expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 14, 2010

WarKah LamaraN kePadA bakAL iSteri...

Aku terbaca satu artikel ni yang menceritakan seorang sahabatnya yang telah berkenalan dengan seseorang dalam masa 2 bulan sahaja dan terus berkahwin. Sahabatnya tu sebelum-sebelum sering dilukai oleh lelaki dan sukar untuk mempercayai lelaki lagi. Kisah ni berlaku di Indonesia kerana dari bait-bait ayatnya memang bahasa dari sana. Kisah nya simple tetapi banyak pengajaran.. Kenapa sahabat tu buat keputusan nak kahwin lepas berkenalan selama 2 bulan sahaja? Walhal dia sukar nak percaya pada lelaki dah. 

Rupa-rupanya ada sesuatu yang sangat menarik tentang bakal suaminya. Mungkin lelaki tu tak mempunyai rupa paras yang menawan dan bukanlah kaya harta tapi kesederhanaan yang dimiliki serta lamaran yang dibuat penuh dengan simbolik dan meruntun jiwa. Melalui sehelai warkah, ayat-ayatnya membuat lamaran kepada si isteri sangat romantik tetapi nilai-nilai Islam tetap diterapkan. Memang lelaki diciptakan untuk pandai berkata-kata manis tetapi dalam hal ni, bukan semua lelaki mencintai seseorang tu kerana Allah S.W.T. Daripada warkah tu, menunjukkan keikhlasan dan kejujuran serta rendah diri yang menebal dalam dirinya membuatkan sahabat tu tertarik dan jatuh cinta kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah mereka telah diijabkabulkan. 

So, kat sini aku share Surat Cinta dari seorang hamba Allah yang telah berjaya melamar hati seorang gadis untuk dijadikan isteri.. Pape pun jodoh itu di tangan Allah. Kalau kita benar-benar ikhlas, InsyaAllah, Dia akan berikan yang terbaik buat kita. Amin... Bacalah surat indah ini..:)


Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.


Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin kuat memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin..

Wassalamu'alaikum Wr Wb

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...