expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 11, 2010

aKu berTunanG??;)

Assalamualaikum semua.. Em dah berapa hari tak update entri. Busy nak mati. haha.. Lum mati lagilah. Half-half je kot.:p

Hari ni aku tengah wat preparation for engagement ceremony.. Jeng-jeng-jeng... Siapa pula yang bertunang ni?? Aku ke? haha.. Taknak bagi tahu.. Surprise..!;) huhu.. Tapi memang sangat busy sekarang ni. Ni pun curi-curi time nak update blog. Dari semalam lagi dah start wat kerja-kerja preparation. Siapkan goodie bag untuk tetamu. Nasib baik jemputan tak ramai. Kul 2.00 pagi baru siap.  Hari ni dok sambung pasang langsir dan cadar katil. Dan juga set-up bilik dan susun atur perabot rumah.

Baju pertunangan dah siap. Tergantung elok di dinding bilik pengantin. Warna maroon plus krim. Simple but sweet.:) Tapi kalau warna pink lagi cantik kot. hehe.. Tema majlis pertunangan ni adalah maroon. Okeylah walaupun favourite warna aku pink dan merah. Ada kena mengena lah juga. huhu..

Then, tibalah hari di tunggu-tunggu. Pagi-pagi kena bersolek bagi cantik sikit. Lepas tu tengahari, majlis pertunangan akan diadakan. Macam-macam perasaan ada.(Over!) huhu.. Macam mana lah perasaan bila saat jari manis disarung dengan cincin pertunangan oleh bakal ibu mentua? Mungkin yang pernah alami, dah tahu macam mana rasanya. Tapi pertunangan mungkin takdelah se nervous mana kot. Masa nikah nanti mesti berganda-ganda gemuruh dan gementarnya. Yeke?:p Tapi aku tengok kebanyakan orang memang macam tu. Nape ek? huhu.. 

Pape pun, aku harap semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan. Walaupun sekadar majlis pertunangan, tapi perlu dilaksanakan dengan baik. Supaya takde pape masalah tidak diingini berlaku. Amin..

Eh3x! Dari tadi aku tak cakap siapa yang bertunang kan? Siapa ya? Cuba korang teka...;) Siapa-siapa yang dah tahu tu senyap-senyap je tau. Tunggu next entry nanti aku akan masukkan gambar majlis pertunangan tu nanti. hehe.. Saja bikin surprise.. Tunggu ok... Nanti korang tahu lah siapa yang bertunang tu. Aku ke? Kawan aku? Saudara aku? Jiran aku? ;) Kita tungguuuuuu...! 

Ok see you in next entry.. Wassalam...:) 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...