expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 12, 2011

Aku sUka Ana Raffali menang AJL-25!!

Tahniah wat Ana Raffali, one of my favourite singer nowadays!! Congratulations and hopefully your carrier will become more successful and keep up a good work to produce more quality songs.. Such as Tolong Ingatkan Aku.. Love that song so much.:) Aku pernah wat satu entri berkenaan lirik lagu ni. Memang liriknya penuh makna yang mendalam. Tersirat sangat-sangat. That's why juri bagi kemenangan wat Ana Raffali sebab lagu ni penuh simbolik. Congrats again! Aku suka Ana Raffali menang!!:)


Kepada mereka-mereka yang rasa menyampah atau tak puas hati dengan kemenangan Cik Ana Raffali ni, anda tetap kena terima keputusan ini. Dulu masa Siti Nurhaliza di awal-awal kemunculannya, tiba-tiba menang AJL ke berapa entah, lagu Jerat Percintaan, sama macam ni juga. Kena hentam macam-macam. Kata dia still young, tak layak menang lah apa la. Now, where is she now? Menjadi penghibur terkenal tanahair. Rezeki orang, jangan nak pertikaikan. Right? Be profesional not emotional. Tak perlu sampai nak create group nonsense macam ni---->>

So, wat peminat & penyokong Ana Raffali, jom sokong page yang menentang group atas ni di link ini.



Aku pada mulanya tak bajet langsung lagu ni menang sebab yela, ramai lagi yang hebat-hebat. And mostly orang fikir Faizal Tahir mesti menang sebab dia otai dan lagu dia pun power. (Tapi aku tak minat pun). Yela, pape pun rezeki Ana Raffali nak menang tahun ni. Terkejut juga bila keputusan diumumkan. Juri-juri yang buat pemilihan bukan calang-calang orang yang dah memang berpengalaman dalam bidang muzik. Then, lagu ni pun sedikit sebanyak ada kaitan dengan aku. Simple and symbolic. "Please remind me.." Hanya orang yang benar-benar faham sahaja akan suka lagu ni menang.


Apa yang menarik tentang Ana Raffali ni sampai aku suka dia? (Just my opinion)
  1. Imej beliau yang sangat berlainan iaitu suka mengenakan baju kurung dan baju kebaya yakni; baju tradisional wanita melayu. Walaupun wajahnya mix tapi dia tetap minat pakai baju kurung tak macam artis lain yang dah kebaratan. 
  2. Pandai bermain gitar; ramai lagi artis leh main gitar macam Yuna dan lain-lain. Tapi rasa unik bila tengok gadis yang berwajah mix berbaju kurung sambil bermain gitar. So sweet!:)
  3. Lagu "Tolong Ingatkan Aku" tu sangat tersirat dan sedikit sebanyak ada kaitan dengan aku kot. Maklumlah, memang sifat aku ni kadang-kadang cepat lupa sesuatu. So, kena selalu diingatkan supaya tak lupa. Tak kira pape perkara pun. Manusia kan mudah lupa. So, makan kismis banyak-banyak ye..:)
  4. Kebetulan memang aku dedikasikan lagu ni wat Cik Abangku Mr. J.. So, rasa kemenangan Ana Raffali tu sempena kemenangan kami. hehe. (Perasan jap):p
  5. Beliau merupakan adik kepada pelakon yang sangat comel iaitu Lisa Surihani. Sama-sama cantik dan berbakat. Memang kelas dorang ni! huhu


Oklah, tu saja entri kali ni. Harap-harap Ana raffali kekalkan prestasi, jauhkan kontroversi. Macam ayat Melodi lah plak. Giteww... 



Cik Mesya : Menyampah tengok artis Malaysia berpakaian macam wanita zaman jahiliyyah. Baik tak payah pakai pape langsung. Nauzubillah, semoga mereka insaf..

5 comments :

Ahmad Zaki said... Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Saya minat sangat pada Ana taklah cuma menghargai bakat yang dia ada. Artis lain juga ada potensi dan bakat serta tarikkan yang tertentu... Lain masa mungkin pihak lain yang menang...

Saya ada buat artikel balas mengenai isu puak-puak yang tak suka Ana menang AJL ke 25...


http://smskey.blogspot.com/2011/01/ajl-menilai-lirik-dan-lagu-gubahan.html

matt Dark said... Reply To This Comment

lgu dia best arh..mmg layak menang

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Ahmad Zaki: Check out your entry comments.:)
matt Dark : Betul-betul. Lagu yg simple, tak perlu menjerit-jerit. huhu. Cuma Ana perlu mantapkan lagi vokal dia. Sama juga mcm tahun lepas. Aizat menang dgn lagu seperti ni juga. Just like i said, simple but symbolic..:)

Muhamad Khidir said... Reply To This Comment

eh ada fb page camtu?
dahsyatt
1 mo x tau plak ana adik lisa?
hmm tp mmg 2-2 cantik huhu

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

em tu la, dlm fb tu mcm2 org leh create. ntah pape ntah dorg ni. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...