expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 13, 2010

mALAm yAnG tAk bEsT!!

Good Evening everyone..(ala-ala omputih la kononnye). Assalamualaikum...(Kan lebih manis.. Cewah!) haha

Malam ni tetiba aku rasa macam tak best.. Sejak petang tadi macam sume benda tak best.. Lagi 2 minggu kena g Kuantan, Pahang. Ada tugas untuk pelancaran logo kat sana. Mula-mula rasa best nak g tapi dapat tahu, sume kena uruskan sendiri. Tiada transport dan penginapan disediakan!! Bukanlah nak berkira, tapi bulan ni aku memang terlampau sengkek! Bulan lepas je kat seribu lebih habis bayar road tax dan insurans kereta. Itu aku tak kisahlah. Tapi, kalau ye pun nak arahkan orang bertugas sana-sini, provide la pape yang patut. Kenderaan pun takde. Memang lah boleh claim nanti tapi untuk 3 malam stay kat sana tu, sape nak tanggung? Hmm.. Dugaan-dugaan.. Baru je lepas interview kerja semalam, dah diuji sebegini. huhu. Takpelah, aku redha.. Aku harap En. Hairi yang uruskan gaji tu cepat-cepatlah masukkan gaji. Tinggal 2 kali gaji je bang oi.. Tahun depan lom tentu kontrak disambung.. Please3x.. haha macam dia dengar je..:p

Em tapi malam ni memang rasa tak best.. Balik kerja tadi dapat berita tak menyenangkan. I mean, menyedihkan lah juga. Aku ingatkan boy aku tu tengah seronok-seronok kat Pangkor untuk event office dia tapi rupa-rupanya dia dalam bas on the way balik KL. Tak sangka pula ayah dia jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam wad at Hospital Penang sana sebab ayah dia bertugas kat sana. Tapi Alhamdulillah just semput-semput akibat keletihan. Bayangkan, tiap-tiap 2 minggu kena travel ulang-alik dari Penang ke KL disebabkan tugas. Kesian juga ayah dia. Semuanya disebabkan perbuatan orang yang suka menganiaya orang lain. Disebabkan nak pertahankan kebenaran, ayahnya terpaksa dihantar jauh-jauh. Bengong tak? Memisahkan seorang ayah dan seorang juga seorang suami daripada keluarganya. Hmm.. Ni lah manusia.. 

So, my boy pun terpaksa melupakan keseronokan bermandi-manda di laut atau berkejar-kejaran di tepi pantai. Siap prepare baju ala-ala Hawaii katanya. Hakhak.. Tema yang office tetapkan.. Macam-macam idea dorang ni. Pape pun, semoga dia selamat sampai kat Penang bersama ibu dan adik-adiknya. Hopefully ayahnya sembuh seperti sediakala. Maybe penat sangat lah kot.. Minggu lepas melancong area Ganu berapa hari..  Pape pun, aku respect kat ayah dia. Seorang yang sangat cool dan penyabar.. Beliau anggap semua yang berlaku dalam kehidupan adalah dugaan dalam kehidupan yang memang semua orang akan lalui. Patutlah anak-anak beliau semuanya berjaya.. Seorang dah kat Mesir ambil Medic. So, aku harap dia cepat sembuh.. Amin...

Seperti biasa, bila dah takde benda nak wat, mulalah aku melayan perasaan sorang-sorang. Tengok TV just tertarik nak tengok Gerak Khas (Skema nyerr) hehe.. Sambil-sambil tu tengok juga cerita Ahmad Durrah kat TV3. Ceritanya takdelah best sangat tapi pelakon-pelakon dia best. Ada Nabila Huda, Eja (Kembar aku, ahaksss!;p), and sape entah nama pelakon utama tu, aku tak hengat nama betul dia. Huhu.. Sebuah kisah cinta tapi berunsurkan Islam. 





Ada dalam satu babak tu, Nabila Huda ada sebut;

"Tak salah kalau kita mencintai seseorang dalam diam, itu tandanya kita menjaga kesopanan cinta kita.. Itulah keindahan cinta.."

Lebih kurang macam tu la skrip dia tapi aku rasa sangat tertarik dengan kata-kata tu.. Betul ke kata-kata dia tu? Aku terfikir sejenak. Apa yang aku rasakan sekarang ni salah ke? Entahlah.. Tu sebab aku lebih suka pendam daripada meluahkan. Boy aku faham apa yang tengah aku lalui sekarang ni. Tak mungkin aku boleh lupakan kisah lama dalam masa yang singkat. Tapi aku tak rasa aku boleh lakukannya. Aku sendiri pun tak tahu kenapa.. Bagi aku, aku redha je pape yang berlaku. Betul kata-kata Nabila tu.. Tak semestinya kita tak memiliki sesorang tu, kita tak boleh mencintainya. Cukuplah sekadar disimpan dalam hati.. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslimah.. Allah akan berikan yang terbaik untuk kita selagi kita menjaga perasaan kita. Mungkin orang lain akan faham lain tapi bagi aku, inilah makna kata-kata tersebut. Tu sebab aku rasa sesuatu je malam ni. Aku mengenangkan kisah-kisah lalu.. Daripada aku dok melayan perasaan sorang-sorang tak tentu hala, baik aku online dan tulis sesuatu dalam blog untuk mengurangkan beban di benak aku ni...

Totally, malam ni aku memang aku rasa tak best.. Tuhan tu maha adil.. Semalam dia bagi aku happy. Tapi hari ni dia bagi aku tak happy pula.. Lumrah kehidupan..:) Umpama roda.. Aku cuma berharap semuanya akan jadi best balik. Aku boleh jadi happy kalau sekeliling aku menggembirakan.. Walaupun hati ini, tiada siapa yang tahu apa ubatnya yang sebenar.. Aku sendiri pun tak tahu... Takpun buat-buat tak tahu...? Haha.. Malas nak fikir.. Semua jawapan tu ada pada Allah dan dia akan berikan yang terbaik untuk hati ini satu hari nanti. InsyaAllah....

Selamat malam semua...Sweet dreams...:) 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...