expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 28, 2010

mEnGiNgAtI M.A.T.I

Rasanya dah seminggu sakit ku tak sembuh2.. kadang-kadang sampai tak boleh bangun. belakang badanku terasa sangat sakit sehingga ke menusuk ke dalam tulang belakang, dada, dan pinggang.. kenapa ya Allah? semalam aku bangun, aku demam. terus ke klinik untuk dapatkan mc. doktor syak maybe aku ada masalah buah pinggang. aku pun wat urin test. alhamdulillah takde apa2. tp pagi tadi aku bangun untuk solat subuh, alangkah terkejutnya aku, apabila sewaktu membuang air, air dan darah yg keluar.. tp betul ke darah? sbb warna nya seakan-akan coklat. aku ingatkan aku datang bulan. tp bukan..

jadi sekarang ni aku taktahu nk rasa apa dah. aku nak beritahu ibuku, tp aku taknak susahkan dia lg. adakah kesan dpd ubat yg ku mkn. ubat tahan sakit n urat? belakang ku masih juga sakit.:( aku hrp ini hnya sementara.sebab aku teringat dulu masa kecil2 aku pernah terdengar, aku ada masalah buah pinggang. sbb sering demam n jatuh sakit. tp tak pernah aku endahkan. tapi kali ni aku musykil. entahlah.. selagi aku leh bertahan, aku bertahanla. insyaAllah. aku harap sakit belakang ku ini cepatla sembuh. sesungguhnya aku tak dapat fokus utk bekerja dgn keadaan sebegini.

kadang-kadang aku terfikir, berapa lamakah aku akan hidup lagi? aku tiap hari berdoa semoga meninggal dunia dalam keimanan kpd Allah. dalam agama Islam pun menyebut, mengingati mati itu harus seiring dengan kehidupan kita. semua manusia akan mati cuma caranya saja yg berbeza. bergantung kepada amalan. kalau aku ada rezeki, aku teringin sekali ke tanah suci Makkah, dan meninggal dunia di sana.. dapatkah aku merasa semua itu?

wallahualam..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...