expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 10, 2010

DoaKaN aKu..

Assalamualaikum semua..

Agak lama aku tinggalkan blog aku ni. Disebabkan server broadband agak slow, jadi urusan update blog ni ku tangguhkan seketika. Hari ni baru broadband kembali laju untuk berkhidmat kepada tuannya.. Cewah!

Em apa ye aku nak story hari ni.. Actually banyak benda aku lalui dalam masa beberapa hari ni. Baru-baru ni ada Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai. So, tugas aku pada hari tersebut, menjadi sekretariat sambutan untuk VIP. Fuh, nampak macam senang tapi penatnya, Tuhan je tahu. Sampai hari ni kaki aku rasa sakit. Dok berdiri depan lif dari pagi tunggu semua VIP datang.(Gara-gara pakai heels.:p) Nak camkan dorang satu hal lagi. Nasib baik kebanyakan daripada dorang pakai name tag. Senang sikit kerja kitorang.. Tapi pape pun, Majlis ini memberi pengalaman berharga pada aku sebab dapat involve event besar cam ni..:) Penat memang penat.. Sampai aku demam-demam.. hehe..
YB Menteri Kesihatan bersama Pengarah Kanan merasmikan logo Skim yang baru..

Esok, hari interview aku. Aku punyalah susah hati.. Bukan sebab takut atau gementar nak hadapi penginterviewer tapi sebab sakit tekak aku tak hilang-hilang. Hari ni aku terpaksa mengurangkan interaksi (bercakap) dengan semua orang kat office. Sakit tekak sampai terasa urat-urat kepala. Semalam dah demam. Hari ni aku gagahkan juga diri untuk datang kerja untuk siapkan pape yang patut. Sempat juga aku dengar pesanan/amanat daripada bos aku Cik S. Walaupun dia garang, tapi apa dia pesan sangat bermakna untuk aku. InsyaAllah aku akan gunakan kata-kata dia sebagai pendorong semangat untuk hadapi interview sok walaupun tekak aku masih sakit. Nak menelan makanan pun terpaksa tahan sakit apetah lagi nak bercakap. Mungkinkah ini dugaan untuk ku sebelum berjaya? Wallahuallam.. Aku harap aku berjaya melalui interview aku dengan baik pada esok hari.. 11.11.10... Same day with my boy's Birthday..:) Mungkinkah ada tuah di sebalik tarikh ini..? Semuanya serah pada takdir. Buat semua teman, keluarga dan sesiapa yang mengenali diri aku, doakan aku berjaya menjalani interview pada esok hari k. Maafkan aku kalau ada salah dan silap. Doa kalian sedikit sebanyak memberi aku semangat untuk wat yang terbaik dalam interview aku sok.:) Harap-harap tekak ni oklah walaupun just untuk beberapa minit interview sok..

Rasanya tiada apa mahu ditulis. Kesihatan aku pun tak mengizinkan sangat untuk menghadap pc lama-lama. Pening.. Aku perlu siapkan segala dokumen yang perlu dibawa untuk esok hari. Juga kena study sikit-sikit tentang food. Yang penting confident+ikhlas+jujur..(Pesan Cik S) InsyaAllah kita berjaya.. Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...