expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 7, 2011

aPa kaTa SurVeY??

Salam semua.. Wah sempat aku update blog di waktu bekerja!! huhu.. Maklumlah, tengah attachment memang masa lapang lebih banyak daripada bekerja. Sekurang-kurangnya dapatlah aku concentrate wat benda lain. Benda ape tuh?? Blogging ye...??;) haha takdela.. Ni pun sambil-sambil je. huhu. 

Tadi aku check nuffnang aku.. Jumlah terkumpul... RM 3.. ribu!! kehkeh kena tipu!;P RM3.00 je!! huhu takpelah, ada juga yang sudi mengklik iklan-iklan kat blog aku. Thanks ye atas sumbangan setiap RM0.25 anda.=) 

Then aku checklah poll aku.. Tak sangka ramai juga yang sudi klik survey aku tu. huhu.. Pada yang belum wat survey tu, dipersilakan ke sidebar kiri blog aku ni. Kejap je survey nya.. Daripada result survey ni, sekurang-kurangnya dapatlah aku menambahbaik blog aku ni.=) Jom lihat.. Apa kata survey.....???;)
 
1st: Age, Gender, Occupation
Yang ni ada 47 responden.. Ramai gak. Just basic informations about my blog viewer.. huhu.. 

Keputusannya: 

- Jantina responden : 70% adalah wanita.. Selebihnya lelaki.. Huhu wanita lebih suka berblogging berbanding lelaki. Aku dapati wanita juga banyak menggunakan internet untuk menjalankan business. Memang salute lah kaum wanita. Dan memang lumrah seorang wanita, suka menggunakan medium pengantara seperti menulis sebagai salah satu cara meluahkan sesuatu.. Lelaki plak, lebih suka menyembunyikan semua perkara. Konon taknak share lah, jiwang lah.. huhu. So, jangan marah kalau anda rasa wanita kurang memahami lelaki ye..;)

- Umur responden : Mostly berumur antara 24-30 tahun iaitu 44%.. Bawah daripada tu pun ramai juga. Yang dah berusia lebih 40 tahun dalam 2% je.. Orang muda memang suka berlaman sosial ni. huhu. Maklumlah zaman sekarang dah canggih. Tapi perlu diingatkan! Gunakan laman sosial seperti berblogging untuk perkara berfaedah sahaja ya!

- Kerjaya responden : Nampaknya student paling ramai jenguk blog aku iaitu seramai 46%. Ada juga dari golongan profesional dalam 25%. Eksekutif 5% dan manager 6%. Yang menganggur atau mungkin suri rumah sepenuh masa dalam 12%. Seperti kebiasaan, student lebih banyak masa waktu terluang untuk beronline. Pape pun, pelajaran jangan diabaikan okey!=)


2nd: Pilihan di tangan anda
Yang ni poll yang aku create khas buat mereka-mereka yang sudi menjenguk blog aku ni. huhu. Tak ramai yang sudi menjawab poll ni. Hanya 6 orang je yang bagi respon. So lets see the result!^_^

Keputusannya:

- What do you want to know about Cik Syahirah?
1) 50% nak tahu tentang aktiviti harian aku. huhu.. Actually aku tak berapa gemar menulis tentang daily task dalam blog. Sebab ianya lebih kepada personal info. Baik aku buka diary je. huhu. Pape pun aku sentiasa update aktiviti-aktiviti menarik dalam blog aku ni.=)
2) Kisah cinta aku.. 33% teringin nak tahu.. huhu.. So far will no more love story akan aku tulis dalam blog ni. Untuk yang terkini bolehlah tapi untuk story benda-benda lepas, aku dah takde perasaan lagi nak cerita Sebab ia lebih banyak mendukacitakan daripada mensukacitakan. huhu. Apa-apa pun semuanya jadi pengajaran buat aku dalam memberi dan menerima sebuah perasaan bernama cinta.
3) 16% nak tahu tentang kegemaran aku. huhu.. Actually aku pernah update benda ni dalam entri 30 perkara rawak tentang diri aku. So, anda boleh refer entri ni kalau nak tahu apa yang aku suka dan tak suka. Tak cukup? hehe nanti aku update lagi k..:)

- What are you thinking about this blog?
1) 66% kata blog ni cute macam tuannya! hehe.. Sape lagi kalau bukan aku! kehkeh.. Perasan! Actually ayat poll tu saja psiko korang. huhu. Pape pun thanks atas undian anda.=]  
2) Tapi 16% ada juga kata blog aku pelik and 16% kata blog aku memerlukan improvement. huhu thanks atas kritikan itu. I'll try my best to design my blog and update my entry so that you all will be happy bila jenguk blog aku ni..:)

- What do you want to say to the blog owner?
1) 66% kata nak bagi salam kat aku. hehe.. Jadi aku menjawab salam dorang dengan Waalaikumsalam..=) Itulah yang sebaik-baiknya kalau kita masuk rumah orang.. Kan? 
2) Agak kelakar bila 16% responden nak cakap I love and Miss You kat aku! @_@ hehe malunya.. Sape lah agaknya tu. huhu.. Love you too as a friends..=)
3) Ada juga 16% kata suka kat blog aku. Terima kasih sangat-sangat.. Selalu-selalulah jenguk blog ni ya..=]

So, inilah hasil poll yang aku buat dalam blog aku ni.. Terima kasih kepada responden-responden yang sudi menjawab poll aku. Pada sesiapa yang belum tu sudi-sudilah ye. hehe..;)


Cik Mesya : Mula-mula tak tahu apa kegunaan poll ni. Now, dah tahu rasa best plak! hehe..:D

1 comment :

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

Oh ye, result poll ni diambil sehingga 8 Mac 2011 jam 2.00pm.. Sekian. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...