expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 29, 2010

tEtiBa teRjemaH LaGu ROck

Dear all.. Korang nak tahu, sebelum-sebelum ni aku tak minat langsung lagu rock-rock ni. Kalau minat pun kejap je. Tapi ada satu lagu baru ni. Nyanyian Fiq Mentor ngan Mirwana. Sedap pulak lagu tu. Layan beb! huhu.. Tapi memang dalam banyak-banyak lagu rock, aku suka lagu-lagu fiq ni. Sebab aku rasa lagu dia macam ada mesej tersirat. Better daripada Faizal Tahir.. Aku memang tak minat FT tu. Over je lebih dia tu. Dalam radio (album) sedaplah suara. Bila bawa life, penuh mukus-mukus bernama kahak! Bueks!:p Geli...! hahaha.. Aku bukanlah nak kondem si FT ni tapi entahlah. Awal-awal aku suka lah. Tapi lama-lama dia macam over.. Dulu aku tengok dia penuh dengan kesederhanaan. Suara pun mantap lagi. Masa tu popular lagu Mahakarya Cinta. Suka dengar. Pastu dah lama-lama dah tak best. huhu..

Lagu Fiq ni banyak jugak yang sedap-sedap. Walaupun aku takdelah minat sangat. Tapi bolehlah.. Start daripada lagu 3 Malam Tanpa Bintang.. So far, boleh terima lagilah lubang hidung telinga aku ni. Now, aku minat dengan satu lagu ni. Manifestasi Cinta... Feat Kumpulan Nasyid bernama Mirwana. Mula-mula dengar je aku layanlah. huhu. Maybe sebab ada unsur-unsur nasyid sikit. Pastu ada macam selingan dengan bahasa arab ala-ala berzanji kot. huhu aku tak tahulah. Aku bukanlah terror sangat bab-bab muzik ni. Tapi lagu ni mempunyai makna yang mendalam sebenarnya. Kalau orang biasa maybe fikir tentang cinta sesama manusia. 

Definisi aku : Lagu ni mengekspresikan cinta kepada semua aspek. Tuhan, Alam, Manusia dan sebagainya.. Keseluruhannya menggambarkan kehidupan ni saling berkait satu sama lain dan tak boleh dipisahkan. Manusia tak boleh hidup bersendirian. Perlu ada teman, bumi dan makhluk lain untuk menyokong kehidupan mereka. Kalau manusia saling bermusuhan dan penuh kebencian, alam dimusnahkan, hidup jauh daripada Tuhan, manusia memang takkan bahagia.. Jadi, setiap orang kena ada manifestasi hidup sendiri untuk maju dalam kehidupan demi masa depan. Dan kita juga tak boleh membiarkan orang lain menderita. Kita kena saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain. Jangan ada sifat pentingkan diri sendiri dan sentiasa tahu kesusahan orang lain. Sebab ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Begitulah yang aku faham tentang lirik lagu yang disampaikan dalam Manifestasi Cinta.. Thus, cinta tu bersifat universal... Dan tiap manusia perlukan cinta yakni kasih sayang dan sifat menghargai yang menebal dalam diri. Barulah cinta dapat dimanifestasikan dan dizahirkan melalui keikhlasan secara sendirinya.. :)



Manifestasi Cinta - Fiq feat Mirwana

Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta

2 comments :

BUJANG SUSAH said... Reply To This Comment

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan .. tengok jgn x tengok.. sila klik disini dan klik disini. Juga tutor 4 the latest read more klik disini.
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Waalaikumsalam..
Terima kasih atas info yang diberikan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...