expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 18, 2010

Ku percaya ada cinta...

Wah hari ni tetibe aku nak bersyahdu-syahdu pulak. hehe.. Tapi memang enjoy bila dengar lagu-lagu dari album Tahajjud Cinta oleh Dato' Siti Nurhaliza dan album Maafkan oleh Raihan.. haha sempat layan lagu raya! hehe.. Yang paling syahdu bila dengar dendangan Selawat oleh CT.. Tersentuh sangat-sangat.. Dan mendamaikan.. Betapa besarnya keagungan Tuhan menciptakan seorang Rasul yang sungguh mulia budi pekertinya dan dirindui oleh setiap umat Islam di dunia ini.. Alhamdulillah walau aku diuji dengan pelbagai dugaan untuk beberapa hari Ramadhan ini, aku tetap menjalankan ibadah puasa ku.. Sesungguhnya aku mengharapkan ketenangan.. InsyaAllah.. Thanx to Kak Ecot sebab sudi ajak saya bertadarus sekali tiap kali waktu lunch. Sangat seronok mendengar bacaan Quran dialunkan di samping bergilir-gilir membaca kalimah suci kitab Allah tersebut.. Boleh memperbaiki bacaan dan tajwid untuk setiap ayat.. Sangat bermanfaat!:)


Em sekadar berkongsi satu lagi lirik lagu yang sangat aku sukai. Ku Percaya Ada Cinta.. Juga oleh Dato' CT Nurhaliza. Bila dengar je lagu ini mengingatkan ku kepada seseorang yang baru ku kenal. Nasihat-nasihat nya memberi aku semangat dan kekuatan untuk tempuh segala dugaan. Walaupun orangnya agak gila-gila tapi sememangnya buat aku bersemangat tiap kali dia berikan aku nasihat. Dan juga menceriakan hidupku yang selama ni selalu suram.. Dengan keletah lucu dia, tambah dengan "kekreatifan" aku, memang leh pecah perut kalau berjumpa atau berborak. hehe.. Thanx Allah sebab beri aku sahabat sebegini..:) kalau boleh nak cari ramai lagi kawan macam ni.. InsyaAllah..


Allah sememangnya maha berkuasa.. Dia wujudkan macam-macam perasaan dalam hati manusia.. Supaya manusia lebih mengerti tentang kewujudan diri sendiri dan orang lain di muka bumi ini. Dan juga mencari cinta yang hakiki dalam diri. Justeru, ku percaya ada cinta untuk setiap insan di dunia ini. yang membezakan adalah berlandaskan cinta kepada Allah atau kepada nafsu semata-mata. Cinta tak perlu dicari kerana Allah telah tentukan cinta untuk kita.. Justeru percayalah bahawa cinta yang hakiki adalah milik Allah s.w.t..


Ku Percaya ada Cinta...


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...