expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 9, 2010

MKMPK-9

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..:)

Semalam (8 Disember 2010) telah diadakan satu mesyuarat tahunan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke-9 (MKMPK-9) di Kementerian Kesihatan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Setiusaha KKM, wakil-wakil Kementerian lain dan ahli-ahli Majlis yang lain. Mesyuarat dimulakan lebih kurang jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
 Suasana di dalam Dewan Serbaguna, Blok E7 Kementerian Kesihatan

Mesyuarat kali ni membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam minit mesyuarat MKMPK ke-8 yang telah diadakan pada tahun lepas. Sekretariat Majlis ini terdiri daripada staf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku merupakan salah seorang sekretariat yang bertugas sebagai pelapor semasa mesyuarat dijalankan.(Kena ambil minit yang berbangkit setiap isu yang dibincangkan oleh ahli Majlis.) Tahun ni first time aku dilantik sebagai salah seorang sekretariat MKMPK kerana tahun lepas aku sekadar dapat sekretariat haram je. huhu.. (Gara-gara Cik S bengang ngan aku dan tak bagi join). Thanks to Pn. Norzitah sebab bagi peluang jadi sekretariat MKMPK ni. So, ini lagi satu pengalaman baru dalam dunia kerjaya aku. Seronok jugalah sebab dapat merasai suasana sebuah event yang sangat besar. Dapat jumpa dengan presiden-presiden, pengerusi-pengerusi dari persatuan-persatuan berkaitan dengan teknologi makanan dan pemakanan. Dan paling best dapat jumpa salah seorang pensyarah aku masa study di UKM iaitu Dr. Nik, Pengerusi Malaysia Industrial Food Technology (MIFT).



Kali ni, YB Menteri Kesihatan berharap MKMPK dapat bergerak lebih aktif dalam memantapkan kualiti dan keselamatan makanan di Malaysia. Selain daripada menjadi pemangkin kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan yang berzat dan meningkatkan kualiti kesihatan rakyat. Ini kerana terdapat lambakan pelbagai produk makanan di pasaran dan perlu sentiasa dipantau oleh pihak yang terlibat bagi mengelakkan isu atau krisis berkaitan makanan seperti isu Melamin dalam produk susu dan tenusu, Plumbum dalam buah plum, keracunan makanan di sekolah dan sebagainya. Isu kesihatan rakyat juga dititikberatkan melalui kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa IPTA seperti UPM, UM dan UKM. Antara yang menjadi kebimbangan adalah kehadiran Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) dalam makanan yang dipanggang atau dibakar. Diharap kajian-kajian yang dijalankan dapat digunakan sebagai sumber kepada setiap pihak untuk mengukuhkan lagi objektif MKMPK dalam memastikan kualiti makanan dan pemakanan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Info: Malaysia berada di dalam kelompok Top 10 senarai negara tertinggi yang mempunyai rakyat yang mengalami obesiti (kegemukan). Nombor 5 ke 6 kalau tak silap. Dan Malaysia berjaya mengalahkan negara-negara timur lain seperti Jepun dan China yang lebih besar dari segi kes obesiti. huhu.. Need to do something to educate our Rakyat to eat healthy..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...