expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 9, 2010

T.O.T plus A.V.O.N

yeah! sudah lama aku tak membelek blog ku ini. selalu singgah2 je tapi tak sempat nak tulis pape. Serius last week aku memang busy teramat sangat!! Sampai tak cukup rehat. Tapi pape pun aku tetap maintain cergas and cool...:)


Kesibukan bermula selepas aku mengambil alih tugas2 Syahnaz. MasyaAllah..!! Memang aku hampir pengsan dibuatnya. Bayangkan beribu-ribu dokumen di meja kerjanya yang langsung tak tersusun! Dengan fail yang berlambak2.. Yang di luar fail, nauzubillah.. Selama seminggu aku bertungkus-lumus dengan liyana mengemaskini semua dokumen yang "dilahirkan" oleh syahnaz. Memang penat sampai sakit2 pinggang.

Dalam pada mengemas2 tu, sempat juga aku handle kursus wajib tenaga pengajar @TOT (Train of trainers). Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun baru 1st time aku menyelaras kursus tu. Macam2 masalh berlaku tapi Alhamdulillah aku diberi kemudahan untuk atasi semua tu. Dan yang paling genting semasa ketiadaan penceramah untuk hari kedua. Memang seriau jugakla! Dibuatnya takde penceramah, mampus kena attack dengan peserta! huhu.. Berkat doa dan kesabaran aku dan sekretariat yang lain, kami dapat atasi semua tu. Yela, dengan pengalaman yang tak seberapa, tanpa bimbingan daripada ketua yang sepatutnya, memang mustahil nak handle kursus sebegitu. Thanx banyak2 buat sekretariat2 yang sudi membantu.. Dan yang paling penting, aku pecah rekod untuk kursus kali ini!:) hehe.. Aku suruh si Sani baca kan doa semasa perasmian kursus. Sebelum2 ni tak pernah ada pun dalam tentatif kursus. Mula-mula dia taknak sebab tak confident tapi aku paksa jugak. Last-last, ok je aku dengar bacaan dia. Ala-ala arab gitu.. Rupa-rupanya dia pernah belajar aliran arab dulu. Cett! iye2 je ingat dia tak leh baca doa. Hehe.. Bagus3.. Next time baca doa lagi ye Sani..:) Baru lah orang kata Food Technologist dari MOH ade kelasss... walaupun dalam bidang sains, agama tak dilupakan..:)

Erm sekarang 95% dokumen syahnaz telah aku kemaskini. Rasa-rasa lebih 10 kotak jugaklah aku membuang kertas2 n dokumen2 yang ibarat sampah tu. Kalau tak, serius aku memang takleh buat kerja dengan keadaan yang macam tongkang pecah. Setiap sudut, celah-celah meja, ada je benda atau kertas terselit2. Pelik betul! Macam mana la dia leh buat kerja dengan tenang kalau gitu rupanya tempat kerja dia. hmm.. Bukanlah nak kutuk ke apa tapi sebagai perempuan, pegawai pulak tu, tunjuk kanlah sikap pembersih dan kemas. Baru lah orang respect pada kita. Betul tak?:) Em hari ni baru lah rasa tenang nak wat kerja. Ramai yang datang singgah tengok tempat aku dan liyana yang telah dikemas dan dihias susun cantik2..:)

Em nak cerita apa lagi ek? takde apa lagi kot.. Semalam aku dan sepupu ku ke Hotel Nikko, KL. Ada majlis untuk Avon. Kak izan @ omak kesayangan yang sponsor. Best jugakla. Happening! huhu.. Sempat jugakla kitorang naik atas pentas dan menari. Ntah macam mana rupa kami agaknya.;P Konon2 nak jadi cowboy girl. Maklumlah dah tema nya gitu. Pakai simple2 pastu tambah topi koboi. okla kot.. erm leh la letak gamba sekeping bersama omak and shikin (kazen)..
Oh ye, ade artis jemputan! Norish Karman. Em dia nyanyi 3 buah lagu. Suara nya biasa2 je. Macam ning baizura pun ada. Orangnya memang cantik la. Sweet.. tapi masa nak tangkap2 gambar dengan dia, dia lari2. Maybe dia tak biasa kot kena kerumun dengan orang ramai.

Em okla, nanti sambung lagi.. nak kemas2 untuk pulang ke rumah..

~syahirah~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...