expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 14, 2010

Ada apa dengan 10.10.10?

Salam semua..:)

Lama juga tak update entri dalam blog kesayanganku ini.. Terlalu banyak yang telah aku lalui beberapa minggu ni. Gembira, sedih, penat, teruja, dan segala macam lagi lah. Manusia... Sememangya kehidupan mereka penuh warna-warni..

Em tapi dalam 1 hari tu aku teruja dengan tarikh yang dikatakan tarikh keramat dan amat simbolik untuk mencipta sesuatu peristiwa. Aku pun tak tahu la apa yang istimewa sangat tarikh tu. Tapi banyak betul perkara yang terjadi pada tarikh tersebut... 

10.10.10

Dulu aku ingat lagi, tahun-tahun sebelumnya, masa duk bercintan-cintun, aku paling suka tarikh 09.09.09.. Tiap tahun aku menghitung hari untuk sampai ke tarikh tu. Masa tu macam-macam aku impikan untuk tarikh tu. Konon-konon nya nak bertunanglah, kahwin lah.. Dan yang paling best, sehari lepas tarikh tu adalah ulangtahun kelahiran ku.. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. Semuanya tidak menjadi.. Malah pelbagai peristiwa sedih dan pilu melanda diriku. Kalau tak silap aku 09.09.09 adalah pada Bulan Ramadhan. Takpela, hikmah buat diriku supaya tak terlalu taksub dengan tarikh yang sekadar nombor. Lebih baik kita memikirkan usia kita yang setiap hari meningkat dan semakin manghampiri kematian. Itu lebih baik.

Tapi pada tarikh 10.10.10 yang lalu, banyak jugalah peristiwa tertulis dalam diari-diari insan lain. Pada hari tersebut, 3 majlis perkahwinan aku hadiri bersama-sama yang tersayang. Kalau ikutkan ada 4 majlis tapi pergi sekadar yang termampu. 1 di Selayang Baru (tempat aku membesar), 1 di Dewan Banquet, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), KL, dan 1 lagi di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Di Selayang merupakan majlis kahwin ex-schoolmate ku semasa sekolah menengah. Ingatkan diorang kahwin serentak. Diorang? Oh, kawan ku ni merupakan kembar. Tapi salah seorang je yang kahwin. Mak dorang ni cikgu sekolah aku dulu. :p Tapi disebabkan nak cepat, maka aku hanya sempat bersalaman dengan mak dan kembar pengantin si atiqah. Tema perkahwinan dorang merah! My favourite colour until now. Tapi satu jela yang tak best, sekali imbas, pelamin nya cantik. Tapi bila diamati betul-betul, hiasan lilinnya tak ubah seperti lilin yang digunakan oleh orang Yahudi dalam upacara keagamaan mereka.. Tak tahu lah betul ke tidak tapi begitula kata cik abangku. And bila aku check daripada sumber dipercayai, memang betul. Em so, sebagai pengajaran, kenalah berhati-hati bila memilih design untuk baju ke, rumah ke, perkahwinan ke and apa aje supaya tak memasukkan elemen-elemen tak sepatutnya sebagai orang Islam.

Di DBP, KL, merupakan perkahwinan kakak kepada kawan matriks ku dulu, Syukri. Dan Syuk ni pula rupa-rupanya satu tempat kerja dengan cik abangku. Kecil je dunia ni rupanya. Dan yang paling best, dapat juga aku bertemu beberapa orang kawan di matriks ku dulu. Fikriah, Oche, Dene, Anwar & etc. Rindu kat kawan-kawan matriks yang lain!:) Teringat dulu-dulu semasa di matriks la aku mentalbiyah diriku menjadi insan yang lebih baik. Dan mula mengenal agama ku dan mendekatkan diriku kepada Allah. Alhamdulillah... Terima kasih Uztaz Kauthar!(Seorang uztaz yang sangat baik dan segala kisahnya amat menyentap sanubari sebagai seorang muslim)

Di Cheras, memang majlis perkahwinan betul-betul dibuat tepi tasik. Sangat menarik ala-ala garden wedding. Tapi aku tak berapa berkenan dengan pakaian pengantin perempuan kerana 2 sebab. 1st, warna tak sesuai. Tema semua warna putih, tetiba dia sorang baju warna biru! huhu Mengutuk je aku ni. Tapi serius kurang sesuai la. 2nd, kalau aku diberi baju tu mesti fikir 2-3 kali nak pakai. Agak seksi jugalah. Mungkin pengantin jenis stylo n free hair-- sesuailah nak pakai baju gitu. Oh lupa, ni majlis kahwin kakak kepada kawan cik abangku masa belajar dulu. Lepas balik dari Canada, dorang terpisah and dekat 2 tahun tak jumpa. Dan yang paling kelakarnya, warna baju aku sama dengan keluarga pengantin! haha.. Sampai cik abangku jeles sebab kawannya tu agak good-looking la juga. Sampai aku asyik mengusik dia konon-konon aku nak tangkap gambar dengan kawannya tu sebab baju kaler sama. hehe.. Jangan marah ye sayang.;)

Petang tu, lepas solat asar, kebetulan dah berada tepi tasik, kami pun bersiar-siarlah kat situ. Sambil berborak-borak tentang hubungan kami. Daripada kata-kata dia, aku tahu dia perlukan masa untuk bersedia dari segi kewangan dan sebagainya sebelum mengikat tali perkahwinan. Aku faham.. Lagipun dia pun masih muda. Banyak lagi masa untuk dia berusaha capai apa dia nak dalam hidup dia. Aku tak harapkan apa-apa. Mana tahu kalau dia jumpa yang lebih baik dari aku, aku redha... Tapi masa jalan-jalan tu memang ramai pasangan pengantin dok berposing-posing mengabadikan kenangan perkahwinan mereka di susasana tepi tasik tu. Sangat romantik..! I like! hehehe..^_^ Bila lah giliran aku pula....? Only Allah knows....:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...