expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 26, 2010

MUHASABAH:> Mengapa Yahudi bijak? Inilah rahsianya....


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Tuesday, August 24, 2010

Super Girl by Super Junior

Sorry guys untuk blog sebelum ni, link video nya ada masalah. I try masukkan balik ok.. Besar......... Punye!! hehe.







I Like SUPER JUNIOR!!!


Hai guys! huhu entah macam mana entah aku boleh suka group daripada korea yang bernama SUPER JUNIOR ni. huhu. Maybe first time dengar lagu Sorry Sorry di Radio ERA, buat aku tertarik nak tahu tentang group ni. Aku pun try la search video muzik diorang. Fuh, memang superb! Aku suka gila koreografi tarian group ni. Tambah pula dengan ahli-ahli yang sangat encem! hehe. Boleh jatuh cinta! haha..
20090914_sjm_cover
Apa yang menarik tentang group ni? Ahli group adalah seramai 13 orang iaitu LeeteukHeechul, Hangeng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum, Kyuhyun. Salah seorang ahlinya merupakan pelakon drama bersiri korea yang pernah meletup kat tv iaitu drama Autumn in My Heart. Tak sangka dia boleh menyanyi dan menari dengan baik. Sangatla macho! huhu..
Em aku baru je nak minat group ni. jadi tak banyak sangat info yang aku tahu tentang group ni. Setakat ni 2 lagu yang aku minat nyanyian group ni. Sorry Sorry dan Super Girl.. Lagu Super Girl versi Bahasa Mandarin adalah lagu kedua dalam bahasa cina yang aku suka. Dulu lagu Para-Para Sakura. huhu. Sambil-sambil dengar tu bolehlah revise balik pelajaran Bahasa Mandarin yang telah lama aku tinggalkan.:p



So, enjoy their music and choreography...:)



LYRICS of  Super Girl by Super Junior (Mandarin Version)
HEY!
Woo~~
[Kyuhyun]
Oh~ Chao ji chao ji de nü hai
Oh~ oh~ oh~ oh~
[Siwon]
Kan wo kan kan wo
Bu yao zhong shi xiang zhao ta
Bu ai bu ai ta bu ai ni
Ni de wan mei sheng guo ta
[Kyuhyun]
Bu yao zai ding zhao na shou ji
Bu yao zai na san xin er yi
Ni ming bai de
Ni qing chu de
Wo chao ji de nü hai
[Ryeowook]
You shi hou xiang qi ta song ni de hua [Henry] (Diu diao kuai diu diao ba)
[Ryeowook]
Hai you ta na zui mi ren de wei xiao [Henry] (Wang diao kuai wang diao ba)
[Ryeowook]
Ta de wen rou hai hui rang ni dian dao [Henry] (xing lai kuai xing lai ba)
[Ryeowook]
Ni de hao shi duo me shen mi
Qing rang wo hao hao di bao mi
[All]
Oh my super girl
Ni shi wo de baby girl
Ta kan bu jian ni de mei li
Ping fan bei hou de mo li
Oh my super girl
Wo shi ni de super man
Ni de yan shen rang wo zhao mi
Wei le ni wo shen me dou yuan yi
Oh~ oh~ oh~ oh~
Oh~ oh~ oh~ oh~ (My Love)
[Donghae]
Kan wo kan kan wo
Bu yao zong shi sui zhao ta
Ru guo ta shuo xi huan ni
Jiu suan zai mang ye neng gou deng dao ni
[Zhoumi]
Na yi ding shi ta shuo de huang hua
Na yi ding bu shi zhen xin de hua
Oh~ bie xiang xin ba
Li kai ba
Oh~ kuai dao wo de shen bian lai
[Zhoumi]
You shi hou xiang qi ta song ni de hua [Hangeng] (Diu diao kuai diu diao ba)
[Zhoumi]
Hai you ta na zui mi ren de wei xiao [Hangeng] (Wang diao kuai wang diao ba)
[Zhoumi]
Ta de wen rou hai hui rang ni dian dao [Hangeng] (xing lai kuai xing lai ba)
[Zhoumi]
Ni de hao shi duo me shen mi
Qing rang wo hao hao di bao mi
[All]
Oh my super girl
Ni shi wo de baby girl
Ta kan bu jian ni de mei li
Ping fan bei hou de mo li
Oh my super girl
Wo shi ni de super man
Ni de yan shen rang wo zhao mi
Wei le ni wo shen me dou yuan yi
[Kyuhyun]
Kai xin de
Nan guo de
[Zhoumi]
Da ying ni
Dou pei ni
Dou pei ni
[Kyuhyun]
Dou pei ni
[Donghae]
Dou pei ni
[Ryeowook]
Zhun bei le quan shi jie zui hao de ai
Zui gui de ai
Deng ni ban jin wo de xin li lai
[All]
Xing fu de quan li bu yao fang qi
Quan shi jie zui wan mei de wei yi
[All]
Oh my super girl
Ni shi wo de baby girl
Ta kan bu jian ni de mei li
Ping fan bei hou de mo li
Oh my super girl
Wo shi ni de super man
Ni de yan shen rang wo zhao mi
Wei le ni wo shen me dou yuan yi
[Kyuhyun]
Ni shi wo de zui chao ji de nü hai (bie zai deng de deng de)
Gen zhao wo yi qi fei dao wei lai (ai qing bu yong cai pai cai pai)
[Ryeowook]
Ni shi wo de zui chao ji de nü hai (bie zai deng de deng de)
Gen zhao wo yi qi fei dao wei lai (ai qing bu yong cai pai cai pai)
Oh~ oh~ oh~ oh~
Oh~ oh~ oh~ oh~ (My love)I 

Wednesday, August 18, 2010

Ku percaya ada cinta...

Wah hari ni tetibe aku nak bersyahdu-syahdu pulak. hehe.. Tapi memang enjoy bila dengar lagu-lagu dari album Tahajjud Cinta oleh Dato' Siti Nurhaliza dan album Maafkan oleh Raihan.. haha sempat layan lagu raya! hehe.. Yang paling syahdu bila dengar dendangan Selawat oleh CT.. Tersentuh sangat-sangat.. Dan mendamaikan.. Betapa besarnya keagungan Tuhan menciptakan seorang Rasul yang sungguh mulia budi pekertinya dan dirindui oleh setiap umat Islam di dunia ini.. Alhamdulillah walau aku diuji dengan pelbagai dugaan untuk beberapa hari Ramadhan ini, aku tetap menjalankan ibadah puasa ku.. Sesungguhnya aku mengharapkan ketenangan.. InsyaAllah.. Thanx to Kak Ecot sebab sudi ajak saya bertadarus sekali tiap kali waktu lunch. Sangat seronok mendengar bacaan Quran dialunkan di samping bergilir-gilir membaca kalimah suci kitab Allah tersebut.. Boleh memperbaiki bacaan dan tajwid untuk setiap ayat.. Sangat bermanfaat!:)


Em sekadar berkongsi satu lagi lirik lagu yang sangat aku sukai. Ku Percaya Ada Cinta.. Juga oleh Dato' CT Nurhaliza. Bila dengar je lagu ini mengingatkan ku kepada seseorang yang baru ku kenal. Nasihat-nasihat nya memberi aku semangat dan kekuatan untuk tempuh segala dugaan. Walaupun orangnya agak gila-gila tapi sememangnya buat aku bersemangat tiap kali dia berikan aku nasihat. Dan juga menceriakan hidupku yang selama ni selalu suram.. Dengan keletah lucu dia, tambah dengan "kekreatifan" aku, memang leh pecah perut kalau berjumpa atau berborak. hehe.. Thanx Allah sebab beri aku sahabat sebegini..:) kalau boleh nak cari ramai lagi kawan macam ni.. InsyaAllah..


Allah sememangnya maha berkuasa.. Dia wujudkan macam-macam perasaan dalam hati manusia.. Supaya manusia lebih mengerti tentang kewujudan diri sendiri dan orang lain di muka bumi ini. Dan juga mencari cinta yang hakiki dalam diri. Justeru, ku percaya ada cinta untuk setiap insan di dunia ini. yang membezakan adalah berlandaskan cinta kepada Allah atau kepada nafsu semata-mata. Cinta tak perlu dicari kerana Allah telah tentukan cinta untuk kita.. Justeru percayalah bahawa cinta yang hakiki adalah milik Allah s.w.t..


Ku Percaya ada Cinta...


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

kEtIkA CINTA mEmAnGgIL.....

Love this song so much..:)


Ketika cinta by Dato' CT Nurhaliza.. (OST Perempuan Berkalung Sorban)


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Kerna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil..



Tuesday, August 17, 2010

pEnAt + KuiH RaYa

Erm letihnya rasa hari ni.. Serius! Entahlah maybe dari pagi non-stop buat kerja agaknya.. Pagi-pagi pergi presint 3 ada meeting untuk annual report dengan si shahrul. Thanx shahrul sebab sudi tumpangkan saya naik kereta awak. Next time saya bawa kereta saya and awak pulak tumpang. huhu.. Sebut pasal kereta, aku sememangnya malas nak bawa kereta ke office. Apa masalahnya? Parking!! ahha.. Yes, parking! Kalau ada rezeki lebih, rasa nak beli je kereta yang lebih kecil untuk memudahkan aku membawanya ke pejabat dan juga muat-muat untuk aku sahaja dan ruang parking. Boleh?? huhu..

Actually tiada apa mahu dikongsikan sangat. Sekadar buat senaman jari-jemari ni sebelum jam punch card berbunyi tepat 5.30 petang. Aku nak balik!!! huhu.. Tersangat lah penat hari ini. Mungkin vitamin dalam badan ku dah habis. hehe.. InsyaAllah waktu berbuka nanti aku akan "charge" balik tenaga aku ni. Bolehlah berterawih..

Em dah berapa hari dah kita berpuasa kan.. Sekarang ni terfikir-fikir, kuih raya apa yang aku nak buat ek tahun ni? Nampak gayanya macam ramai pulak rakan-rakan nak datang beraya. Tapi tu la, disebabkan kesibukan teramat di pejabat, otak pun blank tak tahu nak buat kuih raya apa. Kek coklat sudah semestinya kena buat! Em ibu ku sudah bertanya-tanya, "taknak buat kuih sugi ke?" Em mungkin boleh juga lah buat kuih tu. Really simple and easy. Just campur je semua bahan then uli-uli pastu gentel-gentel jadi bebola yang comel... Nak cantik, tabur dengan coklat chip or hias dengan cherry.. Nyam3x! haha.. Dahla puasa ni. huhu.. Em tengoklah nanti macam mana. Depends on time dan juga tahap kerajinan. Wakaka...

I think thats all for share today.. Ok papai.. Chill out! >_@

Buat para suami dan bakal bergelar suami...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Monday, August 16, 2010

Produk Bahaya!!


Mau berkongsi satu artikel dalam paper Berita Harian tentang produk-produk kecantikan dan kesihatan yang telah disahkan mengandungi bahan tak sepatutnya dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Buat teman-teman terutamanya kaum wanita, berhati-hatilah dalam memilih produk kesihatan dan kecantikan okey. Amalkan seperti saya, Natural Beauty itu lebih baik..:) Rahsianya.. takleh bagi tahu...;)


Ok selamat membaca....

Idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. 
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  •  Kintop

  •  Body Beaus

  •  BMI-9 Xylimming Capsule

  •  Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  •  Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  •  Obexlim

  •  Slimax Coffee

  •  Beaute Fit Body Contour

  •  Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  •  357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  •  Makjun Taufiq Dua Istimewa

  •  Majun Dua Istimewa

  •  Ginseng Jin Fui Wan

  •  Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

  •  Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

  •  Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

  •  Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

  •  Makjun Syafiq 3 Istimewa

  •  Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 

  •  Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  •  Eriesya Spa Beauty Cream

  •  Atika Beauty Renewal Cream

  •  Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

  •  Ratna Sari Whitening Night Cream

  •  Tia Amelia Krim Jeragat

  •  Chantique Whitening Night Cream

  •  RZAC White Pearl Cream

  •  Nuriz Day and Night Cream

  •  Elite Rias Er Cream

  •  R&Z Whitening Night Cream

  •  Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

  •  Pigmentation Recovery Complex

  •  Zara Rejuvenation Cream

  •  Natasya Krim Herba Gold

  •  De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  •  Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  •  Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

  •  Qian Tong Dan

  •  Raja Ubat Resdung

  •  Coral Plus UA 350MG



  • PerLU kE??

    Huhu.. masih tengah berfikir-fikir.. Nak tutup ke taknak blog ni.. Aku ada juga tanya pendapat blogger2 lain. Diorang kata tak perlu tutup. Biarkan je orang nak kata apa. Ini hak kita untuk bersosial. And aku pun masih baru. And baru sedikit orang pertikai itu ini tentang penulisan aku. Dorang kena lagi teruk tapi stay cool.. Em betul juga kan. Buat apa nak layan sangat. Berani kerana benar! Yes that's true! Thanx kawan-kawan especially saudari Faradila.. Thanx bagi aku semangat untuk meneruskan penulisan blog ni..:) Ko memang seorang yang berani mempertahankan hak sebagai blogger! hehe..

    So, aku akan meneruskan penulisan blog ku ini. Cuma mungkin lebih terhad tentang hal ehwal semasa. Hal atau aktiviti peribadi mungkin akan dikurangkan. InsyaAllah... :)

    Ok jumpa lagi..

    ~syahirah~

    Sunday, August 15, 2010

    SiMpAn DaLaM hAtI

    Salam semua..

    Mungkin ini penulisan terakhir saya dalam blog yang paling saya sayangi ini.. Saya tak dapat lagi berkongsi apa-apa cerita dalam blog ini bersama kawan-kawan semua. Memang saya sedih kerana tak sampai setahun jagung pun saya memulakan penulisan blog. Saya suka nak share bermacam-macam perkara, pendapat, idea dan sebagainya. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya tak dapat meneruskan semua ni lagi.. Mungkin ada yang tersinggung dengan apa yang saya tulis tanpa saya sedari.. Takpela mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya bahawa bukan semua perkara kita perlu kongsi pada semua orang. Tak kira lah kgembiraan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Mungkin satu tempat sahaja yang sesuai untuk menyimpan semua tu.. Iaitu di dalam hati.. Walaupun baru beberapa bulan saya menulis blog, masih ada yang sudi menjadi follower saya. I really appreciate them. Terima kasih banyak2. Yang pernah komen atau chat dengan saya, jutaan terima kasih saya ucapkan..

    Saya menulis blog sekadar suka-suka tapi lama-kelamaan dah jadi rutin setiap minggu. Kalau ada kelapangan, tiap hari saya teringin nk menulis. Tapi apakan daya, memang bukan tempat saya di sini. Biarlah semua disimpan di dalam hati.. Kemungkinan besar, faceookb juga akan saya tutup.. Fikiran saya sering terganggu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Untuk memuaskan hati semua pihak secara langsung mahupun tak langsung, saya terpaksa menutup blog ini. Jutaan kemaafan dan terima kasih pada anda semua yang sudi membaca tulisan saya..

    InsyaAllah kalau panjang umur kita berjumpa lain kali. Saya mahu mencari ketenangan.. InsyaAllah.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

    Assalamualaikum....

    ~Syahirah~

    Friday, August 13, 2010

    MooD terganggu!!

    Em what the.....?? huhu pandai2la korang tambah apa yang patut. But seriously i'm not in good mood now! Pagi-pagi dah ada orang buat aku naik hangin. Ingat dia jela leh nak marah-marah. Setakat dalam emel, sms, chat, berani la kot.. Cuba depan-depan, ada bran??;) hmm aku ni memang tak leh lah kalau ada orang saja-saja nak bagi aku hangin. Pagi-pagi plak tu.. Kat office plak tu.. Ala.. Lemah betullah...! Tak boleh ke pagi-pagi, ucap Hello ke.. Selamat Pagi ke... Good Morning ke.. (eh sama jela) hehe.. Apa khabar ke... Dah makan ke...(Eh bulan pose daa.. kehkeh)

    Em bila dah naik angin, mula lah takleh fokus nak wat kerja. Tengokla ni.. Menaip blog! hehe.. Tadi g jalan-jalan jap kacau orang. Pastu g toilet, tengok wajah sendiri tapi takleh lama-lama takut air mata ni mudah sangat nak mengalir. Habis make-up aku. Boleh...?? huhu takdela.. Nak hilangkan tension.. Bukan apa, aku takut benda yang paling aku tak suka terjadi pada aku. Iaitu MIGRAIN! huu.. So now, sekarang tengah cuba relaxkan diri.. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.. Em maybe baca Surah Yassin kejap la.. Bagi relax otak ni..

    AkTvT di bulan Pose...

    Wah.. bestnyer bulan Ramadhan.. Leh collect pahala banyak2..:) insyaAllah.. Em aktiviti aku di bulan puasa ni berjalan seperti biasa. Bekerja dengan penuh tekun dan sabar.. Cewah! hehe.. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan yang mencabar..

    Waktu rehat tengahari di pejabat, aku dan beberapa staf berhampiran tempatku mengadakan tadarus Quran beramai-ramai. Seronok sangat2..!:) InsyaAllah diharapkan bulan Ramadhan ni kami dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. Membaca Quran sememangnya memberikan ketenangan sangat2.. Hari ini hari Jumaat. Rehat nanti masa panjang. Bolehlah membaca Quran lebih lama.. Alhamdulillah sangat dapat menunaikan ibadah puasa dengan aktiviti yang berfaedah. Tapi yang aku menulis blog ni kenapa?? Wakaka... huhu saja teringin menulis sesuatu..

    Bila fikir-fikir balik, nak tulis sesuatu dalam ni pun dah jadi macam 1 kesalahan. Takut disalahertikan. Niat ku sekadar berkongsi pendapat dan aktiviti ku. Harap maaflah kepada sesiapa yang terasa dengan penulisan ku ini. Kalau ada yang masih tak berpuas hati, takpela, aku terpaksa mengalah dan mungkin blog ini akan ditutup. Entahlah.. Aku sayang dengan blog aku ni. Ni jela tempat aku nak cerita apa-apa untuk dikongsikan. Sedih pun ada. But you must be strong, Mesya! Buat tak tahu je apa orang nak kata.(Someone told me..) huhu  tapi aku tahu bukan ada sesiapa nak baca sangat pun. Sekurang-kurangnya leh juga aku asah bakat terpendam aku dalam bidang penulisan! Cewah! hehe..

    Kadang-kadang teringin nak tulis sebuah novel.. Idea berlambak-lambak dalam otak aku ni. Tapi tak tahu mana nak mula. Masa belajar dulu pernah juga deraf beberapa kisah. 1 kisah tu bersuasanakan di zaman dahulu kala. Ala-ala zaman pendekar2 dulu. huhu pelik kan otak aku ni? Maybe aku suka baca tentang sejarah. Siap khatam buku teks sejarah yang warna coklat tu! That's why i got A in Sejarah Paper during SPM! hehe.. Tentang 3 orang gadis kembar yang mempunyai perwatakan berlainan. Yang sulong- orangnya tegas, sangat berdisplin, dan sangat tipikal terhadap sesuatu perkara terutamanya dalam percintaan, tapi jenis yang cool, tak mudah marah tetapi pantang dicabar, mempunyai ilmu persilatan yang sangat hebat seperti ayahnya. Yang second- Seorang yang sangat lemah-lembut, bijak, mudah menangis, pandai memujuk dan sangat baik pada adik-beradik nya. Yang bongsu- jenis gila-gila, lurus bendul, suka buat huru-hara dalam kampung dan family, sering dimarahi ayah nya, tapi tak pernah serik, malas belajar dan macam bengong-bengong skit kot. hehe.. Tapi sebenarnya mereka ni mempunyai 1 persamaan.. Apa dia?

    Al-kisahnya...



    Bersambung lain kali! kehkeh.. nak sambung wat kerja pula. Hmm.. pagi-pagi mood dah terganggu.. Takpela, dugaan berpuasa.. Harap diberikan kekuatan dan semangat untuk harungi dugaan sepanjang Ramadhan ini.. Amin..

    Tuesday, August 10, 2010

    aKu WaNiTa BiAsA

    Aku ini wanita biasa,
    Bisa sakit luka kerana cinta..

    Aku ini wanita biasa,
    Tiada kudrat hanya berserah kepadaNya..

    Aku ini wanita biasa,
    Menangis, ketawa dan kecewa..

    Aku ini wanita biasa,
    Punya cinta dan cita-cita..

    Aku ini wanita biasa,
    Tiada yang istimewa sekadar hamba yang Esa..

    Ramadhan Wishes for U..

    Salam...

    Buat rakan-rakan yang sentiasa follow blog ku ini dan beragama Islam, ku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431 H. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta keinsafan dan kesucian hati.. Terima kasih atas kesudian anda yang sudi mengikuti blog ku ini..

    Kepada sesiapa yang mungkin terasa atau kecil hati dengan nukilan ku dalam blog ini, ku mohon sejuta kemaafan. Nukilan ku hanyalah luahan seorang wanita biasa yang tidak bermaksud apa-apa.. Sekadar cebisan luahan rasa yang ingin dikongsi bersama-sama anda. Harap dimaafkan.. and thanx again..

    Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih..:) Yang wajib jangan dilupakan ye..

    E-Class from... Syahirah...


    Monday, August 9, 2010

    T.O.T plus A.V.O.N

    yeah! sudah lama aku tak membelek blog ku ini. selalu singgah2 je tapi tak sempat nak tulis pape. Serius last week aku memang busy teramat sangat!! Sampai tak cukup rehat. Tapi pape pun aku tetap maintain cergas and cool...:)


    Kesibukan bermula selepas aku mengambil alih tugas2 Syahnaz. MasyaAllah..!! Memang aku hampir pengsan dibuatnya. Bayangkan beribu-ribu dokumen di meja kerjanya yang langsung tak tersusun! Dengan fail yang berlambak2.. Yang di luar fail, nauzubillah.. Selama seminggu aku bertungkus-lumus dengan liyana mengemaskini semua dokumen yang "dilahirkan" oleh syahnaz. Memang penat sampai sakit2 pinggang.

    Dalam pada mengemas2 tu, sempat juga aku handle kursus wajib tenaga pengajar @TOT (Train of trainers). Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun baru 1st time aku menyelaras kursus tu. Macam2 masalh berlaku tapi Alhamdulillah aku diberi kemudahan untuk atasi semua tu. Dan yang paling genting semasa ketiadaan penceramah untuk hari kedua. Memang seriau jugakla! Dibuatnya takde penceramah, mampus kena attack dengan peserta! huhu.. Berkat doa dan kesabaran aku dan sekretariat yang lain, kami dapat atasi semua tu. Yela, dengan pengalaman yang tak seberapa, tanpa bimbingan daripada ketua yang sepatutnya, memang mustahil nak handle kursus sebegitu. Thanx banyak2 buat sekretariat2 yang sudi membantu.. Dan yang paling penting, aku pecah rekod untuk kursus kali ini!:) hehe.. Aku suruh si Sani baca kan doa semasa perasmian kursus. Sebelum2 ni tak pernah ada pun dalam tentatif kursus. Mula-mula dia taknak sebab tak confident tapi aku paksa jugak. Last-last, ok je aku dengar bacaan dia. Ala-ala arab gitu.. Rupa-rupanya dia pernah belajar aliran arab dulu. Cett! iye2 je ingat dia tak leh baca doa. Hehe.. Bagus3.. Next time baca doa lagi ye Sani..:) Baru lah orang kata Food Technologist dari MOH ade kelasss... walaupun dalam bidang sains, agama tak dilupakan..:)

    Erm sekarang 95% dokumen syahnaz telah aku kemaskini. Rasa-rasa lebih 10 kotak jugaklah aku membuang kertas2 n dokumen2 yang ibarat sampah tu. Kalau tak, serius aku memang takleh buat kerja dengan keadaan yang macam tongkang pecah. Setiap sudut, celah-celah meja, ada je benda atau kertas terselit2. Pelik betul! Macam mana la dia leh buat kerja dengan tenang kalau gitu rupanya tempat kerja dia. hmm.. Bukanlah nak kutuk ke apa tapi sebagai perempuan, pegawai pulak tu, tunjuk kanlah sikap pembersih dan kemas. Baru lah orang respect pada kita. Betul tak?:) Em hari ni baru lah rasa tenang nak wat kerja. Ramai yang datang singgah tengok tempat aku dan liyana yang telah dikemas dan dihias susun cantik2..:)

    Em nak cerita apa lagi ek? takde apa lagi kot.. Semalam aku dan sepupu ku ke Hotel Nikko, KL. Ada majlis untuk Avon. Kak izan @ omak kesayangan yang sponsor. Best jugakla. Happening! huhu.. Sempat jugakla kitorang naik atas pentas dan menari. Ntah macam mana rupa kami agaknya.;P Konon2 nak jadi cowboy girl. Maklumlah dah tema nya gitu. Pakai simple2 pastu tambah topi koboi. okla kot.. erm leh la letak gamba sekeping bersama omak and shikin (kazen)..
    Oh ye, ade artis jemputan! Norish Karman. Em dia nyanyi 3 buah lagu. Suara nya biasa2 je. Macam ning baizura pun ada. Orangnya memang cantik la. Sweet.. tapi masa nak tangkap2 gambar dengan dia, dia lari2. Maybe dia tak biasa kot kena kerumun dengan orang ramai.

    Em okla, nanti sambung lagi.. nak kemas2 untuk pulang ke rumah..

    ~syahirah~

    Sunday, August 1, 2010

    AkTvT Di hArI mInGgU

    Hari ni taktau la nak kata rajin, takdela rajin sangat. Nak kata malas, takdela malas. semua kerja uma aku dah wat. Takpela, hari ni just nak cerita skit2 je aktiviti ku. Untuk makan2, menu hari ni aku masak ayam goreng berempah, sayur kobis masak lemak n sambal belacan sarawak. Nyam3! Ayam berempah tu 1st time buat. Taktau la nak kata jadi ke tak.. Rasa dia ok je.. Maybe kena modify skit rempah2 nyer..

    Pagi tadi sempat jugak aku membuat kek strawberi bertoppingkan coklat. Then ditabur dengan ape benda ntah biji kecik2 yang warna-warni tu. Bila dah siap hias kek tu, sayang plak nak makan. hehe.. Sampai sekarang ada dalam kotak tu. Ibu aku dah tak sabar2 nak makan kek tu. huhu.

    Malam karang kalau rajin, aku ingat nak goreng cendawan salut tepung untuk tokok tambah lauk. Kebetulan sepupu ku shikin yang duk kat sitiawan perak tu dapat kerja kat sini. Jadi petang nanti sampai lah dia sekeluarga kat sini. Best nya ada kazen wat teman di kala kesunyian wat sementara waktu ni. Tak sabar nak jumpa dia. Lehla share macam2 cerita nanti. huhu.

    Em kadang2 aku rasa pelik dengan diriku ini. Entahlah.. Mungkin tiap saat fikiran aku teringat kan seseorang kot. Entahlah.. Tapi serius itulah yang berlaku. Tak pernah2 aku macam ni sebelum ni. Dulu pun pernah jugak bercinta tapi takdela sampai tiap saat teringat kat dia. Tapi yang ni entahlah.. Walaupun tahu dia dah ada orang lain, tapi hati aku ni sentiasa teringat kat dia. Aku dah cuba buat macam2 benda dah tapi tetap bayangan nya tetap muncul. Tengah masak pun tadi tak pasal2 aku tersalah hantar sms ke dia. Ni angah ku punya pasal la ni. Hmm.. Entah napela aku jadi camni ek? Tiap hari aku berdoa, apakah hikmah semua ni.. Takkan Allah nak cipta semua ni untuk jadikan kehidupan manusia lebih teruk.. Sudah pasti Dia nak manusia tu jadi lebih baik daripada sebelum2nya. Nampak perkara ni macam remeh tapi sebenarnya sangat berat nak tanggung. Tapi dia ni tak pernah kata taknak. Just kata dia ada orang lain tapi tak direstui n tak tahu nak wat camne. Last2 aku kata, kahwin jela ngan orang tu tapi dia kata orang tu tak bersedia lagi. Pulak?? Hmm.. Lelaki2.. Macam2 perangai. Bila kita tak suka, dia nak kita suka. Bila kita dah suka, lain plak jadinya. Aku pun tak tahu lah.. Apa yang mampu aku buat hanya lah berdoa dan berusaha yang terdaya. Selebihnya Allah yang tentukan...

    ~syahirah~

    Kalaulah hati ini tidak disakiti....

     

    Tiap kali aku mendengar bait-bait lirik lagu ini, pasti menjelma wajah-wajah yang pernah bertakhta di hatiku. Sesungguhnya aku lebih banyak menangis daripada ketawa pabila mengenangkan mereka-mereka yang pernah aku sayangi. Tapi apakan daya, sekuat mana aku menyayangi, sekuat mana kesetiaanku, setinggi mana pengorbananku, sekerap mana air mataku mengalir, tetap tak dapat mengubah takdir Tuhan. Aku hanya insan biasa. Yang ingin dicintai dan mencintai. Tapi kenapa hatiku kerap disakiti? Kenapa? Aku tak minta apa2 pun.. Cukuplah sekadar perasaan ku dihargai dan dihormati. Aku bukan ingin harta dan kekayaan yang melimpah ruah. Aku bukan ingin seseorang yang mempunyai rupa paras menawan. Aku hanya ingin sebuah kasih kasih sayang yang tak terperi untuk ku.. Tiada siapa mahu disakiti dan dilukai sepanjang hidupnya..:'( Kalaulah mereka mengerti... ~syahirah


    Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

    jangan pernah katakan bahawa
    cintamu hanya untukku
    karna kini kau telah membaginya

    * maafkan bila memang kini
    harus kutinggalkan dirimu
    karna hatiku selalu kau lukai

    ** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
    ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

    ku menangis.... membayangkan
    betapa kejamnya dirimu atas diriku
    kau duakan cinta ini
    kau pergi bersamanya
    ku menangis...  melepaskan
    kepergian dirimu dari sisi hidupku
    harus slalu kau tahu
    aku lah hati yang telah kau sakiti

    ku menangis
    harus slalu kau tahu
    aku lah hati yang telah kau sakiti
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...