expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 28, 2010

GoaL keepEr MaLaysia puN perNah di Laser!

Sejak Malaysia menang 3-0 dalam perlawanan menentang Indonesia Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bukit Jalil kelmarin, macam-macam cerita kurang enak aku dengar. Yang paling tak best bila Indonesia menyalahkan Malaysia atas kekalahan mereka dalam perlawanan tersebut. Dalam media siber, facebook, blog, website dan sebagainya telah mengutuk malah memfitnah Malaysia dengan macam-macam tuduhan. Nauzubillah...

Aku sendiri yang berdarah keturunan dari Indonesia berasa malu dengan tindakan tidak matang dan kurang pandai yang ditunjukkan oleh warga Indonesia yang terlalu beremosi. Yang paling aku nak geli hati tu, gara-gara goal keeper yang diacukan pancaran laser, terus jadi isu yang hangat. Habis Malaysia dikutuk-kutuk dan dihina-dihina. Sibuk sangat si Markus ngan laser-laser, nah ambil 3 gol sekaligus! Dan yang paling kelakarnya, setiap jenis warganegara Indonesia dari yang paling atas hingga terbawah, sibuk nak kutuk-kutuk Malaysia. Termasuk artis dari Indonesia. Wah... Rakyat kita punyalah ramai menyanjung lagu-lagu mereka, beli album artis-artis mereka, menonton filem-filem mereka tapi macam ni dorang balas?? 

Aku bukan lah nak cari pasal tak tentu pasal kat sini. Tapi agak geram lah juga nengok blogger-blogger dari Indonesia yang over-over menabur fitnah dan menghasut pemikiran rakyat mereka untuk mengkondem rakyat Malaysia. Maklumat lanjut korang leh baca kat sini. Then pagi tadi terbaca satu blog pasal laser-menlaser ni kat sini. Ada juga lah blog-blog lain aku baca. Memang geram pun ada. Tapi kita rakyat Malaysia telah dididik untuk bersikap rasional dan profesional walaupun segelintir pemimpin kita tak macam tu pun. (oopS!!).

Oklah, sekarang Indonesia sibuk sangat nak marah-marah Malaysia pasal laser-laser tu. Tapi camne dengan insiden yang sama berlaku ketika Malaysia menentang Indonesia dalam peringkat kumpulan pada 4 Disember lalu?? Ni amik bukti ni. Laporan akhbar Kosmo! hari ni ada menyiarkan penjaga gol Malaysia juga telah dipancarkan sinaran laser ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta tersebut. Tapi rakyat Malaysia takde pun timbulkan kekecohan macam yang warga Indonesia lakukan. Dah pula tu tabur fitnah sana-sini tanpa bukti kukuh. haish.. Sama je macam puak-puak U&$0 lagaknya. huhu..


Pertelingkahan camni memalukan jela. Malaysia ni kira dah banyak bersabar dah dengan kerenah rakyat Indonesia yang kadangkala melampaui batas. Kita masih boleh bertolak-ansur. Masih menghulurkan bantuan ketika negara mereka ditimpa bencana yang maha dasyat seperti Tsunami dan gempa bumi. Masih berpusu-pusu menuju ke sana untuk membeli-belah kerana barangan yang murah (naikkan ekonomi mereka). Masih memberi peluang kepada anak muda dan warga mereka mencari sesuap rezeki di bumi Malaysia. Masih menerima kunjungan artis-artis dan pemimpin-pemimpin mereka di sini. Masih boleh berdiplomasi bila Malaysia dituduh sebagai "malin" atau pencuri. Masih boleh bekerjasama menghantar pulang rakyat mereka yang masuk secara haram menggunakan kos sendiri. Dan masih boleh bersabar dengan kerenah warga mereka yang buat hal di sini seperti merompak, pecah rumah, membunuh, gejala sosial, melarikan anak majikan, melarikan anak gadis Malaysia (kes lelaki Lombok bawa lari anak dara Malaysia dah berapa kali dah terjadi; baca sini) dan macam-macam lagi. Kalau mereka masih tak bersyukur, tak tahulah.. Berfikirlah dengan matang. Majukan anak bangsa dahulu sebelum nak kutuk kemajuan negara lain. Kan lebih baik kutuk dan perang Yahudi laknatullah yang dah terang-terang berlaku kejam terhadap rakyat Palestin. Nak berperang pun biarlah jihad melawan penentang agama Islam bukan perang kerana budaya semata-mata. Kerana hanya agama Islam yang membentuk peribadi manusia bukan budaya dan emosi manusia semata-mata.

Tapi pape pun, aku harap hubungan Malaysia dan Indonesia tidak terjejas dengan kerenah segelintir rakyat mereka yang tak tahu mensyukuri keamanan dan kedamaian yang dikecapi antara kedua-dua negara. Yang penting sokongan tak berbelah bagi kepada team Malaysia dalam perlawanan akhir di Indonesia hari Rabu ni. InsyaAllah kemenangan jadi milik kita. Jangan ada isu laser lagi sudahlah. huhu.. Peace no war...




p/s: Karang aku melaser betul-betul, kalah Kak Engku bekas pengacara rancangan Melodi kat TV3 tu.. haha..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...