expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 27, 2010

berMALAS-MALASan

Sabtu.. Hari ni hari bermalas-malasan di rumah. Nak tidur je kot. haha.. Takdelah.. Dah lama aku rasa aku tak dapat rehat puas-puas. So aku nak rehat jela hari ni. Boleh? huhu.. 

Nak outing karang kena fikir banyak benda. Terutamanya financial. Aku bengang betul ngan orang yang wat gaji  aku tu. Tak masuk-masuk lagi gaji. Dah bape hari bulan dah ni. Sabar jela.. Bila call, dia kata dah proses ke bank. Sah! Bank yang lembab keluarkan gaji. Fikirlah sikit.. Yang nak gaji tu manusia.. Bukan robot yang tak perlu makan, minum dan pakai. Tapi robot pun perlukan maintenance juga. Haishh... 

Pelik betullah manusia ni. Macam-macam perangai.. Aku tak tahu lah sistem gaji tu dibuat macam mana. Tapi orang gaji office aku kata dia dah hantar ke bank untuk proses pada awal minggu ni. Dan mungkin duit akan masuk pada Khamis atau Jumaat. Ni dah hari Sabtu! Sahlah, memang masuk hari Isnin. Setahu aku, bank akan proses 3 hari. So, apa masalah bank tu sebenarnya?? Agaknya dorang uruskan pembayaran gaji staff dorang dulu kot. Eh tapi takleh lah macam tu.. Kalau tak kerajaan wat pelaburan dalam bank dorang, tak jalan lah kot business dorang. So, sesiapa yang kerja kat bank tu walaupun gaji tinggi macam mana pun semuanya bergantung pada pelaburan negara.. 


Em dah nasib aku ni pegawai kontrak.. Terpaksa terima benda-benda ni semua. Bukan nak mengeluh or melenting tak tentu pasal. Tapi aku rasa kebajikan pekerja kontrak macam aku ni terabai. Dahlah gaji takde tolak EPF. Bulat-bulat dapat gaji ikut angka yang sama. Pelik memang pelik. Then, kena tanggung risiko camni lah. Gaji suka-suka hati dorang nak bagi bila. Ingat kita ni makan pasir je ke? Kalau lewat sehari dua takpela lagi. Boleh dimaafkanlah. Ni dah lebih.. Janji 24hb masuk gaji. Tapi ni dah 27hb. Mana aku tak hangin.. 

Bukan nak kata tak bersyukur tapi aku rasa tertipu. Kebiasaannya, gaji kontrak masuk sama macam orang tetap. November masuk dalam 11hb macam tu. Tapi tak sangka dia masuk lambat sebab dapat arahan baru kata kontrak dah takleh dapat gaji awal lagi. Tu pun sebab aku call tanya. Kalau tak, haram dorang nak bagitahu. Bila aku tanya bila masuk, dia kata 24hb.. Tunggu punya tunggu sampai la ni 1 sen pun tak masuk lagi. Informasi yang salah menyebabkan orang susah. Dah tinggal 2 bulan gaji je pun baru jadi masalah camni. Kalau nak tamatkan kontrak kitorang sekalipun tak perlulah nak aniaya periuk nasi kitorang macam ni. Nasib baik aku belum kahwin dan duk ngan family. Macammana pegawai yang dah kahwin, ada anak-anak, nak bayar sewa rumah, kereta, makan pakai semua tu. Tak kasihan ke??

Korang mesti tak bengang kan?Tak pun korang blur-blur tentang apa aku cakap ni. haha.. Aku ni bengang bukan sebab aku sorang je tak dapat gaji. Tapi semua pegawai kontrak seluruh Malaysia hadapi benda yang sama. Kalau takat aku sorang tak dapat gaji, memang tak patut jugalah aku nak marah-marah camni. Mungkin ada kesilapan di mana-mana ke kan. Tapi kalau dah semua pegawai dok call-call aku bagitahu gaji still tak masuk lagi, bengang jugalah aku. Bukan bengang kat pegawai tu tapi pada orang yang wat gaji tu. Kalau stuck kat dia lagi, memang aku rasa nak tenyeh-tenyeh je dia. Tapi kalau stuck kat bank, memang aku betul-betul hangin lah. Kalau bab suruh menyimpan, melabur itu ini dalam servis dorang, bukan main laju. Business katakan.. Aku memang menyampah kalau ada orang bank ke, insurans ke, dok promote-promote produk dorang. Bukan apa, kadang-kadang aku rasa banyak penipuan daripada yang betul. Kata banyak benefit itu ini tapi last-last, pengguna gak terkena. Aku tak kata semualah tapi kebanyakan yang aku tengok berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan family, macam tu lah gayanya. Actually bukan bank jelah, Tak kiralah apa benda sekalipun. Nak jual produk tu produk ni.. Lebih baik kita bersedekah kepada yang lebih memerlukan. Tu pun nak kena berhati-hati juga. Takut penipuan berlaku..

So, hari ni aku just nak bermalas-malasan di rumah.. Bersama family.. dan kucing kesayanganku Ciko. Tiap minggu busy je. Minggu depan langsung takleh rehat. Dengan pameran MAHA lagi, Tarian Cuti2 1 Malaysia lagi.. Direct 2 minggu tiada rehat.. Jangan kena migrain lagi sudah... Oklah, aku nak teruskan aktiviti bermalasan aku hari ni.. Bye..

2 comments :

New Hope said... Reply To This Comment

Assalmuailaikum

terima kasih, akak sudah linkkan blog cik, harap cik linkkan blog akak sbg tanda sokongan.

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Waalaikumsalam..
Terima kasih.. Saya sudah link kan blog akak.. InsyaAllah sy sentiasa menyokong..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...