expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 23, 2010

beberApa miniT sebElum ke KuantAn..

Salam semua.. Good Morning..! Wah, pagi yang menyegarkan. hehe.. Hari ni aku akan bertolak ke Kuantan dalam masa sejam lagi. So, sementara menunggu En. Driver datang, aku pun sempat juga update blog ni. Dah sampai sana nanti, maybe kesibukan akan melanda diriku. Excited sebenarnya nak gi nih! huhu.. Dah lama tak jalan-jalan... Walaupun pagi tadi agak kelam-kabut sebab terlewat bangun. huhu.. Thanks to Syuhada sebab menumpangkan aku ke office tadi. Nasib baik ada dia, kalau tak camne aku nak ke office sebab parent aku pagi-pagi dah keluar menuju ke Hospital Selayang. Gara-gara siapkan senarai VIP yang datang pada 24hb ni, aku terlewat tidur. Pastu ngantuk sangat sampai terlewat 15 minit nak bangun pagi tadi. Tapi masih sempat bersolat Subuh okeys.. Thanks to my mom yang mengejutkan aku pagi tadi. huhu.

Em hari ni juga ibu tercinta aku menjalani operation mata. Aku berharap sesi operationnya berjalan dengan lancar dan berjaya. InsyaAllah.. Risau juga sebenarnya. Sebab hari tu pun berapa kali bertukar doktor sebab takde doktor yang sanggup ambil risiko nak wat operation tu memandangkan mata ibu aku tinggal sebelah kiri je leh nampak. Sebelum ni pernah juga operate mata kiri tu untuk betulkan retina mata. So, doktor takut retina yang pernah dibedah tu mengalami kecederaan dan penglihatan ibu aku tak dapat diselamatkan. Kesian ibu aku.. Aku harap semuanya oklah memandangkan doktor yang operate ni doktor pakar dari Hospital Selayang. Urm.. Walaupun sekadar membuang selaput dan memasukkan kanta, banyak juga risiko pembedahan mata ni ek. As a conclusion, marilah kita menjaga kesihatan.. Tak kira lah mata ke, telinga ke, hidung ke mahupun organ-organ lain.. Pendek kata semualah yang kena jaga tapi yang paling kena jaga hati yakni keimanan kepada Allah s.w.t..:) 

Em nak gi Kuantan sehari je tapi aku rasa beg aku terlalu besar pulak. haha.. Takdelah, just beg luggage biasa tapi disebabkan aku kena bawa Mr. Lappy sekali menjadikan beg aku tu bertambah berat! Kalau tak, ringan je. Just bawa pakaian dan keperluan untuk 2 hari. Kalau tak bawa si Lappy karang takut mati kebosanan pulak kat hotel tu. huhu. Boleh juga berYM dengan cik abang tersayang malam nanti. Ngehehehe.. 

Jam dah menunjukkan hampir kat kul 8.30 pagi. Masih menunggu panggilan dari dua staf yang sama-sama nak ke Kuantan naik kenderaan yang sama dengan aku. Maybe dorang sampai lewat sikit kot. Maklumlah, bila ada event kat luar, tak perlu punch card atas sebab tugasan luar. So, nak datang sesuka hati pon boleh. :p Tapi hari ni aku sampai agak awal sebab menumpang kereta si Syuhada. Dia tak join event kat Kuantan. Tapi disebabkan dia masuk kerja jam 8.00 pagi, aku kenalah keluar awal juga. Tapi bagus jugak. Sempat nak prepare pape yang patut before bertolak ke Kuantan nanti.

Mata aku ni masih rasa mengantuk lagi. Takpelah, karang dalam perjalanan aku nak bedal tidur dalam kereta. 2 jam perjalanan, oklah kot bagi menghilangkan kepenatan mata aku ni. :p Semoga En. Driver tu membawa kereta dengan penuh berhemah dan berhati-hati agar kami selamat sampai ke destinasi di tuju. Amin..

Ok guys, we will see in the next entry.. Wish you all happy all the day.. Love you all! Papai.. Assalamualaikum w.b.t.....:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...