expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 7, 2010

TaDaRuS Al-Quran @my office

Assalamualaikum..

2 minggu lepas, pada 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431h, iaitu hari Jumaat, telah diadakan satu majlis kecil-kecilan Khatam Al-Quran di tempat kerja ku. Majlis ni sekadar dibuat antara rakan-rakan sekerja terapat yang menyertai tadarus Quran pada bulan Ramadhan yang lalu. Seramai 8 orang terlibat dalam tadarus tersebut. Majlis dilangsungkan sewaktu rehat tengahari pada jam 12.15pm.

Sebagai pelengkap acara, masing-masing membawa potluck air tangan masing-masing. Walaupun yang join tadarus 8 orang tapi staf-staf dan rakan-rakan terdekat yang lain juga turut menyumbangkan potluck. Maka, banyaklah makanan yang terhidang untuk hari tu. Dan yang paling best ada seseorang sponsor satay! Tapi tak diketahui siapa penaja nya.. huhu..Dan aku juga tak ketinggalan menyediakan rendang ayam dari air tangan ku. Alhamdulillah licin dorang makan.:)

Acara ringkas dimulakan dengan bacaan 15 surah terakhir dalam Al-Quran secara beramai-ramai. Kemudian kak Aisyah membacakan doa khatam Quran mewakili yang lain.. Sebelum makan, selaku ketua, Kak Aisyah memberikan sedikit ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dan turut memeriahkan majlis ringkas tersebut..

Selepas menjamu selera, kami merakamkan foto-foto kenangan. Em tahun depan tak tahu lagi aku masih di sini atau tidak. Maklumlah, kontrak tamat pada bulan 12 ni. Aku harap aku dapat diserapkan atau mendapat kerja yang lebih baik di luar sana. InsyaAllah...

p/s: tak dpt upload gmba lg.. server slow bangat..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...