expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 15, 2010

BO-NA-MA-NA

Salam semua..

Em hari ni nak story tentang apa ek? Oh ye.. Alang-alang telinga aku dihidangkan dengan lagu dari feveret group aku iaitu super junior, bolehlah share sedikit tentang group kesayangan aku ni.. Cerita baru yang aku tahu tentang group ni ialah ahlinya yang seramai 13 orang tu semakin berkurangan.Dah jadi 10 orang! Mana pergi lagi 3 orang? Em biasalah tu dah ramai-ramai gitu mesti ada yang tak puas hati.. Sebab sebenarnya entahlah. Hanya depa je tahu..:P

Tapi apa-apa pun minggu ni aku ditemani dengan lagu yang bertajuk Bonamana nyanyian kumpulan ni. Aku dapat tahu lagu ni pun lepas terdengar dalam radio Era. First time dengar tu terus aku jadi suka dan carilah dalam ternet.. Dapat lah aku tengok koreograf tarian dorang. Memang best! Dan dalam klip video lagu ni, kelihatan imej funky dorang berbeza dengan lagu supergirl yang ala-ala macho-man. Dalam lagu Bonamana ni dorang lebih agresif and terserlah sifat kejantanan masing-masing. (gitewww..) haha.. Tapi enjoy la dengar lagu ni. Kalau aku mengantuk kat office memang aku akan pasang lagu ni. kadang-kadang rasa macam nak menari pun ada. Hilang tension sikit..:)

So, enjoyla k...:)




Bonamana by Super Junior

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...