expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 6, 2011

BeST iCeCreaM fROm IceROOm

Salam.. Hehe entri baru lagi.. Kali ni just nak update tentang aktiviti aku dan kawan-kawan office ku bila tiba hari Jumaat. hehe..

Kalau kerja kerajaan biasalah, waktu lunch adalah waktu rehat yang paling panjang iaitu 2 jam setengah. Setelah berpenat-lelah menjalankan tugas, so hari Jumaat adalah paling sesuai untuk kami pergi ke mana-mana masa lunch hour. Apa lagi, cari makan lah! huhu.. So, aktiviti ni baru bermula beberapa minggu lepas. Gara-gara telah bosan menikmati makanan tengahari dari tempat yang sama, so kitorang pun try lah cari alternatif pergi tempat-tempat menarik untuk makan. huhu.. Kat sini aku share lah gambar-gambar kitorang gi jalan-jalan cari makan. huhu..

Untuk kali ni, aku share story kitorang gi makan @ Ice Room, Bangi... Mula-mula nak gi tempat ni macam sangsi sikit sebab entah-entah restoran ni just hidangkan aiskrim je sebagai menunya. Mana kenyang tengahari buta melantak aiskrim jek. huhu. Tapi aku teringat yang aku pernah terbaca artikel dalam Majalah Mingguan Wanita tentang restoran ni. Selain aiskrim, menu lain juga ada disediakan. Owner dia orang Melayu dan sememangnya ada pengalaman dan pengetahuan dalam pembuatan aiskrim dari oversea. So, kitorang pun serbulah. Ramai juga orang. Dan mostly pelanggan memakan aiskrim! huhu.. Tengok dorang makan, terliur plak rasa. Nampak sedap!^_^

Cara order, kena tengok katalog then tulis dalam borang kecil yang disediakan. Dah siap order, terus panggil waiter dan tunggulah hidangan sampai. Disebabkan kitorang excited sangat, ambil masa juga nak berfikir untuk order makanan apa. hehe. 

So, sape-sape nak rasa kelainan tempat makan, leh lah try restoran ni.. Design dan konsep tempat ni agak menarik. Penggunaan warna hijau striking, membuatkan kita rasa ceria, segar dan tertarik untuk stay kat restoran ni. Selesa lah untuk bersantai-santai. huhu..



Pandangan dari luar restoran


Kak Min, aku and Kak Aina..

Kak Suha, Lee and Sanaz..

Macam biasa kalau tempat baru aku suka order Spaghetti Bologness.. huhu

Hot & Spicy Soup Noodle.. Kak Aina kata Maggi lagi sedap! hehe..

She Zuan Spicy Noodle (Dry).. Kak Suha pun kata maggi lagi sedap. hehe. Kosong je mee ni. Takde ayam atau daging..

Spagetti with Black Pepper Chicken.. Rupanya macam mee goreng. Dagingnya liat sampai Lee terpaksa berhempas-pulas mengerat daging tu. Nasib baik tak tersiku Kak Suha. huhu..


Chicken Bologness Spaghetti.. Sedap!=)

Rose Syrup with Lime.. Perghh!! Memang sedap! Fresh! Tapi Kak Aina kata masam sangat. huhu

Steam Lotus Rice.. Ala-ala pulut plus kicap. Sian Sanaz tak kenyang makan benda ciput ni. huhu..

Nut Case (Peanut Snow Ice).. Sangat sedap!! Benda ni habis dulu daripada makanan lain!:p

Tropical Mixed Fruit Snow Ice.. Sedap juga tapi Nut Case still No.1..

Sudu yang sangat panjang untuk makan aiskrim... huhu

Oklah, kalau korang teringin nak makan aiskrim terbaik dan terlazat, aku memang syorkan tempat ni. Nak makan benda lain, tak banyak sangat yang menarik dan sedap. Harga pula lebih kurang macam tempat lain tapi murah sikit daripada Secret Recipe. huhu..


Cik Mesya : Nama tempat ni pun Iceroom, jadi hanya aiskrim jela jadi menu terbaik di restoran ni.. huhu..



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...