seronok sangat2..!:) InsyaAllah diharapkan bulan Ramadhan ni kami dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. Membaca Quran sememangnya memberikan ketenangan sangat2.. Hari ini hari Jumaat. Rehat nanti masa panjang. Bolehlah membaca Quran lebih lama.. Alhamdulillah sangat dapat menunaikan ibadah puasa dengan aktiviti yang berfaedah. Tapi yang aku menulis blog ni kenapa?? Wakaka... huhu saja teringin menulis sesuatu..

Bila fikir-fikir balik, nak tulis sesuatu dalam ni pun dah jadi macam 1 kesalahan. Takut disalahertikan. Niat ku sekadar berkongsi pendapat dan aktiviti ku. Harap maaflah kepada sesiapa yang terasa dengan penulisan ku ini. Kalau ada yang masih tak berpuas hati, takpela, aku terpaksa mengalah dan mungkin blog ini akan ditutup. Entahlah.. Aku sayang dengan blog aku ni. Ni jela tempat aku nak cerita apa-apa untuk dikongsikan. Sedih pun ada. But you must be strong, Mesya! Buat tak tahu je apa orang nak kata.(Someone told me..) huhu  tapi aku tahu bukan ada sesiapa nak baca sangat pun. Sekurang-kurangnya leh juga aku asah bakat terpendam aku dalam bidang penulisan! Cewah! hehe..

Kadang-kadang teringin nak tulis sebuah novel.. Idea berlambak-lambak dalam otak aku ni. Tapi tak tahu mana nak mula. Masa belajar dulu pernah juga deraf beberapa kisah. 1 kisah tu bersuasanakan di zaman dahulu kala. Ala-ala zaman pendekar2 dulu. huhu pelik kan otak aku ni? Maybe aku suka baca tentang sejarah. Siap khatam buku teks sejarah yang warna coklat tu! That's why i got A in Sejarah Paper during SPM! hehe.. Tentang 3 orang gadis kembar yang mempunyai perwatakan berlainan. Yang sulong- orangnya tegas, sangat berdisplin, dan sangat tipikal terhadap sesuatu perkara terutamanya dalam percintaan, tapi jenis yang cool, tak mudah marah tetapi pantang dicabar, mempunyai ilmu persilatan yang sangat hebat seperti ayahnya. Yang second- Seorang yang sangat lemah-lembut, bijak, mudah menangis, pandai memujuk dan sangat baik pada adik-beradik nya. Yang bongsu- jenis gila-gila, lurus bendul, suka buat huru-hara dalam kampung dan family, sering dimarahi ayah nya, tapi tak pernah serik, malas belajar dan macam bengong-bengong skit kot. hehe.. Tapi sebenarnya mereka ni mempunyai 1 persamaan.. Apa dia?

Al-kisahnya...



Bersambung lain kali! kehkeh.. nak sambung wat kerja pula. Hmm.. pagi-pagi mood dah terganggu.. Takpela, dugaan berpuasa.. Harap diberikan kekuatan dan semangat untuk harungi dugaan sepanjang Ramadhan ini.. Amin..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...