expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 4, 2011

roTi TeLur

Alhamdulillah kenyang... Sebentar tadi menikmati roti bersalut telur +mayonis and karipap goreng segera.. Sedap!Juadah untuk minum petang.. Makan malam belum lagi. hehe.. Ditambah dengan cuaca nak hujan tapi belum hujan, memang masyuk pekena roti telur. Dah lama aku tak wat sejak kerja. Tetiba hari ni mengidam nak buat. Kebetulan perut memang dah berkeroncong. Daripada takde wat pape, aku pun menuju ke dapur menyediakan bahan-bahan nak goreng roti telur. Resepinya, simple je. Semua orang reti punya nak buat. Cuma aku ada add-on mayonis dalam telur tu. Menambah rasa lemak-lemak lagi dalam telur tu. Orang yang obes tak digalakkan mengambil menu ini ya. huhu..

Bahan-bahan (anggaran 4 orang makan)

  1. Roti potong 5 keping (tak kira brand apa pun tapi aku guna brand Gardenia)  
  2. Telur ayam 3 biji (Bukan telur itik, telur buaya, biawak, penyu atau segala macam telur yang tak tertelan dek tekak aku)
  3. Mayonis cap Lady's Choice 1 sudu
  4. Garam secukup rasa
  5. Serbuk Kohilal secukup rasa
  6. Jangan lupa minyak masak untuk menggoreng (Jangan guna minyak petrol/minyak gamat/ minyak dagu/ tahi minyak plak!)


Cara memasaknya.. (Sonang je!)
  1. Sediakan bahan untuk telur dulu... Campurkan telur, mayonis, garam dan serbuk Kohilal, then kacau sehingga kembang (keluar buih). Ala, macam nak buat telur dadar tu. Selalunya aku letak bawang kecil yang dihiris-hiris untuk tambah lagi sedap tapi tadi tak sempat sebab dah lapar sangat. hehe..
  2. Next, ambil roti sekeping dan salutkan roti tu dengan telur yang kita dah gaul mesra tadi. Makesure tangan korang bersih sebelum pegang roti tu. Better guna penyepit tapi takut roti tu terkoyak sebab dia jadi lembik bila rendam dalam telur.
  3. Then, bila minyak masak dah panas dalam kuali, bolehlah goreng roti yang dah bersalut telur tu.. Bila dah kuning~jingga, bolehlah diangkat dan dihidangkan dalam pinggan. Lepas tu, apa lagi?? Ngaplah! Jangan lupa goreng sampai habis dulu baru boleh makan ye..;)

Tambahan: Kadang-kadang aku letak sekeping cheese antara 2 keping roti, then salut dengan telur pastu goreng. Boleh juga tabur dengan mozarella cheese dalam telur dan juga roti yang telah digoreng. Fuhhhh! Memang masyuk! I love cheese!!! huhu..;D
Yummy!!! Roti telur bersalut telur di dalamnya ada cheese...:P

2 comments :

New Hope said... Reply To This Comment

mak ai sedapnye kiter pun nak belajarlah


MASUK AKAL KAH

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

boleh3...:) nanti kalau akak dah wat leh bagi sy rasa! hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...