expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 4, 2010

NeVes ke??

Fuh! Siap 1 tugas hari ni.. mendesign name tag untuk semua sekretariat! Nampak macam senang. Tapi kalau dah asyik disuruh edit2 berulang kali, poning jugak kepala den. 

Tapi takpelah.. Sekurang-kurangnya pujian daripada Kak Ita sedikit sebanyak beri aku semangat untuk terus bekerja.. Thanx atas pujian "aku staf berdedikasi" tu. Ahakss..! Baru puji sket dah melambung ek? huhu. Takdela.. Ape sangat satu pujian kalau takde peningkatan untuk tugas seterusnya kan?  Yap, aku akan kuatkan semangat walaupun semangat aku kerja sejak 2 menjak ni macam menurun skit.. Tak tahu lah kenapa.. Maybe sebab nervous nak hadapi interview kot.

Seriously kali ni aku agak nervous berbanding interview yang lepas.. Rasa tak senang hati.. Tak senang duduk. Tapi satu kelebihan aku, aku leh bersikap tenang dan cool. Tengok orang lain bukan main lagi tanya itu-ini. Naik takut pun ada aku dibuatnya. Tapi lepas cik abang aku bagi nasihat sikit, aku ok skitla. Tu pun sebab dia perasan dari riak wajah aku macam tak berapa happy dan nampak macam aku tengah fikirkan sesuatu. Dia tahu aku nervous nak hadapi interview. Cekap betul mamat tu. Huhu..

Thanx banyak-banyak wat dia atas nasihat yang dia bagi. Kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam adik dia pula bagi dia. Cara dia nasihat pun sangat motivated la. Maybe sebab dia dah biasa survive dok oversea 4 tahun. So, dia jadi lebih matang daripada usianya.. He's really cool guy. Takdelah nak marah orang tak tentu pasal ke.. Kalau aku bergurau ke apa, takdelah nak sensitif tak tentu pasal. Alhamdulillah dia sangat-sangat memahami. Kira kalau aku terlaser skit je pun dia wat tak kisah.. Pernah aku nangis-nangis cerita perkara sebenar tentang perasaan aku tatkala ini, dia tak marah pun.. Mula-mula aku risau juga. Yela, lelaki.. Mana leh dengar makwe dia story tentang lelaki lain mahupun bekas pakwe. Tapi Alhamdulillah dia boleh terima. Dia faham aku perlukan masa untuk betul-betul terima dia 100%. Bukan mudah nak lupakan seseorang sekelip mata. Dan dia bagi aku nasihat yang sangat memberangsangkan. Kalau orang lain rasanya aku dah kena lempang kot. Huish.. Aku memang pantang lelaki naik-naik tangan ni. Jangan kata tangan, tinggikan suara kat aku pun aku cukup benci. Serius.. Kalau nak naik tangan, nak tinggi suara, pergi lakukannya terhadap orang sejantina dia. Lelaki seharusnya ada rasa hormat terhadap wanita tak kira lah perempuan tu jahat macam mana sekalipun. Sebab lelaki pun dilahirkan oleh seorang perempuan. So, for my friends who are called as man, please be carefull with your words and attitude ya!;)

Wah, jauh aku merapu, hehe.. Pape pun aku memang nervous pasal interview aku tu. Bukan apa, aku rasa down sangat2 masa kena bambu dek Datin yang interview aku tu. Tapi silap aku sendiri juga.. Tak bawa keperluan dokumen selengkapnya.. Takpelah, buat pengajaran bagi aku untuk hadapi interview akan datang ni. Harap-harap aku boleh melaluinya dengan tenang dan lancar.. InsyaAllah.. Doakan aku ye kawan-kawan..

Oh ye, jemputlah datang di Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia di Dewan Sri Siantan, Putrajaya Holdings Isnin ni.. Tugas aku seperti jaga booth.. Hehe.. Malam ni raptai.. Tak tahu nak g ke tak sebab takde pape pun lagi kat dewan tu.. Ok papai..

2 comments :

lovelyadibah said... Reply To This Comment

:D..suka post nie:D

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

hehe thanx deeba.. aq nak try jugak wat button like mcm dlm blog ko tu, nnt aq cuba kalau ada masa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...