expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 3, 2010

MaAf dARi LeLaki=PerEmPuaN siHaT??^_^


Assalamualaikum semua.. Aku ada terbaca satu artikel menarik. Tentang ucapan maaf dari seorang lelaki boleh membuatkan wanita lebih sihat. Hasil kajian daripada Universiti di U.S. Memang pelik tapi itulah yang berlaku. Jadi, buat lelaki-lelaki di luar sana, turunkanlah ego anda tu dan mohonlah maaf pada perempuan yang anda pernah wat salah. Dah lumrah seorang wanita, sensitif dan suka beremosi. Tapi penawarnya tetap pada seorang lelaki. Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi. Bukan untuk saling membenci atau memusuhi. Tapi memang betul kot artikel tu. Sebab kalau ada kawan-kawan lelaki yang terbuat salah kat aku, and cepat-cepat dia minta maaf, aku rasa tenang je. Daripada nak marah terus tak jadi nak marah. Tapi hanya untuk kesalahan kecil -kecil jela. Kalau yang wat salah besar tu, payah sikitlah aku nak maafkan ye..;) Kalau anda semua tak percaya, boleh baca artikel di bawah ni. Sekadar berkongsi.. So, pada mana-mana lelaki yang rasa-rasa selalu or pernah wat salah pada seorang perempuan, cepat-cepatlah berbuat demikian sebelum terlambat..(kot-kot perempuan tu kena sakit jantung akibat marah ke) hehe.. Ok selamat membaca and selamat merendahkan ego anda dengan memohon maaf..:)

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT??

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi, sayangilah pasangan or ahli keluarga anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf..:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...