expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 30, 2010

Congratz to Harimau MALAYA!! HoorAY!!!:)

Malaysia menang!! huhu.. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF di Jakarta malam tadi. Doa rakyat Malaysia dimakbulkan.. Sangatlah gembira. Berita lanjut di sini dan sini. Walaupun pintu gol Malaysia diasak bertubi-tubi oleh pasukan Indonesia, tabik spring buat hero Malaysia selaku goal keeper, Khairul Fahmi yang berjaya menghalang bola menerobos masuk ke dalam gawang Malaysia.  Dia memang seorang goal keeper yang mengagumkan!! Dan yang paling best dia berjaya menangkap bola ketika Kapten Indonesia, Firman melakukan sepakan penalti. Owh Fahmi, you're really great last night! hehehehe...

Walaupun Indonesia berjaya mendapat 2 gol, tapi kemenangan tetap milik Malaysia apabila membawa bekalan 3 gol dalam perlawanan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur cukup untuk menempah kemenangan di Stadium Bung Karno, Indonesia. Walaupun Malaysia ditekan dengan teruk dan diugut bermacam-macam oleh media dan penyokong fanatik Indonesia, Malaysia masih mampu mempertahankan pintu gol sebaik-baiknya. Ada satu part yang paling aku geram tu bila wajah Fahmi diacukan sinar laser tepat kat pipi dia. Bukan 1 je tapi ada dalam 3 camtu. Tapi team Malaysia profesional. Tak cepat melatah. Yang penting fokus pada permainan. Setakat laser, nak bising-bising, tapi permainan tak sebagus mana, nak watpe kan..? Yang penting semangat dan strategi setiap ahli pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik. Walaupun pada perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia dan dikritik hebat oleh media Indonesia, tapi alhamdullah, harimau Malaya tak mudah tunduk dan terus berjuang mendapatkan kemenangan. Walaupun masa tu media dan most of rakyat Indonesia mengutuk-ngutuk Malaysia dan memperlekehkan skuad harimau Malaya. Syabas juga buat jurulatih Malaysia, K. Rajagopal. Walaupun ada media kurang matang seperti ini memperlekehkan anda sebagai coach Malaysia. Teruskan perjuangan mendidik anak buah anda untuk kejayaan-kejayaan seterusnya. Tahniah!:)

Whateverlah.. Janji Malaysia menang!!! Hooray! Hooray! huhu.. Rumah aku malam tadi meriah dengan sorakan aku sekeluarga sewaktu menonton perlawanan tersebut. Menjerit-jerit sampai sakit tekak. Berlawan-lawan dengan jiran sebelah. huhu. Tapi aku salute (betul ke eja) la pasukan Malaysia. Corak permainan dorang dah macam Brazil pun ada. hehe. (perasan je aku ni). Malaysia bermain dengan gentle walaupun kurang menyerang pihak lawan. Tapi takdelah kasar macam pemain Indonesia yang berapa kali kena kad kuning. Mungkin kerana tertekan, itu sahaja cara yang mereka ada untuk menundukkan pemain Malaysia. Juga tahniah buat Safee Sali selaku penjaring terbanyak pada kejohanan kali ni. You are the best! hehe.. Congratz! Tapi nape takde Anugerah Penjaga Gol Terbaik ek? For sure milik Fahmi punya. Kan3x??


So, pada penyokong-penyokong lawan tu, janganlah bersedih sangat. Biasalah adat pertandingan. Ada kalah ada menang. Be profesional. Malaysia boleh tersenyum dalam kekalahan masa pertandingan-pertandingan lain, kenapa anda nak berterusan emosional dan membangkitkan kemarahan kepada kami? Kami dah banyak membantu anda walaupun anda balas dengan cara tak sepatutnya. (Malas nak sebut lagi. Boleh tengok entri ini) Pasukan anda mengambil hadiah malam tadi pun, langsung tak menunjukkan semangat kesukanan tapi ketidakprofesionalan anda kepada penonton. Anda sebagai team Indonesia kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat anda supaya menerima takdir dan tidak beremosi tak kira kalah atau menang. Bersikap profesional dan berfikiran rasional. Jangan sebab bola sebiji, anda membakar api amarah yang tak sepatutnya kepada Malaysia. Kita serumpun.. Ingat tu.. Bacalah nasihat ini sebagai panduan.

Atas kemenangan Malaysia malam tadi, P.M kesayangan R.M telah memberikan cuti umum buat rakyat Malaysia pada hari Jumaat ni. huhu.. Terima kasih banyak-banyak ya Dato' Najib.:) So, hari ni hari terakhir kontrak aku di KKM ni. Aku akan bercuti sementara menunggu samada kontrak disambung atau tak dan juga menanti keputusan interview aku pada 7hb nanti. Ada rezeki adalah. Kalau takde, aku dah bersedia untuk cari nafkah rezeki kat tempat lain. 


Sekali lagi sekalung tahniah buat skuad Harimau Malaya!! Teruskan perjuangan anda untuk kejohanan-kejohanan selanjutnya. Love you Fahmi! oops! hehehe.. Papai....;)

Wednesday, December 29, 2010

MY caT caLLed C.I.K.O

Aku ada seekor kucing bernama Ciko. Hari ni tetiba rasa gatal tangan nak share gelagat lucu dan pelik si Ciko kesayangan aku dan family aku ni. Ciko memang seekor kucing yang jinak dan tak banyak buat hal. Walaupun masa mula-mula jumpa dia, kami sekeluarga ingat dia seekor kucing yang mempunyai cacat pendengaran. Sebabnya, bila kami panggil-panggil nama dia, dia macam tak dengar dan buat bodoh je. Tapi lama-kelamaan barulah dia faham bila nama dia dipanggil. Rupanya dia bukan kucing yang pekak. hehehe.. Setiap kali hari Raya Aidilfitri, genaplah setahun dia tinggal dengan kami. Sebab masa jumpa dia dulu pada Hari Raya Aidilfitri. Now, kat 2 tahun dia bersama kami. mengubati rindu kami pada Tommy yang dah menghilangkan diri. (Mungkin dah arwah agaknya)..

Berbanding kucing sebelum ni yang kami bela bernama Tommy, si Ciko ni berbeza karakternya banding ngan si Tommy yang agak agresif. Walaupun warna bulu dorang lebih kurang sama tapi perangai berbeza. Macam juga manusia. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.:p Aku bukan nak membebel panjang kat sini. Just want to share apa si Ciko ni suka buat. Ada tabiat dia yang agak pelik. huhu... Selamat menengok!:)
.
.
.
Ciko semasa masih kecil.... Dah pandai tengok kamera untuk pose! hehe

Dulu... Ciko bercinta dengan Mr. Boolu..
.
.
.
.
.
.
.
.

 Sekarang.... Kasih beralih arah dengan Japsterina pulak!! hehehe.. (sejak aku dah buang Mr.Boolu)




 Ciko sibuk nak pilih baju apa nak pakai.. Pening dia tengok wardrobe aku agaknye sebab banyak sangat pilihan.. :p




 Ni yang ibu aku selalu marah. Habis pasu bunga ibu aku jadi tempat tidur dia. Pokok-pokok semua mati. haha..




Gelagat lucu sewaktu Ciko tidur atas sofa.. Kaki ke atas.. Nyenyak betul dia tidur. Tapi tuan dia tidur tak macam ni ok!




 Suka berjemur tengah panas (di bawah matahari terik!). Konon-konon kat tepi pantai lah kot. Ala-ala baywatch. haha..


 Hah!! What are you doing Ciko! huhu



 Ciko sangat obses dengan Mr. Lappy aku. Dia boleh tidur tanpa berganjak berjam-jam atas laptop yang terpasang. Nakkan haba agaknya..



 Sibuk je nak posing dengan teddy bear yang lain. huhu



 Intai apa tu Ciko?? Mengendap orang mandi ye...?? hihi..



 "Sigh... Letihnya badan..." kata Ciko..(bawah meja makan)

Cak! Main nyorok-nyorok plak dia...





 He's really obses with my Lappy! huhu..








 Bestnya dapat tidur bawah selimut.. Taknak bangun leh tak?



Merenung masa depan.. Rindu kat gilrfriend kot!!;)

 The best Ciko's pic yang aku tangkap.. Suka sangat!:)

  
 He likes kissing people... Muah!



With me....


  



With me again.. Shining eyes...



 Hope we will happy together-gether.... :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
STOP!! 
 I am macho cat! Do not disturb me!!
hehehe..

That's all from me today... Nantikan kisah kucing-kucing lain yang pernah ada dalam hidup ku. huhu... Bye everyone..:)

Tuesday, December 28, 2010

perKahwiNan ayAt-ayAt CinTa.......

Aku sangat menyukai lagu ini! huhu.. Barakallahu Lakuma by Maher Zain.. Lirik dan iramanya amat menyentuh perasaan halus ku. Lagu ni sangat sesuai untuk didendangkan sewaktu majlis perkahwinan sebab liriknya menceritakan sebuah majlis meraikan penyatuan cinta seorang lelaki dan wanita iaitu perkahwinan. Di hari bahagia tersebut setiap orang akan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin yang diraikan. Sangat-sangat menyentuh jiwa lagu ni. Bila dengar je lagu ni, teringat filem Ayat-ayat Cinta.. Tergambar sebuah majlis perkahwinan yang penuh keberkatan dan amat menusuk kalbu. Meriah tetapi diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t. Tak perlu perhiasan bermewah-mewah, yang penting keberkatan dari Allah s.w.t, restu ibu bapa dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Pastu aku pun mulalah berangan-angan nak wat tema perkahwinan ala-ala ayat-ayat cinta juga. Dan yang pasti lagu Barakallahuma ni mesti dipasang. Dah ada dah dalam kepala otak aku nak wat camne nanti. InsyaAllah... Doa-doakanlah ye kawan-kawan..:)



By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

 Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
  Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

GoaL keepEr MaLaysia puN perNah di Laser!

Sejak Malaysia menang 3-0 dalam perlawanan menentang Indonesia Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bukit Jalil kelmarin, macam-macam cerita kurang enak aku dengar. Yang paling tak best bila Indonesia menyalahkan Malaysia atas kekalahan mereka dalam perlawanan tersebut. Dalam media siber, facebook, blog, website dan sebagainya telah mengutuk malah memfitnah Malaysia dengan macam-macam tuduhan. Nauzubillah...

Aku sendiri yang berdarah keturunan dari Indonesia berasa malu dengan tindakan tidak matang dan kurang pandai yang ditunjukkan oleh warga Indonesia yang terlalu beremosi. Yang paling aku nak geli hati tu, gara-gara goal keeper yang diacukan pancaran laser, terus jadi isu yang hangat. Habis Malaysia dikutuk-kutuk dan dihina-dihina. Sibuk sangat si Markus ngan laser-laser, nah ambil 3 gol sekaligus! Dan yang paling kelakarnya, setiap jenis warganegara Indonesia dari yang paling atas hingga terbawah, sibuk nak kutuk-kutuk Malaysia. Termasuk artis dari Indonesia. Wah... Rakyat kita punyalah ramai menyanjung lagu-lagu mereka, beli album artis-artis mereka, menonton filem-filem mereka tapi macam ni dorang balas?? 

Aku bukan lah nak cari pasal tak tentu pasal kat sini. Tapi agak geram lah juga nengok blogger-blogger dari Indonesia yang over-over menabur fitnah dan menghasut pemikiran rakyat mereka untuk mengkondem rakyat Malaysia. Maklumat lanjut korang leh baca kat sini. Then pagi tadi terbaca satu blog pasal laser-menlaser ni kat sini. Ada juga lah blog-blog lain aku baca. Memang geram pun ada. Tapi kita rakyat Malaysia telah dididik untuk bersikap rasional dan profesional walaupun segelintir pemimpin kita tak macam tu pun. (oopS!!).

Oklah, sekarang Indonesia sibuk sangat nak marah-marah Malaysia pasal laser-laser tu. Tapi camne dengan insiden yang sama berlaku ketika Malaysia menentang Indonesia dalam peringkat kumpulan pada 4 Disember lalu?? Ni amik bukti ni. Laporan akhbar Kosmo! hari ni ada menyiarkan penjaga gol Malaysia juga telah dipancarkan sinaran laser ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta tersebut. Tapi rakyat Malaysia takde pun timbulkan kekecohan macam yang warga Indonesia lakukan. Dah pula tu tabur fitnah sana-sini tanpa bukti kukuh. haish.. Sama je macam puak-puak U&$0 lagaknya. huhu..


Pertelingkahan camni memalukan jela. Malaysia ni kira dah banyak bersabar dah dengan kerenah rakyat Indonesia yang kadangkala melampaui batas. Kita masih boleh bertolak-ansur. Masih menghulurkan bantuan ketika negara mereka ditimpa bencana yang maha dasyat seperti Tsunami dan gempa bumi. Masih berpusu-pusu menuju ke sana untuk membeli-belah kerana barangan yang murah (naikkan ekonomi mereka). Masih memberi peluang kepada anak muda dan warga mereka mencari sesuap rezeki di bumi Malaysia. Masih menerima kunjungan artis-artis dan pemimpin-pemimpin mereka di sini. Masih boleh berdiplomasi bila Malaysia dituduh sebagai "malin" atau pencuri. Masih boleh bekerjasama menghantar pulang rakyat mereka yang masuk secara haram menggunakan kos sendiri. Dan masih boleh bersabar dengan kerenah warga mereka yang buat hal di sini seperti merompak, pecah rumah, membunuh, gejala sosial, melarikan anak majikan, melarikan anak gadis Malaysia (kes lelaki Lombok bawa lari anak dara Malaysia dah berapa kali dah terjadi; baca sini) dan macam-macam lagi. Kalau mereka masih tak bersyukur, tak tahulah.. Berfikirlah dengan matang. Majukan anak bangsa dahulu sebelum nak kutuk kemajuan negara lain. Kan lebih baik kutuk dan perang Yahudi laknatullah yang dah terang-terang berlaku kejam terhadap rakyat Palestin. Nak berperang pun biarlah jihad melawan penentang agama Islam bukan perang kerana budaya semata-mata. Kerana hanya agama Islam yang membentuk peribadi manusia bukan budaya dan emosi manusia semata-mata.

Tapi pape pun, aku harap hubungan Malaysia dan Indonesia tidak terjejas dengan kerenah segelintir rakyat mereka yang tak tahu mensyukuri keamanan dan kedamaian yang dikecapi antara kedua-dua negara. Yang penting sokongan tak berbelah bagi kepada team Malaysia dalam perlawanan akhir di Indonesia hari Rabu ni. InsyaAllah kemenangan jadi milik kita. Jangan ada isu laser lagi sudahlah. huhu.. Peace no war...




p/s: Karang aku melaser betul-betul, kalah Kak Engku bekas pengacara rancangan Melodi kat TV3 tu.. haha..

Monday, December 27, 2010

3 gamEs : 1 pLAyeR

Salam semua.. Em sekarang ni aku tak tahu nape tiba-tiba aku nak cerita tentang game yang aku selalu main dalam facebook. Actually ada 3 jenis game aku main. Walaupun sebenarnya main game ni membazir masa tapi sekurang-kurangnya leh menguji kesabaran juga. Kalau orang yang tak suka main game mesti mengutuk-ngutuk aku lepas ni. haha.. See.. Tapi aku tak kisah. Janji Rock! hehe.. Tapi dengan main game kadang-kadang leh release tension tau.:)

Ada 3 game facebook yang aku main dari dulu sampai sekarang. Kalau ikutkan masa belajar dulu lagi banyak game aku main. Bela-bela binatang lah. Contoh (Pet Society, Petville) Ada jugak main game farm-farm tu macam Farmville ngan TikiFarm. Cuma sekarang aku dah tak aktif main game tu sebab memakan memori lappy aku terlalu banyak dan menjadikannya slow a.k.a lembab. Pastu lama-lama hang dan aku pun fedup nak main lagi. So, aku just main game yang sentiasa up-to-date dan tak membebankan kepala otak lappy aku ni. huhu.. Mesti ada yang kata, entah pape la aku ni nak tulis benda merepek camni. Tapi ni blog aku. Kalau rasa suka, leh baca, kalau tak suka, faham jela ye..;)


1st: Mafia Wars- Kalau dengar mesti pelik sebab aku seorang perempuan tapi suka sangat main game yang dikatakan agak ganas ni. Tapi takdelah ganas mana pun. Game ni berkisarkan kehidupan mafia-mafia dan dunia jenayah dorang. Dalam game ni aku banyak mengembara ke tempat-tempat seluruh dunia macam London, Paris, Moscow, Cuba, Las Vegas, Italy, Bangkok and etc. Tapi mostly game ni bermula daripada New York. Kena expert wat pelbagai job dan kumpul pelbagai inventory untuk tambah pengaruh dan kekuatan. Kalau rajin main, barulah dapat travel ke tempat lain dan dapat mengumpul duit serta harta yang banyak. (Dalam game jela, kat luar, takdenye..) huhu... So, aku beridentitikan mafia yang bernama "airiel".  Disebabkan kegilaan aku terhadap game ni, level aku sekarang dah ke 484! Dan dapat mengumpulkan ahli mafia aku seramai 351 orang! hehe.. Sambil update blog ni pun aku sempat lagi main ni. Jap lagi naik satu lagi level. Giteww... Tapi syoklah game ni. huhu..


Ni lah profile Mafia Wars aku... Tengoklah level berapa.. Ganas tak aku?? huhu..

Sebahagian inventory yang telah aku kumpulkan.. Termasuk weapons, vehicles, animals dan sebagainya.. Actually profile ni panjang ke bawah tapi aku edit and compile kan dalam small pics. Banyakkan?? huhu..



2nd: Sorority Life- Haa.. game ni baru sesuai untuk orang perempuan macam aku ni. Mengisahkan tentang seorang gadis remaja beridentitikan Airiesya (sedap nama aku bagi?) hehe. Game ni juga aku travel banyak tempat seperti Tokyo dan Milan. Kalau dah game orang perempuan, so lebih banyak tentang fashion, beauty, glamourous, catwalk, show-off dan sebagainya. So, level aku sekarang dah ke 145 dan mempunyai housemate seramai 243 orang. Game ni agak sukar nak naik level sebab tak banyak sangat job yang boleh dilakukan mengikut energy yang dibekalkan. Kira lambat nak naik experience. Kena tunggu sampai energy penuh baru leh wat job dengan cepat. Tapi yang menarik, leh tukar-tukar fashion baju, aksesori dan haiwan peliharaan. Dan siap ada boyfriend lagi tau. Tapi kena makesure sentiasa update ngan boyfriend setiap hari. Kalau tak nanti ada housemate yang akan rampas pakwe kita tu. Pastu kita ditinggalkan dan kena cari pakwe baru. Huhu dalam game pun leh rampas-rampas ya. Kat luar lagilah kan. :p Tapi dah semestinya tema fashion aku warna pink. Dari pakaian, kasut, aksesori hinggalah haiwan peliharaan aku. hehehe... Tengoklah profile Sorority Life aku kat atas tu. Pinky style by Airiesya...:) Dan pakwe aku sekarang adalah Mr. Mickey the Muscle. Handsome tak? haha..:p

3rd: Tiki Resort- Game ni macam budak-budak sikit. huhu.. Sebab apa, animation untuk game ni memang ala-ala kartun dalam tv. Tapi dalam bentuk gambar bergerak. Kadang-kadang berat juga lappy aku tapi masih dalam keadaan terkawal. Mengisahkan kehidupan aku di sebuah pulau persendirian. Setakat ni aku dah memiliki 4 buah pulau tetapi hanya satu sahaja yang aku komersil kan untuk pelancongan dan nak dapatkan duit. Tak larat nak control semua pulau. Dalam pulau ni, kita leh decorate and design susunan bangunan dan aksesori dalam pulau tu. SO, kalau makin cantik pulau tu dan makin banyak attractions, dapatlah tarik ramai pelancong untuk stay kat pulau tu. Dari situ kita dapat duit untuk beli attractions yang lain. And tiap hari kalau kita buka game ni, akan ada hadiah misteri menanti dalam gift box. Disebabkan aku main game ni agak lewat, so level aku taklah tinggi sangat. Tiki neighbours pun dalam 15 orang camtu. Tapi kira ranking aku top5 lah juga. Aku suka game ni sebab rasa seronok tiap kali kutip hasil daripada bangunan macam hotel, spa, restaurant dan lain-lain attractions. Macam rasa puas bila klik-klik keluar duit. Kalau duit betul-betul mesti masyuk! haha..
Inilah keadaan pulau aku.. hehe.. Siap ada volcano lagi.;)

Selain daripada ketiga-tiga game ni ada juga aku main game lain tapi tersangat jaranglah aku on. Sebab memakan memori lappy aku dan agak slow untuk loading. Antaranya game Treasure Isle (ekspedisi mencari harta karun dari pelbagai pulau dan turut memiliki pulau sendiri), Social City (membangunkan bandaraya sendiri-game ni aku main sebab terpaksa. wakaka.. sebabnya en. J aku minat main game ni and suruh aku jadi member), Pet Society (Membela seekor kucing bernama Airiel Syinsya-memang dah berbulan aku tinggalkan. Mesti dah busuk gila dan berulat pet aku tu. hehehe) dan PetVille (juga bela seekor kucing bernama Syisyi- tribute to my beloved hamster aku yang dah mati.) Miss you syisyi..:( Setakat ni aku just aktif main 3 game kat atas tu. Lepas-lepas ni sebarang invitiation untuk join apa-apa game lain memang aku tak terima dah sebab tak minat and tak mahu menambah-nambah berat lappy aku. huhu. Kalau korang yang tak pernah main game dalam facebook tu, rasa-rasa nak try, lehlah cuba main. huhu. 

Okeys only this for today. Actually memang dah lama nak wat entry about game-game ni. Tapi tak berkesempatan. Saja nak share minat ngan korang sewaktu masa lapang. Tapi aku main game dah tak macam dulu time belajar kat UKM. Dok mengadap berjam-jam, memang tak larat dah. Setakat on, dan tengoklah pape yang patut. Selebihnya, update benda lain. Kalau tak mahu tak berganjak depan lappy ni. Lappy ni pun dah bosan nengok muka aku agaknya. haha.. Pape pun enjoy-enjoylah k. Tapi jangan leka dan lalai bila main game tu. Solat jangan tinggal ye.. Take care and goodnight everyone..

NeRvOuS vs cOOL

Wah...!! Nape tetiba petang ni aku rasa seram sejuk semacam?? Nervous nya!! haha.. Giler ar.. Tangan aku dah sejuk macam dalam peti ais! Nape plak ngan aku ni ek..? Actually aku terlampau gementar menunggu result interview aku..! haha.. Ntah pape la aku ni kan. Tapi betul lah.. Semua orang kat sini dah nervous. Kalau ikutkan, keputusan keluar hari ni. Tapi dari sejam ke sejam tak keluar-keluar juga resultnya. Hmm.. 

Sebenarnya dari semalam mahupun pagi tadi, takdelah aku serisau sangat macam ni. Pagi tadi tak terfikir pun pasal result-result ni. Boleh sampai terlupa pun result keluar hari ni. Tapi makin nak petang barulah makin terasa debarannya. Bila dah asyik ramai yang ingatkan. Ibu aku berapa kali dok call kat office tanya camne result. Kat office ni ramai juga yang tanya and suruh check melalui calling. Tapi kitorang semua takut!! Tak berani nak dail nombor phone SPA tu. Takut beb! Seram bangat! haha.. So, akhirnya kitorang jadilah pungguk rindukan bulan sampai ke petang. (siang-siang memanglah tak nampak bulan):p hehehe..

Apa perasaan aku?? Aku sendiri pun tengah confuse what i'm feeling now. Nervous memang nervous. Sampai sejuk dah tangan ni. Dah macam nak pi nikah lah plak! Takpun macam nak gi jumpa bakal mak mentua. haha.. Apa dah aku merepek ni?? huhu. Nervous punya pasal! Tapi En. J aku pesan jangan fikirkan sangat pasal result tu. Buat kerja macam biasa.. Then, be cool.. Tenang.. Dan sentiasa maintain cool.. Result ok tak ok ke tetap kena cool dan relax. Jangan risau-risau sangat katanya. Tapi dia confident sangat-sangat aku leh dapat jawatan tu. Aku sendiri pun macam dah patah semangat, dia leh yakin tahap sebegitu. Mungkin nak bagi aku semangat kot. Tapi tu lah, nanti bila yakin sangat, takut bila tak dapat nanti frust menonggeng! Kalah frust sebab putus cinta. (Yeke?):p That's why aku takut.. Kalau ikutkan aku tak kisah tapi sebagai manusia biasa dan salah seorang calon yang ditemuduga, for sure lah sedikit sebanyak aku berharap untuk berjaya dalam temuduga tu. Aku dah lakukan yang terbaik dan sehabis baik pada hari penting tersebut. Cuma bila menunggu dan terus menunggu, buat aku makin hilang semangat. Dah takut dah nak klik ke portal SPA untuk check result. Dapat ke tak dapat?? Aaargghh stress! huhu.. Eleh, macam lah aku tak biasa menunggu-nunggu ni kan. Kira proses tunggu-menunggu ni dah banyak kali aku practice. Bukan sejam dua tapi bertahun-tahun. Pengalaman jadikan pengajaran. Yes! Sabar itu penting. InsyaAllah akan membuahkan hasil yang lebih baik dari sebelumnya..

So, apa aku nak buat ni? Buat kerja seperti biasa..:) Walaupun dalam hati ni still dup-dap-dup-dap.. Tapi seperti kata En. J, kena maintain cool.. Baru tenang.. And tak perlu risau sangat. Sentiasa fikir positif.. Teruskan perjuanganmu Syahirah!!:)

KaLimaH Allah...



 Salam.. Just nak wat pembetulan atas entri berkaitan kalimah Allah yang aku update semalam. Leh baca kat sini. Dalam entri ni, gambar dia ada sedikit masalah dan tidak terpapar dalam blog. So, hari ni aku upload semula gambar tersebut dan korang leh tengok lah gambar yang diperkatakan dalam entri tersebut.






Sunday, December 26, 2010

Kalimah ALLAH di atas genangan air!!

Salam.. Aku baru je terima satu emel berantai. Seperti biasa tujuan memforwardkan benda ini adalah untuk dapat rezeki dan sebagainya. (Dah jadi macam khurafat pun ada) Tapi bagi aku, emel ini emel yang baik. So aku jadikan sebagai info yang amat berguna bagi menunjukkan keagungan Allah s.w.t yang menciptakan alam yang penuh 1001 rahsia ini. Ayat daripada emel ni aku translate ke Bahasa Melayu yang lebih mudah difahami sebab emel ni diforward daripada seorang Muslim dari Indonesia. Mungkin ini sebahagian keajaiban ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan Allah s.w.t sebagai pencipta alam ini.. Wallahualam..

Tulisan ALLAH di atas genangan air di Bekasi Timur, Indonesia!!!

ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR........ALLAHUAKBAR 

Dari handphone seorang hamba Allah bernama Zulherman secara tak sengaja sewaktu berjalan telah melihat genangan air berbentuk kalimah ALLAH s.w.t... Subhanallah ......... 

LOKASI: 
Antara Cikarang - Tol Bekasi Timur , Jalan Utama / pinggir jalan Kalimalang di Indonesia. Allahu Akbar ! 

Fw Tulisan ALLAH diatas genang.jpgFw Tulisan ALLAH diatas genang1.jpg

Fw Tulisan ALLAH diatas genang2.jpgFw  Tulisan ALLAH diatas  genang3.jpg

SENTIASA LAH INGAT PADA ALLAH SWT...SETIAP SAAT, SETIAP DETIK....SUBHANALLAH!!!!!

Congratz fOr my belOved CousiN.. Kak Shaire..:)

Alang-alang aku dah kat depan PC ni, lehlah aku update skit peristiwa semalam. Cewah! Oklah, semalam 25 Disember 2010 sepupu kesayanganku telah bertunang dengan jejaka pilihannya... Sejak dari bangku sekolah dorang bercinta (kalau tak silap), dan telah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya mereka ditunangkan.. Aku happy sangat-sangat sebab akhirnya salah seorang sepupu ku membuka tirai menuju ke alam perkahwinan. Walau pun bertunang tapi majlisnya tetap grand. Siap ada pelamin yang sangat cantik dan indah. Bertemakan ala taman dihiasi dengan bunga ros kegemaranku. Aku suka sangat decoration hantaran yang disediakan oleh Mak Uda ku sendiri. Berkonsepkan sangkar burung merpati, sangat sweet dan elegan. Memang kreatif betul sentuhan Mak Uda aku ni. Lebih-lebih lagi untuk majlis anak sulong yang tersayang. 

So, aku share lah beberapa foto kenangan dari Majlis Pertunangan tersebut. Tahniah buat Kak Shaireen dan Abang Imran yang dah ditunangkan. Dijangka hujung tahun depan dorang akan diijabkabulkan. InsyaAllah..:)

Pelamin mini berkonsepkan dalam taman yang sangat indah.

Hantaran dari pihak perempuan

Sebahagian hantaran dari pihak lelaki

     Saat cincin disarung ke jari manis oleh bakal ibu mentua..
                    
Tenang... Suasana ketika bacaan doa Selamat..   

My sweetest cousin during her engagement day.. Kak Shaireen..

 Congratz! Abg Im & Kak Shaire..

KAMI!! Sepupu-sepapat yang happening! haha..

P/S: Kak Shaire, please jangan cop tarikh 11.11.11 tau! Reserve for me and my Mr. J. InsyaAllah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...