expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 26, 2010

i'M HappY wiF mY LiFe:)

Assalamualaikum semua.. Em kebelakangan ni aku rasa malas sangat-sangat malas nak update blog aku ni. Kalau update pun lebih kepada perkara berkaitan yang aku share daripada hasil pembacaan aku. Maybe disebabkan kesibukan kerja dan juga keletihan sebab tak cukup rehat. Balik kerja, dah tak larat dah nak online. Kat office pula, Mr. B aku dah kena block! Sakit hati betul. Tapi bukan block sampai tempat lain takleh guna. Just takleh guna kat PC office aku je. So, memang lagi payahlah nak update facebook. Nak update blog pun payah juga sebab tak cukup masa and ternet office slow..

Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya aku leh fokus pada kerja-kerja pejabat yang perlu aku selesaikan sampai cukup bulan ni. Lepas tu maybe aku akan bercuti. huhu.. Cutilah sangat! Ni gara-gara status kontrak aku yang tak diketahui sama ada disambung atau tak. Kena tunggu lambat sikit untuk dapatkan pengesahan. Sebab penyambungan semuanya bergantung pada budget setiap Kementerian. Kalau KSU aku tu baik hati, dia bagilah budget untuk sambung kontrak. InsyaAllah ada rezeki, adalah. Kena fikir positif.:) En. J aku selalu pesan jangan fikirkan sangat perkara ni. Apa-apa pun think positive. InsyaAllah dengan berdoa dan bertawakkal kepada-Nya, segala permintaan kita akan tertunai. Pasti ada rezeki aku. Aku sayang sangat En. J aku tu. Tibe jek! hehe..

Sejak seminggu dua ni aku tak tahulah nape ramai rakan-rakan sepejabat tegur aku. Bukan tegur nak sound-sound orang tak tentu pasal macam ada hamba Allah tu (oopS!) tapi tegur sebab dorang kata aku nampak lain sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni. Eh berapa banyak menjak dah.. huhu. Aku pun pelik juga. Yela, siap jadi bahan usikan kat office. Ada yang kata aku nak bertunang lah, dah bertunanglah, nak kahwin lah... Kelakar pun ada. Ada sorang tu siap kata, nape aku nampak berseri-seri je kebelakangan ni. huhu. Aku pun tak tahu lah. Then yang paling kelakarnya, Chief Clerk (CC) office aku siap nak jadikan aku menantu dia! hakhakhak.. Kelakar betul. Tapi anak lelaki dia muda lagi. Takpela CC.. Saya dah ada calon lain. haha.. Nape ek kawan-kawan?;) Jeng-jeng-jeng...;) 

Actually takde apa sangat aku nak cerita. Aku pun dah malas nak update pape tentang diri aku baik dalam blog ke, fb ke. Sebab aku rasa kadang-kadang tak penting pun semua tu. Better aku share something yang berilmiah. Dapat juga berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain. Bukan apa, nanti cerita pasal diri sendiri je, takut ada yang kata aku syok sendiri. Then aku sendiri takut jugalah kalau aku tersebut benda-benda yang tak sepatutnya. Manusia kan.. Lain yang kita tulis, tapi pada pembacaan orang lain, berbeza-beza interpretasi masing-masing. Kalau yang fikir positif, Alhamdulillah. Yang fikir negatif ni masalahnya. Pastu tak pasal-pasal kita jadi bahan umpatan mahupun cacian orang. Nauzubillah.. Minta-minta dijauhkan orang sebegitu dan insaf-insaflah.. Muhasabah untuk diriku juga untuk berhati-hati dalam setiap tutur bicara. 
Tapi kebiasaannya kalau orang-orang yang dah kenal aku, dorang tahu sikap aku macam mana. Leh faham apa aku buat atau cakap. Dan menterjemahkannya dalam bentuk yang positif. Macam En. J aku tu.. Alhamdulillah so far kami saling memahami. Takdelah nak gaduh-gaduh pasal hal kecil-kecil ni. Masing-masing dah dewasa. Leh fikir baik-baik. Kalau ada buat salah, tak perlu nak marah-marah. Bincang elok-elok dari hati ke hati. And think positively. Yela, kalau time bercinta pasal hal kecil pun nak bergaduh sakan macam budak kecil, dah kahwin nanti macam mana kan? So, kena tabah hadapi segala dugaan. Kalau rasa tak puas hati apa-apa, terus call dan berjumpa face-to-face. Selesai masalah secara depan-depan. Masing-masing akan jadi lebih tenang dan dapat selesaikan masalah dengan cara rasional. Kalau pendam-pendam memang payah. Tapi En. J tu memang sangat alert kalau aku macam ada benda tak kena. He is so understanding guy. Tu yang wat aku sayang tu. hehehe.. (Over lah plak aku ni kan) :p ngehehehe..

Apa-apa pun aku rasa lebih tenang dan happy dengan hidup aku sekarang. Takde lagi masalah-masalah yang tak best mengganggu kepala otakku ini. Kalau ada pun lebih kepada kerjaya aku. Biasalah kalau kena wat kerja-kerja urgent. Aku harap tiada lagi masalah-masalah yang tak best berlaku dalam hidup aku. Amin..:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...