expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 14, 2011

NO to Valentine but YES to Maulidur Rasul!!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah berjumpa kembali dalam entri aku lagi. Dan bersyukur juga ke hadrat Ilahi yang telah memanjangkan umur aku dan memberi kudrat untuk menulis blog. Syukran...:)

Hari ni 14 Februari 2011... Apa yang korang semua fikir? Cepat fikir... What do you think about this date? Kalau fikir pendek, mungkin akan jadi negatif.. Cuba korang fikir panjang sikit, apa benda ngan tarikh ni? Hanya tarikh je kan? huhu.. 

Bagi aku 14 Februari 2011 merupakan 1 permulaan baru dalam kehidupan ku.. Alhamdulillah banyak juga perkara menggembirakan berlaku hari ini.. Apa tu? huhu..

First, hari ini adalah tarikh aku melaporkan diri ke jawatan tetap dalam government!! Alhamdulillah..:) Dan yang paling best ditempatkan di tempat yang sama iaitu Putrajaya.. Alhamdulillah.. Tak perlu fikir panjang-panjang lagi kot-kot di transfer ke tempat lain.: Thanks kepada pihak pengurusan dan Human Resources KKM yang beri saya peluang untuk berkhidmat dengan Kementerian ini. InsyaAllah saya akan menjawat jawatan ini sebaik-baiknya. Juga terima kasih tak terhingga buat kaum keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kejayaan ini. I'm so happy today!!:D Walau pun agak kelam-kabut sikit pagi tadi sebab borang-borang yang perlu diisi masih belum lengkap. Nasib akak tu baik hati bagi tempoh untuk lengkapkan borang-borang tu. hehe.. Thanks kak!!:)

Em korang mesti ingat apa ntah kan? Okla, aku tahu korang mesti fikir 14 Februari ni tarikh untuk menyambut perayaan yang difatwakan haram bagi umat Islam menyambutnya iaitu Valentine's Day. Dah sah-sahlah kan tajuk entri aku pun berkaitan benda ni. hehehe... So far, Alhamdulillah aku tak terjebak dengan perayaan-perayaan sebegini. Bagi aku, kasih sayang perlu disambut everyday, everytime, everywhere and everything! Nak bagi hadiah, bila-bila je leh bagi. Sometimes dengan hanya memberikan senyuman kepada orang lain juga menunjukkan kasih sayang kita terhadap sesama manusia. Sebagai umat Islam, sepatutnya kita semaikan rasa kasih dan sayang dalam diri buat Allah s.w.t dan Nabi Muhammad S.A.W.. Secara tak langsung, kita akan menyayangi dan mensyukuri nikmat disekeliling kita.. Hidup pun lebih aman dan tenang..^_^ 

So, lets say NO to Valentines but say YES to Maulidurasul..!! Itulah yang sebaik-baiknya.. Dan wajib bagi kita sebagai umat Islam menghindari diri kita dari terjebak dengan perayaan Valentine tetapi mengagung-agungkan Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.. Tahun ni, Maulidurasul jatuh pada 15 Februari 2011. Memang bagus sangat-sangat. Jadi marilah kita berselawat ke atas baginda s.a.w sebagai tanda kita mencintai baginda..:) Dan kebetulan jatuh pada hari Selasa. Memang sesuai bangat! Setiap hari Selasa pasti ibu ku mengingatkan untuk berselawat sebab setiap hari mempunyai zikir-zikir yang afdal untuk diamalkan. Jadi, marilah banyakkan berselawat dan berzikir di samping tidak melupakan ibadah-ibadah wajib yang lain.. Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam di dunia ini..:)

Oh! Kedua, ada satu lagi perkara happy yang berlaku hari ini.. Today i got Angpau! Hehe.. Sempena CNY yang disambut oleh kaum Cina.. Ni first time aku dapat angpau..:) Thanks to Pn. Wee, merangkap Pengarah di tempat kerja aku. Gong Xi Fa Chai!! Xie xie ni Pn. Wee.. :) Tak sangka dia sangat baik hati walaupun dia kelihatan sangat workaholic! Cara beliau bercakap juga sangat laju ala-ala lawyer. Semoga tahun baru arnab ni, BKKM terus maju ke hadapan! (Sempat promote ye) hehe..
Excited 1st time dapat angpau! hehe..;)

Ni la angpau nye.. Isinya? Rahsia... Tapi oklah sebab diberi untuk semua staf terlibat..:)

Tahun lepas tahun Harimau. Tahun ni tahun ni tahun Arnab..(Berdasarkan kepercayaan orang cina..:))



Cik Mesya : Walaupun Malaysia ni negara berbilang kaum, sebagai umat Islam kena tahu beza baik dan buruk sesuatu kebudayaan terhadap pegangan agama kita.. Tak sabar nak sambut Raya Aidulfitri.. hehe.. (Pose pun lum lagi):p

3 comments :

srimieracatcraze said... Reply To This Comment

wow! tahniah! akhirnya berjaya jga lapor diri dgn selamatnya...cpt jga ltk entri ye, salam maulidur rasul jga kt org kt sana...

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Thanks Sri..:) hehe kebtulan sok cuti, takde wat pape.. Nanti jumpa di meeting k..=)

srimieracatcraze said... Reply To This Comment

orite...ni tgh cr tmpt ntuk lodging lg ni...XD umah cousin ada tp d bangi, kalo dpt lg dkt lg baik coz sng turun meeting nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...