expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 2, 2010

AgaiN, aGaiN aNd AGain...

Again and again.. and again and again..~ Terngiang-ngiang lagu Again and Again nyanyian group bernama 2p.m dari Korea. Hah! Nape pulak nih?? huhu ni gara-gara berita yang kurang menyenangkan pagi tadi. Walaupun takde kena mengena dengan aku tapi ada kena mengena dengan seluruh rakyat Malaysia yang tercinta ni.

Again! Yes again! Hari ni harga minyak naik 5 sen lagi tanpa segan silu. Ahakss.. kalau sesiapa yang rajin membaca blog2 atau ternampak dalam internet tentang berita ini, ya memang betul. Harga minyak naik.. Maka terdengar sore-sore sumbang di luar sana memperkatakan tentang harga minyak yang naik ini.

Bagi golongan yang berkemampuan/elit/kaya/berharta/mewah/tak peduli orang lain/senang & tak pernah hidup susah, mungkin akan kata.."Eleh, setakat naik 5 sen, apela sangat kalau nak dibandingkan blablabla..." Faham-faham jela ye.. Siap compare ngan harga hantaran kawin yang tinggi lagi tuh! hahkhak tak bleh blah...;P

Bagi golongan susah/ tak berkemampuan/miskin/fakir/terpinggir/melarat/tidak punya apa-apa/bawahan/ rakyat biasa/anak ramai/ dan sebagainya, terdengarlah keluhan seperti.."alahai.. minyak naik lagi.. kos hidup makin meningkat.. macamana nak besarkan anak-anak, nak bagi makan anak bini.." Em seperti biasalah kan..

Aku pula? Aku memang cukup geram! Dah naik 5 sen baru-baru ni (actually masa kekecohan kes pembunuhan Sosilawati), tetiba naik lagi 5 sen. So, dah 10 sen.. Rasanya lebih kurang sebulan lebih jaraknya. Em kita tunggu lagi sebulan. Naik lagi ke? Dalam pada-pada dok naik tu, ada juga kata perkara ni biasa je. Ikut teori ekonomi katanya.. Dari segi kebajikan, kemanusiaan, kemampuan, sosial, dan sebagainya macammana? 

Minyak naik harga, komplikasi nya?? Terlalu banyak.. Yang buruk lebih banyak daripada yang baik. Kebaikannya subsidi kerajaan dapat dikurangkan sebab minyak pasaran naik kerana kekurangan minyak. Dan akhirnya tetap mengkayakan kroni-kroni atasan apabila hasil bumi negara seperti minyak disalahgunakan oleh mereka. Pembaziran perbelanjaan untuk adakan event besar2, projek mega2, n poket pun penuh2, last-last rakyat yang kena tanggung beban. Terpaksa membayar harga minyak untuk cover balik semua tu. 

Baru-baru ni, seorang sepupu aku baru balik dari Bandung, Indonesia. Aku tanya berapa nilai mata wang rupiah dengan RM sekarang. Untuk 1 juta rupiah kena bayar dalam RM350 camtu. Em beza yang ketara masa aku pergi sana dulu, RM400 boleh dapat 2 juta rupiah. Aku tak tahu lah samada ekonomi Indonesia makin meningkat atau ekonomi Malaysia yang makin jatuh. Aku takdelah teror sangat bab ekonomi or duit-duit ni. Tapi kalau ekonomi Malaysia yang menurun, memang something wronglah kot dengan aliran keluar masuk duit negara kita. Mana taknya.. "First Lady" Malaysia dok shopping kat oversea sana sini guna duit sape? Duit rakyat juga.. Mana mungkin seorang isteri PM boleh hidup mewah mengalahkan husband sendiri kan? Siap ada pejabat khas lagi kat JPM. Kat MOF pun ada office khas untuk dia. Ya, di Kementerian Kewangan Malaysia ok. Fuh.. habis duit rakyat dijoli-jolikan! Apa yang aku cakap berdasarkan sumber-sumber yang sahih ok. Aku dah setahun keje gomen. Sekurang-kurangnya banyak aku dapat korek tentang salahguna kuasa oleh pemimpin-pemimpin ni. Tapi apakan daya.. Kita rakyat biasa.. Sekadar menurut perintah.. (Macam ayat dalam surat daa...) Kan3x...?? Oppss karang kena banned plak blog aku ni.hehe..

Oklah tu aje aku nak tulis. Sekadar lepas geram terhadap kerakusan pemimpin-pemimpin kita yang tak habis-habis menghisap darah rakyat untuk kepentingan sendiri. Bila ditegur atau bocorkan rahsia, mula lah wat macam-macam untuk singkirkan orang tu. Papa pun, Hidup Pakatan Rakyat Malaysia!;)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...