expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 27, 2011

CoretAn RaSa hARi iNI

Sakitnya hati ni.. Ya Allah hai.. Tuhan jela yang tahu. 

Hari ni aku mencari sesuap rezeki dalam keadaan yang sangat tertekan. Terpaksa menanggung tugas untuk beberapa orang pegawai. Macam nak terkeluar isi otak.

Apa yang aku kesalkan, di saat aku tengah tension dengan kerja datang pula dugaan lain. Sakitnya hati ni memang tak terperi.. 

Takpelah, akan ku tabahkan hati ini.. Demi maruah yang sedikit tercalar. Setelah aku bersujud tanda mengalah. Akan ku teruskan hidup walaupun dilanda masalah.

Hidup manusia memang begini. Kadang-kadang perkara yang tiada kaitan dengan kita pun, sesekali terpalit jugak kesan tempiasnya. Kadang-kadang sampai basah lencun. Dan menunggu lama untuk mengeringkan hujan di hati.

Nasib baik aku diberi kekuatan. Dari Yang Maha Esa. Dan mereka yang menyayangiku. Aku tak boleh puaskan hati setiap jiwa. Seperti seorang ibu tak dpat nak puaskan hati 10 orang anak. Pasti akan ada yang terluka mahupun melukakan. 

Apakan daya. Bukan tak berusaha. Tapi Tuhan penentu segalanya. Kalau benar itu untukku. Aku redha dan pasrah. Cuma satu ku pinta. Biar tanggungjawab ku kepada setiap insan di dunia ini, dapat aku tunaikan sebaiknya. Biar kita memulakan tapi jangan kita menamatkan. Kerana penamat sesuatu perkara, kuncinya pada diri kita. Seperti juga kemaafan.

Aku suka berkongsi cerita. Tapi bukan semua orang suka mendengar atau membaca. Aku suka nak tahu sesuatu. Tapi bukan semua orang suka dan sudi nak memberitahu. Aku tak faham dan orang lain lagilah tak faham..:p

Apa-apa pun, jangan toleh belakang lagi. Sebab kejayaan dan kebahagiaan ada di depan. Tu sebab kena cari dan usaha sampai dapat. Kalau masih pandang ke belakang, masa terbuang camtu sahaja. Cahaya bahagia dan kejayaan makin suram. Dan terus pergi jauh tinggalkan kita.

Oklah, aku nak teruskan kerja aku. Aku bukan macam dulu. Mudah rebah bila diuji Allah. Semua ni mendewasakanku. Dari seorang yang baik jadi lebih baik. Itulah azam ku. Good luck to myself!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...