expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 13, 2010

LegA daH diTUnangKaN...

Syukur Alhamdulillah.. Segalanya selesai. Majlis pertunangan yang dirancang berjalan dengan lancar dengan izin dari Allah s.w.t. Lega rasanya bila tali pertunangan telah diikat oleh kedua-dua belah pihak.:) Hilang gemuruh lepas jari manis disarung dengan cincin emas oleh bakal ibu mentua sebagai tanda telah ditunangkan. InsyaAllah akan berusaha untuk anjakan seterusnya iaitu ke arah gerbang perkahwinan. Diharap tempoh yang diberi dapat digunakan sebaik-baiknya untuk mempersiapkan diri masing-masing sebelum diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Bilakah saat itu? Em harap-harap majlis perkahwinan juga dapat berjalan dengan lancar nanti. Yang penting mesti meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai serta jiran tetangga. Dan paling terutama diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga akhir hayat. Serta bahagia selama-lamanya.. Itulah doaku. Amin.. 

Jeng-jeng-jeng...;) wah-wah-wah, tiba-tiba je aku bermukadimah dengan majlis pertunangan pulak ni. Nape? huhu.. Actually entri ni kesinambungan daripada entri aku yang lepas bertajuk "Aku Bertunang??". Suspender  je aku ni kan? haha.. Nak tahu tak siapa yang bertunang? Emmmm... Siapa ya? Korang tekalah.. huhu.. Macamana korang nak teka pulak kan. Chatbox aku dah delete. Komen, hanya orang-orang yang diiktiraf statusnya sahaja. haha.. Takpe-takpe.. Korang jangan menggelabah sangat. Relax k.. Tarik nafas dalam-dalam then hembus.. Inhale, exhale, inhale, exhale.. Ceh, dah macam cikgu aerobic pulak. haha.. Apa aku merepek pulak ni. huhu.. Cool..

Okeylah, terus teranglah aku nak khabarkan kepada korang semua yang sudi membaca blog aku ni. Yang bertunang tu adalah..... (Bunyi drum ala-ala nak ambil award) Merupakan.... Makcik aku!! hehe.. Tapi aku rasa korang dah leh agak siapa kot. Kalau aku bertunang, watpe nak kecoh-kecoh kat sini kan. Senyap-senyap sudey. Baru surprise. Tup-tup korang dapat kad je nanti. InsyaAllah. Doa-doakanlah ya.. 

So, korang dah tahu siapa kan? Makcik aku, kira adik perempuan sebelah ayahanda aku bertunang. Setelah bertahun-tahun mencari cinta, akhirnya bertemu jua. Alhamdulillah sangat-sangat. Dapat juga aku lihat Mak Andak aku ni ke jinjang pelamin. Mak Andak aku ni kira adik terakhir lah dalam adik-beradik ayahanda aku yang akan berkahwin. Hari tu Busu aku kahwin. Aku betul-betul gembira tengok makcik-makcik aku yang dah lama jadi single, bertemu jodoh. Kurang-kurang adalah teman di kala susah dan senang, sakit dan sihat. Tapi bakal Pak Andak aku tu muda beb! Respect lah ngan Mak Andak aku tu. Handsome! Ala-ala pelakon Badrul Muhayat. Tapi pape pun, bakal Pak Andak aku tu seorang yang baik dan pandai menjaga hati Mak Andak aku. Walaupun jarak umur yang agak jauh, tak kisahlah. Sekarang umur tak penting. Even aku sendiri pun bercinta dengan lelaki muda setahun dari aku. Umur tak melambangkan kematangan seseorang. Yang penting, lelaki tu boleh bimbing kita dunia dan akhirat serta sentiasa ada di sisi tatkala susah mahupun senang.:)

So, for my dearest Aunty, Mak Andak.. Syira ucapkan Tahniah dan Selamat Bertunang. Tak sabar nak tunggu Mak Andak kahwin nanti. Nak kena beli kain untuk wat baju ikut tema. hehe. Lepas ni akan ada seorang lagi yang akan bertunang. Siapa?;) Jeng-jeng-jeng.. Nantikan lagi misteri seterusnya. Mungkinkah aku pula? Atau siapa pula? Ada jodoh takkan ke mana.. InsyaAllah..:) 

Sebagai penutup entri kali ni, aku upload lah beberapa keping gambar semasa majlis pertunangan Mak Andak pada hari Ahad yang lalu... Enjoy da pic ya!:)

Hasil kerja aku ngan Mak Cik Sal... Bilik Pengantin terhias cantik ikut tema maroon-kesukaan mak andak.. Hantaran hasil kreatif tangan Mak Uda ku..

Perbincangan adik-beradik ayah aku ngan family belah lelaki..

Pelamin mini-sponsored by Kak Erin

Mak Andak before pihak lelaki sampai.. Di bilik pengantin..

Saat menyarung cincin oleh ibu lelaki ke jari mak andak..

Muka bahagia Mak Andak ku di hari pertunangannya..:)

 Hantaran kedua-dua belah pihak.. (Yang lelaki simple giler hantarannya)

Mak Andak with family belah lelaki..

Suasana di halaman rumah.. Jemputan tak ramai tapi tetap meriah..

Tersenyum malu di atas mini pelamin..

Inilah bakal Pak Andak aku.. Handsome kan? Pandai Mak Andak aku pilih. Hopefully he will love and take care my Aunty sebaik yang mungkin nanti.. Amin..:)



Nota: Dalam masa 2 minggu ni akan ada lagi satu majlis pertunangan. Siapa? Tungguuuu....;)


3 comments :

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Ada satu gambar tu, Mak Andak aku dukung baby. Baby tu salah seorang anak kepada saudara belah lelaki. Mak Andak aku kerja kat Hospital, so masa baby tu lahir, baby tu merah2 lagi mak andak aku dah dukung. Jadi sejak tu dia kenal bakal Pak Andak aku tu. Satu tempat kerja. huhu...

New Hope said... Reply To This Comment

,
baru nak ucap tahniah, tahniah tapi pada makcik anda..

HUBUNGAN TIDAK JUJUR TAK SAMPAI PUTRAJAYA

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

hehe.. Thanx..(bagi pihak makcik) Doa-doakan sy pula ye akak..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...