expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 1, 2010

AkTvT Di hArI mInGgU

Hari ni taktau la nak kata rajin, takdela rajin sangat. Nak kata malas, takdela malas. semua kerja uma aku dah wat. Takpela, hari ni just nak cerita skit2 je aktiviti ku. Untuk makan2, menu hari ni aku masak ayam goreng berempah, sayur kobis masak lemak n sambal belacan sarawak. Nyam3! Ayam berempah tu 1st time buat. Taktau la nak kata jadi ke tak.. Rasa dia ok je.. Maybe kena modify skit rempah2 nyer..

Pagi tadi sempat jugak aku membuat kek strawberi bertoppingkan coklat. Then ditabur dengan ape benda ntah biji kecik2 yang warna-warni tu. Bila dah siap hias kek tu, sayang plak nak makan. hehe.. Sampai sekarang ada dalam kotak tu. Ibu aku dah tak sabar2 nak makan kek tu. huhu.

Malam karang kalau rajin, aku ingat nak goreng cendawan salut tepung untuk tokok tambah lauk. Kebetulan sepupu ku shikin yang duk kat sitiawan perak tu dapat kerja kat sini. Jadi petang nanti sampai lah dia sekeluarga kat sini. Best nya ada kazen wat teman di kala kesunyian wat sementara waktu ni. Tak sabar nak jumpa dia. Lehla share macam2 cerita nanti. huhu.

Em kadang2 aku rasa pelik dengan diriku ini. Entahlah.. Mungkin tiap saat fikiran aku teringat kan seseorang kot. Entahlah.. Tapi serius itulah yang berlaku. Tak pernah2 aku macam ni sebelum ni. Dulu pun pernah jugak bercinta tapi takdela sampai tiap saat teringat kat dia. Tapi yang ni entahlah.. Walaupun tahu dia dah ada orang lain, tapi hati aku ni sentiasa teringat kat dia. Aku dah cuba buat macam2 benda dah tapi tetap bayangan nya tetap muncul. Tengah masak pun tadi tak pasal2 aku tersalah hantar sms ke dia. Ni angah ku punya pasal la ni. Hmm.. Entah napela aku jadi camni ek? Tiap hari aku berdoa, apakah hikmah semua ni.. Takkan Allah nak cipta semua ni untuk jadikan kehidupan manusia lebih teruk.. Sudah pasti Dia nak manusia tu jadi lebih baik daripada sebelum2nya. Nampak perkara ni macam remeh tapi sebenarnya sangat berat nak tanggung. Tapi dia ni tak pernah kata taknak. Just kata dia ada orang lain tapi tak direstui n tak tahu nak wat camne. Last2 aku kata, kahwin jela ngan orang tu tapi dia kata orang tu tak bersedia lagi. Pulak?? Hmm.. Lelaki2.. Macam2 perangai. Bila kita tak suka, dia nak kita suka. Bila kita dah suka, lain plak jadinya. Aku pun tak tahu lah.. Apa yang mampu aku buat hanya lah berdoa dan berusaha yang terdaya. Selebihnya Allah yang tentukan...

~syahirah~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...