expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 22, 2010

MacAm-maCaM hAL

Salam semua.. Kabare wak? (Tetibe jawa la plak..)

Korang tengah watpe tu? For sure la korang tengah baca baca blog aku. ngehehehe.. (Wat lawak bodoh plak) Haha.. Aku sendiri pun tengah mengong-mengong tak tahu nak tulis apa untuk entri kali ni. Hari ni 22 Nov 2010. First day bekerja setelah bercuti hampir seminggu. Mula-mula rasa malas je nak gi. Sampai aje kat opis terus tengok ada memo meeting pagi-pagi lagi. Belum sempat nak memanaskan punggung komputer aku, dah kena gi meeting. Sebagai persediaan untuk event pada Rabu ni.

Sok, aku akan ke Kuantan, Pahang atas tugas yang diamanahkan untuk Majlis Pelancaran Logo Eksport Ikan ke EU. Tak tahu lah camne keadaan kat sana nanti. Event tu diadakan kat LKIM; kawasan ikan dieksport dan diimport. Seperti biasa, tugas aku sebagai AJK sambutan.. Jadi usherer untuk VIP dan juga VVIP. Hari ni kena cari gambar depa semua supaya senang nak cam sebelum majlis berlangsung. Macam-macam hal.. Kalau tak kenal karang, ada yang kecik hati lah, jadi isu la.. Sensitip betul VIP-VIP ni ek. Ish3x...

Sok juga ibu aku akan menjalani pembedahan mata kirinya untuk membuang katarak dan memasukkan kanta. Aku tak dapatlah nak temankan ibu aku sebab kena gi Kuantan. Operation tak sampai warded.. Pagi operate, petang dah leh balik. Seram plak aku dengar operate2 ni. Huhu.. Aku harap ibu ku selamat menjalani operation tu dan dia leh melihat dengan lebih jelas berbanding sebelumnya. Mata kanannya memang dah takleh berfungsi langsung. Risau jugak aku memikirkannya. Harap-harap semuanya okla.. Korang pun tolong-tolonglah doakan untuk ibu aku jugak ek. Semoga korang dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat...:)
Em aku kena sambung kerja balik. Nanti2 aku add-on lagi pape ceritera terkini. Hari ni kena prepare macam-macam untuk sok. Ok guys, see u in next entry.. Papai...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...