expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 27, 2010

NeRvOuS vs cOOL

Wah...!! Nape tetiba petang ni aku rasa seram sejuk semacam?? Nervous nya!! haha.. Giler ar.. Tangan aku dah sejuk macam dalam peti ais! Nape plak ngan aku ni ek..? Actually aku terlampau gementar menunggu result interview aku..! haha.. Ntah pape la aku ni kan. Tapi betul lah.. Semua orang kat sini dah nervous. Kalau ikutkan, keputusan keluar hari ni. Tapi dari sejam ke sejam tak keluar-keluar juga resultnya. Hmm.. 

Sebenarnya dari semalam mahupun pagi tadi, takdelah aku serisau sangat macam ni. Pagi tadi tak terfikir pun pasal result-result ni. Boleh sampai terlupa pun result keluar hari ni. Tapi makin nak petang barulah makin terasa debarannya. Bila dah asyik ramai yang ingatkan. Ibu aku berapa kali dok call kat office tanya camne result. Kat office ni ramai juga yang tanya and suruh check melalui calling. Tapi kitorang semua takut!! Tak berani nak dail nombor phone SPA tu. Takut beb! Seram bangat! haha.. So, akhirnya kitorang jadilah pungguk rindukan bulan sampai ke petang. (siang-siang memanglah tak nampak bulan):p hehehe..

Apa perasaan aku?? Aku sendiri pun tengah confuse what i'm feeling now. Nervous memang nervous. Sampai sejuk dah tangan ni. Dah macam nak pi nikah lah plak! Takpun macam nak gi jumpa bakal mak mentua. haha.. Apa dah aku merepek ni?? huhu. Nervous punya pasal! Tapi En. J aku pesan jangan fikirkan sangat pasal result tu. Buat kerja macam biasa.. Then, be cool.. Tenang.. Dan sentiasa maintain cool.. Result ok tak ok ke tetap kena cool dan relax. Jangan risau-risau sangat katanya. Tapi dia confident sangat-sangat aku leh dapat jawatan tu. Aku sendiri pun macam dah patah semangat, dia leh yakin tahap sebegitu. Mungkin nak bagi aku semangat kot. Tapi tu lah, nanti bila yakin sangat, takut bila tak dapat nanti frust menonggeng! Kalah frust sebab putus cinta. (Yeke?):p That's why aku takut.. Kalau ikutkan aku tak kisah tapi sebagai manusia biasa dan salah seorang calon yang ditemuduga, for sure lah sedikit sebanyak aku berharap untuk berjaya dalam temuduga tu. Aku dah lakukan yang terbaik dan sehabis baik pada hari penting tersebut. Cuma bila menunggu dan terus menunggu, buat aku makin hilang semangat. Dah takut dah nak klik ke portal SPA untuk check result. Dapat ke tak dapat?? Aaargghh stress! huhu.. Eleh, macam lah aku tak biasa menunggu-nunggu ni kan. Kira proses tunggu-menunggu ni dah banyak kali aku practice. Bukan sejam dua tapi bertahun-tahun. Pengalaman jadikan pengajaran. Yes! Sabar itu penting. InsyaAllah akan membuahkan hasil yang lebih baik dari sebelumnya..

So, apa aku nak buat ni? Buat kerja seperti biasa..:) Walaupun dalam hati ni still dup-dap-dup-dap.. Tapi seperti kata En. J, kena maintain cool.. Baru tenang.. And tak perlu risau sangat. Sentiasa fikir positif.. Teruskan perjuanganmu Syahirah!!:)

2 comments :

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

SPA ni saja nak bagi aku neves2 tau. Result tangguh ke 7hb Jan 2010.:P

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

eh! bukan 2010.. 7hb Jan 2011! huhu silap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...