expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 9, 2010

1001 rAsA...

Salam semua..

Aku tidak tahu mengapa dengan diriku hari ni.. Semangat ku macam ditarik-tarik.. Mindaku digamit-gamit.. Dan air mataku jatuh berguguran tanpa sebab.. Aku tiba-tiba jadi seorang yang moody hari ni. Perubahan hormon ke? Mungkin juga.. Tapi secara jujurnya ada sesuatu (tapi lebih kepada "seseorang") menangkap fikiran ku hari ini..

Mengapa fikiran ku memikirkan dia? Mengapa hati ini masih ada perasaan itu? Mengapa sedikit sebanyak masih ada penantian yang tak pasti itu? Mengapa aku berasa kecewa dengan diriku? Mengapa aku seperti tak boleh terima suatu kenyataan pahit yang bakal berlaku tak lama lagi? Mengapa aku tak boleh melupakan semua itu? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Bingung aku memikirkan semua ini... Aku cuba mencari jawapan nya tapi tak ku temui.. Aku mengadu pada Allah.. Memanggil-manggil namaNya tatkala rindu datang menderu.. Membuatkan hatiku menjadi sayu.. Dan air mata pun membasahi pipiku.. Dan aku pun terduduk membisu dan membeku.. Tanpa seorang pun tahu..

Mungkin dia sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagianya. Mungkin juga dia sibuk dengan kerjayanya. Dan mungkin sibuk melupakan diriku. Aku sedar apa yang berlaku semuanya atas kesalahan ku. Aku melukai sekeping hati yang tak bersalah. Aku cuba melakukan semua perkara dengan cara terbaik tapi akhirnya aku tetap melakukan kesilapan. Dan kadang-kadang, rasa menyesal menerpa dalam benak naluriku. Tapi apakan daya.. Aku juga manusia biasa. Yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan kesilapan yang ku lakukan tak mungkin akan ada jalan kembalinya melainkan kepada Allah.. Sampai di satu saat, aku berdoa jikalau kehidupanku ini terlalu berduri untuk ditanggung oleh sekujur jasad ku, roh dan nyawa ku, maka aku pasrah dan redha jikalau Allah mahu mengambil nyawaku. Aku mahu melihat orang-orang sekelilingku yang aku sayangi hidup bahagia.. Sesungguhnya, aku tidak mahu kehadiranku menyukarkan lagi kehidupan insan lain di bumi Allah ini.. Memang Allah tidak menciptakan manusia itu untuk melalui penderitaan sepanjang hidupnya. Tapi jika nyawa dan jasadku ini tidak mampu menampung sisa-sisa hidup yang penuh penderitaan dan penyiksaan, aku rela pergi buat selama-lamanya. Sekurang-kurangnya, tiada lagi penderitaan, kemarahan, ingatan, harapan, kenangan, kesedihan, kekecewaan, penyesalan, tangisan dan seribu satu kedukaan dalam hidup orang-orang yang aku sayang.

Aku ingin melihat kebahagiaan orang-orang yang aku sayang tanpa rasa apa-apa daripada melihat dengan seribu satu perasaan. Aku mungkin ditertawakan oleh manusia-manusia yang puas melihat aku menderita. Dengan penuh bangga, sudah pasti mereka suka aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Sememangnya hidup seorang manusia, jika disukai, pasti akan ada yang tak menyukai.

Aku terfikir, dan juga merasai apa yang orang lain pernah rasai. Aku pernah mengecewakan.. Dan akhirnya aku merasa dikecewakan. Aku pernah memarahi orang tak tentu pasal, memaki hamun sesiapa yang menaikkan darahku. Dan akhirnya aku turut mengalami perkara yang sama. Dan yang paling menyedihkan perkara itu terjadi di saat aku perlukan seseorang di sisiku.. Takpela.. Dah suratan takdirku begini.. Allah itu maha adil.. Aku dah terima balasan atas apa aku lakukan. Aku redha.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Semua ini mengajar aku erti kehidupan yang lebih baik. Aku cuba memperbaiki diriku.. Walaupun memakan masa yang lama untuk mengubati luka di hatiku ini, aku perlu tempuhi semua ini. Aku sedar, walau keluar air mata darahku sekalipun tetap takkan mengembalikan semua seperti sediakala. Semuanya sudah terlambat..

Aku.. Hmm.. Maaf aku tak dpt teruskan lagi wat masa ini.. Perlukan ketenangan seketika..

:'(

Salam...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...