expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 5, 2010

Corat-Coret 1 MinGGu~~

Akhirnya dapat juga aku menconteng blog ku setelah menunggu stgh jam untuk page disebabkan tenet slow bangat!! Em agak lama aku tak masuk entry dalam blog ku ini. 

Firstly, alhamdulillah dapat juga aku mencoretkan kata-kata azimat (cewah!) dalam blog ku ini setelah seminggu lebih rasanya aku tak update apa2 dalam ni. Dalam seminggu tu banyak yang aku alami. Aku terpaksa bertarung menahan kesakitan yang amat apabila aku dikesan menghidapi penyakit batu karang. Tetapi masih di peringkat awal kejadian. Seminggu tu juga aku sukar nak duduk, berdiri, berjalan mahupun melakukan apa2 aktiviti dengan sempurna. Aku terpaksa tahan sakit belakang dan pinggang ku. Aku diberi pil tahan sakit. Tapi makin sakit adalah! huhu. 

Masa tu, Tuhan je tahu kesakitan aku. Maybe balasan untuk aku agaknya sebab wat seseorang marah pada aku. Takpela, aku redha.. Apa yang aku buat semuanya bersebab. Aku memang sengaja buat begitu supaya aku dibenci olehnya. Sebab aku nak tengok dia bahagia dengan kehidupannya. Tak lama lagi dia akan kahwin. Daripada aku dok pening2 asyik bertekak je ngan dia, last sekali aku bagi ayat yang aku tahu dia paling tak suka. N finally, terkeluar juga kata-kata yang pernah aku dengari daripada manusia bernama toyol dari mulutnya. Tapi aku tahu dia seorang yang baik n niatnya suci. Justeru, biarlah dia bahagia bersama orang yang lebin baik n lebih suci hatinya dari aku. Itu sahaja cara yang ada supaya dia teruskan hidup bersama orang yang lebih layak berbanding diriku yang tak punya apa. Aku sedar siapa aku.. Biarlah aku dibenci daripada dianiaya macam yang dilakukan oleh toyol dahulu. Tu sebab aku  hanya cerita minimum sangat2 tentang bf ku sekarang kerana nak menjaga hatinya. Walaupun begitu, aku takkan pernah lupakan dia n tak mungkin aku akan melupakannya. Biarlah harapan tinggal harapan, kenangan tinggal kenangan, perasaan tinggal perasaan.. Allah yang lebih mengetahui hati, jiwa dan roh ku ini...

Eh apa la aku membebel bukan-bukan ni.:p Berkisah balik tentang kejadian penyakit seminggu aku tu, doktor kata aku kurang minum air, kena banyak rehat and bla bla bla..(hehe macam besela ayat dktor) Em tapi memang betul lah kata doc, aku terlalu menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat sampai makan minum ku tak menentu. Ada 1 hari tu, kepala aku pening sangat2. Eh, 1 malam. Tengah dok sms2, tetibe je kepala aku pening semacam! Terus blackout. 3 hari jugaklah aku alami pening2. Kat office pun aku wat bodoh je walaupun rasa macam nak pitam. Aku lawan juga sebab taknak susahkan sesiapa kalau aku sakit. Sekarang, aku beransur pulih. Maybe lah.. Aku stop makan ubat yang tak best tu. huhu. Takpela, yang penting aku taknak sesiapa risaukan aku lagi. Aku nak bekerja, cari rezeki. Kalau asyik cuti je, jatuh prestasi aku. Dahla kontrak tamat bulan 12 ni. Kena cari kerja lain nampaknya.. Lagi lah bertambah pening kepala aku. Mana nak bayar duit kereta, pelajaran adik2 lagi., belanja rumah lagi.. Ibu aku nak operation mata tak lama lagi. Hmm.. InsyaAllah akan ku cari rezeki di bumi Allah ni selagi terdaya kudratku..

Sejak aku sakit ni, si mr. J, tiap2 hari ingatkan supaya minum air banyak2. Boleh kata semua call, mesej, fb mesti ada suruh minum air banyak2. "Dah minum banyak2 air dah, syg?" Sampai telinga ni dah naik lali dah dengar. Thanx so much dear sebab ambil berat..:) Siang tadi pergi lunch ngan dia, aku tanya dia nape asyik ingatkan benda yg sama. Penyakit kalau nak datang, makan or minum macam mana pun tetap datang. Tapi mr. J tak marah pun aku cakap macam tu. Sebaliknya, dia nasihatku aku dengan cara lain. Betapa tulusnya wajah dia memandang ku sambil mengatakan dia betul-betul risau kalau aku jatuh sakit. N dia pesan, memang penyakit tu tak tentu datang nya tapi sebagai manusia, kita kena berusaha mencegahnya... Rasa terharu sangat2 dengar kata-kata dia. Walaupun dia muda daripada ku, tapi alhamdulillah dia matang dalam berbicara. Dan setakat ni, selama perkenalan kami sejak sebelum serius, Alhamdulillah kami tak pernah bergaduh pun. Aku sendiri pun pelik. Kalau nak kata takde salah faham, adelah juga tapi aku takde sebab pun nak marah-marah dia. Maybe dia sangat cool orangnya. Jadi aku pun terikut-ikut. Malas nak marah-marah tak tentu pasal. Kalau aku nangis ke, marah ke, ada je dia nak hiburkan hati aku. N tak putus2 nasihatkan ku supaya bersabar hadapi dugaan hidup ini. N automatically aku pun wat benda yang sama kalau dia alami masalah or pape. Kira balance lah.. Ada masa kami kena matang.. Ada masa kena gurau2   Give and take perlu ada. InsyaAllah akan ku juga hubungan ini sebaik-baiknya.. Kalau ada jodoh, adalah..  Kalau takde, kenalah redha.. Semuanya Allah yang tentukan..

Em tu sahajalah wat malam ni.. Perut pun dah berkeroncong. Aku ni kalau tak makan, bila terleka, sampai sok pagilah aku tak makan. huhu.. Actually banyak kalau nak diceritakan. Majlis Khatam Al-Quran di office ku, Majlis kahwin Nawal(ex-coursemate) & Ayu(ex-skulmate), kisah g beraya sana sini n macam2 lagi. Hidup ni sememangnya macam roda. Kejap kita happy, kejap kita sedih, macam-macam ragam. Itulah hidup.. Penuh warna-warni dan kisahnya ditakdirkan oleh Allah s.w.t sebagai iktibar dan pengajaran bagi umat manusia.... Walau bagaimanapun, tak semua aku boleh cerita dalam ni.. Kali ni pun aku rasa dah cukup panjang coretan ku.  Kalau ada masa n diberi kesihatan yang baik, InsyaAllah jari-jemari ku ini akan menaip lagi kisah-kisah selanjutnya.. Doakan aku sembuh sepenuhnya daripada penyakitku ini ya!:)

Assalamualaikum...

~syahirah~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...