expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 9, 2011

Indahnya Muharram..

Assalamualaikum semua...=)


Apa maksudnya gambar di atas ini? huhu.. Tiba-tiba nak berteka-teki pula ya..;) Actually ni gambar tu hasil daripada salah satu kuiz di facebook yang aku main. huhu.. Aku tengok ramai yang  buat kuiz ni. Sampai ada yang tag nama aku. So, aku pun tryla buat.. Just masukkan tarikh lahir dan keluarlah tarikh lahir aku dalam bulan Islam.. Automatically tau..:)

Alhamdulillah.. Aku memang dah pernah kira tarikh lahir aku dalam bulan Islam; Bulan Muharram.. Kalau korang nak cuba kuiz ni, boleh je.. Kurang-kurang kita tahu di mana kelemahan dan kekurangan diri kita yang perlu diperbaiki. Daripada korang dok percaya dengan bintang-bintang a.k.a zodiak tu, baik try tengok dari perspektif Islam pula..

Hasil daripada kuiz ni, aku bersyukur dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak buat kedua ibu bapa aku yang telah membesarkan dan mendidik aku dengan sempurna hingga hari ini.. Dulu masa di sekolah rendah, aku memang seorang yang pendiam. Tak banyak cakap.. Dan sampai satu tahap sampai pernah kena buli dek budak-budak nakal kat sekolah. huhu.. Pelajaran pun merosot.. Tapi lepas aku berpindah ke sekolah lain, prestasi aku mula meningkat. Ibu ayah aku mengajar ku tentang kesusahan hidup. Dari situ aku mula belajar tentang berdikari, tanggungjawab dan sebagainya. Dan yang paling penting adalah ajaran agama.. Sememangnya orang sekeliling terutamanya family yang banyak memberi bimbingan dan dorongan. Berkat doa mereka, aku berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik. Syukur Alhamdulillah..=)

Mungkin aku dilahirkan dengan kepala yang agak besar, that's why aku boleh berfikir dengan jauh. Maksudnya cepat tangkap. huhu puji diri sendiri plak ye.;) But, ianya memang betul. Kalau tak silap, salah seorang makcik aku kot bercerita.. Aku boleh translate perkataan pregnant tu kepada mengandung semasa berusia bawah 5 tahun! Ntah ya ke tak, tak tahulah.. huhu.. Kiranya aku jenis suka mendengar dan memerhatikan perkara keliling dan terjemahkannya dalam bentuk yang aku fahami. Mungkin berkat ibu aku mengidam makan buah delima masa mengandungkan aku kot. hehe..

Tiap hari aku berdoa kepada Allah semoga diberikan akal fikiran yang baik, hati yang suci, fizikal yang sihat dan dijauhkan dari segala perkara yang tidak baik. InsyaAllah selagi kita ingat pada Allah, kita akan selamat dari segala perkara-perkara yang merosakkan diri kita dari segi minda, rohani dan jasmani. Mana-mana aku pergi kalau aku terpaksa tinggalkan sesuatu barang, aku sentiasa berniat, bahawa Allah akan menjaga barang tu sebab dia Maha Melihat. Kalau ada orang mengumpat atau mengutuk atau membuat fitnah terhadap diriku, aku sentiasa yakin bahawa Allah Maha Mendengar. Dia yang akan menurunkan balasan kepada orang-orang tersebut. Jadi, semua tu akan melindungi diri kita dari anasir-anasir yang tidak elok dan sekurang-kurangnya kita sendiri akan tersedar bahawa kita tetap berada pada landasan yang betul. InsyaAllah kita akan selamat dan berasa selamat..=)

Jadi, kesimpulannya, kalau niat kita baik, maka baiklah jadinya. Kalau buruk, buruklah jadinya. Umpamanya dalam pekerjaan.. Kalau niat kita nak cari rezeki yang halal, nak tanggung keluarga atau nak bantu suami, insyaAllah ia akan dipermudahkan.. Tapi kalau niat kita nak bekerja hanya untuk mengumpul kekayaan duniawi atau nak glamour umpamanya, mungkin berjaya tapi hanya bersifat sementara atau mungkin perkara-perkara tak baik yang timbul. Actually banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dijadikan contoh. Pape pun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..:)


Cik Mesya : Walau sebaik mana pun nama, tarikh lahir atau apa-apa pun, semuanya tetap bergantung kepada usaha sendiri untuk maju ke hadapan..=)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...