expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 15, 2010

SiMpAn DaLaM hAtI

Salam semua..

Mungkin ini penulisan terakhir saya dalam blog yang paling saya sayangi ini.. Saya tak dapat lagi berkongsi apa-apa cerita dalam blog ini bersama kawan-kawan semua. Memang saya sedih kerana tak sampai setahun jagung pun saya memulakan penulisan blog. Saya suka nak share bermacam-macam perkara, pendapat, idea dan sebagainya. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya tak dapat meneruskan semua ni lagi.. Mungkin ada yang tersinggung dengan apa yang saya tulis tanpa saya sedari.. Takpela mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya bahawa bukan semua perkara kita perlu kongsi pada semua orang. Tak kira lah kgembiraan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Mungkin satu tempat sahaja yang sesuai untuk menyimpan semua tu.. Iaitu di dalam hati.. Walaupun baru beberapa bulan saya menulis blog, masih ada yang sudi menjadi follower saya. I really appreciate them. Terima kasih banyak2. Yang pernah komen atau chat dengan saya, jutaan terima kasih saya ucapkan..

Saya menulis blog sekadar suka-suka tapi lama-kelamaan dah jadi rutin setiap minggu. Kalau ada kelapangan, tiap hari saya teringin nk menulis. Tapi apakan daya, memang bukan tempat saya di sini. Biarlah semua disimpan di dalam hati.. Kemungkinan besar, faceookb juga akan saya tutup.. Fikiran saya sering terganggu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Untuk memuaskan hati semua pihak secara langsung mahupun tak langsung, saya terpaksa menutup blog ini. Jutaan kemaafan dan terima kasih pada anda semua yang sudi membaca tulisan saya..

InsyaAllah kalau panjang umur kita berjumpa lain kali. Saya mahu mencari ketenangan.. InsyaAllah.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum....

~Syahirah~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...