expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 5, 2011

seCawaN MinumAN | sEtenAng petAng

Haish... Sabar jela... Aku baru nak relax-relax, tetiba ternaik anginlah plak!! Dengan sape aku nak marah ni? Cuba cite sket. haha.. Aku geram ngan kucing aku si Ciko. Elok-elok dia tidur kat bantal aku, aku nak gi angkat kain baju kat ampaian, tahu-tahu dia pergi kaisnya aku punya keyboard lappy! Menjeritlah aku tadi. Tak pasal-pasal aku jentik telinga dia. Tertanggal beberapa key. Sabar jela.. Dahlah lappy ni dah lama, bertambah jahanam lappy aku ni. Tapi pape pun aku tetap sayang lappy aku ni. Banyak berjasa sepanjang aku menggunakannya..

See... Tercabut-cabut keybord aku diwatnya Ciko. hmm...

Untuk menenangkan hati aku yang panas dek kerenah si Ciko, aku bancuhlah Hot Chocolate dan menikmatinya bersama-sama beberapa potong kek coklat buatan Mokde aku dari Jaybee. Nyum-nyum! Nyaman dan tenang je rasa...

Menikmati secawan hot chocolate...@_@

Chocolate cake made by Mokde from Jaybee

Sejak dua menjak baru ku tahu rahsia minuman coklat ni. Memang tiap malam before tidur aku akan ambil secawan hot chocolate. Rasa fikiran lebih relax dan tenang. Pastu boleh tidur dengan lena. Kadang-kadang aku minum secawan susu before tidur. Tapi susu macam terlalu heavy dan agak lambat aku nak habiskan. huhu. Oh ye, boleh lah aku share brand minuman coklat apa aku gunakan. Tak tahulah kalau korang pernah dengar ke tak. Namanya Ameco daripada jenama Apache. Aku beli dari pasaraya Mydin. Masa tu ada booth kecil promote produk ni. Amoi tu kata produk ni baru nak masuk pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni. Yang kelakar nya adik lelaki aku siap tanya, "Halal ke tak?". Alhamdulillah Halal.. Masa tu aku pun testlah minum secawan kecil yang diberikan oleh Amoi tu sebagai sensory evaluation. Teringat masa study dulu aku selalu wat sensory evaluation untuk macam-macam produk makanan. huhu. Em rasanya memang best! Coklat pekat! Terus aku beli sepeket dan hampir tiap hari aku minum. Trylah beli kalau korang nak rasa ya.

New brand.. Serbuk minuman coklat yang aku minum.


Actually macam-macam brand ada untuk minuman coklat ni. Teringat masa gi pameran MAHA kat Serdang hari tu, banyak betul produk-produk daripada coklat. Dan mostly sedap-sedap produk coklat yang dihasilkan. Ada satu brand tu, memang sedap giler minuman coklat dia. Tapi aku tak beli sebab fikir tak terminum nanti beli sepeket tu. Bila fikir balik, menyesal tak beli. hehe.. But compare to another product which most familiar in the world, Milo, memang brand-brand lain lagi bagus sebenarnya. Aku bukanlah nak kondem Milo tapi the fact is, Milo has very poor quality of chocolate. Tapi disebabkan ia lebih terkenal dan rasanya yang mudah diterima pengguna, menjadikan ia produk terlaris di pasaran. Should be Vico or Ovaltine yang mempunyai kualiti coklat yang bagus. Tap tu lah, most of products kat MAHA tu masih awal diperkenalkan dan agak sukar menembusi market yang ada sekarang. Bila tanya ada jual kat mana, semuanya mash belum dipasarkan. So, camne nak kembangkan produk diorang even their products has very good quality. Em diharap one day, produk-produk yang bagus ni berkembang lebih maju. InsyaAllah.. Sebabnya, produk-produk tu kebanyakan adalah keluaran orang-orang Melayu. Tapi seperti biasalah, market untuk Melayu punya produk sukar nak tembus pasaran dalam atau luar negara..

Aiyoooo!! Apa aku merepek ni??? Panjang lebar nak mampus plak tu! haha.. Tetiba je ek nak story pasal coklat-coklat dan business-business ni. Walhal just nak share apa yang aku buat di petang-petang hari yang mendamaikan ni.. Hujan turun memang sedap kalau dapat tidur. Tapi tak elok tidur lepas waktu Asar. 

Oklah, need to stop here.. Pada yang singgah ke blog aku tu, tinggal-tinggalkanlah jejak anda melalui komen atau alert kan "Wajah skodengers" kat blog aku ni ye. Supaya nanti aku akan buat perkara yang sama kat blog korang. Selamat petang...!:p



Cik Mesya: Mata sudah mengantuk. Hot chocolate ni pukau aku ke?? -__-

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...