expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 13, 2011

MerOng MahaWangsA memang MANTOP!!!!

Salam semua..!! Apa khabar..?:)

Hari ni aku gi tengok movie baru kat pawagam. Tajuk cerita nya.. Hikayat Merong Mahawangsa.. For sure ramai dah tahu tentang movie ni kan? Terbitan KRU production. Hasilnya? Perghhhhh! Memang mantop!!!!;D

Inilah movie Melayu pertama yang mempunyai pelakon, sinematografi, skrip, side effect dan suntingan paling hebat pernah aku lihat!! Seriously, when 1st time i saw this film's promo on television, i taught it was not Malay Movie. Maybe a new series of Pirate of Caribbean. But i was wrong! Its Hikayat Merong Mahawangsa by KRU!! 

Aku tak tahu nak describe cerita ni macam mana.. Tapi kalau korang pernah tengok cerita Pirate of Caribbean, lebih kurang lah. Tapi yang ni mengisahkan seorang pahlawan dahulukala bernama Merong Mahawangsa. Tahniah kepada Stephen Rahman-Hughes yang membawakan watak Merong dengan sungguh hebat dan berkesan! Seriously aku tak sangka filem Melayu sehebat ini. 

Dengan adegan pertarungan, peperangan, percintaan dan sebagainya yang sungguh... amazing!! huhu.. Pelakon-pelakon lain yang terlibat seperti Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Nell Ng, Jehan Miskin, Vanida Imran and Mano Maniam dan ramai lagi. Memang filem ni memakan bajet yang sangat besar. Walaupun 70% dialog filem ni berbahasa Inggeris tapi aku rasa bangga filem Melayu telah mencapai standard antarabangsa seperti ni.

Gandingan pelakon-pelakon mantap dari segi watak protagonis dan antagonis menjadikan filem ni benar-benar hidup. Kira tak bosanlah kalau menonton. Sebab biasanya kalau cerita sejarah-sejarah ni mesti orang tak suka tengok. Tapi percayalah filem ni memang tak rugi korang gi tonton. Pelakon utama filem ni ialah Gavin, Jing Lu, Ummi dan Stephen.

Bermula dari negara Rom, China, Goa hingga ke tanah Melayu (semenanjung emas), Merong mengembara ke serata tempat dan mempunyai kekuatan fizikal yang hebat. Memang sesuai lah stephen bawa watak ni. Dengan tubuh badan yang sasa dan wajah handsomenya, memang sesuai sangat2 jadi hero. huhu.. Beliau kembali ke semenanjung emas tempat kelahirannya untuk membawa putera raja dari Rom yang akan dikahwinkan dengan Puteri dari China. Tetapi serangan Lanun Garuda menggunakan ilmu sihir dan kekebalan tenteranya menghancurkan segalanya dan menculik Puteri dari China sebagai tebusan untuk meminta negara China tunduk di bawah kerajaan Garuda.

Sejak itu, Merong berusaha mennyelamatkan kembali Puteri tersebut dan ditabalkan menjadi raja kepada suku-suku bangsa di semenanjung emas. Memang panjang lebar kalau nak cerita kat sini. huhu. Baik korang gi tonton sendiri dan lihatlah sendiri kehebatan filem ni. Mr. J yang sama-sama menonton pun terpaku dan tak sangka filem Melayu boleh wat cerita camni.

Before this ada juga filem hebat sebegini seperti Puteri Gunung Ledang dan kehadiran Merong Mahawangsa menambahkan lagi filem-filem bergred tinggi keluaran anak Malaysia. Kalau nak cerita memang tak terkata melalui perkataan. So, untuk filem ni aku bagi 5/5 stars!!=) Hopefully lebih banyak lagi filem-filem berkualiti seperti ini dikeluarkan. Majulah filem untuk negara!! hehe..


Khir Rahman (Kamawas).. Watak jahat!! Memang jahat!!

Tok Penghulu Kesom (Pawang) dan Ummi Nazira (Embok)...

Merong dan Laksamana China

Merong sewaktu dirawat oleh Pawang dan Embok

Percintaan putera Rom dan Puteri China

Pertarungan si jahat dan Merong

So sweet.. Masa putera Rom ni kena tikam dan dicampak ke dalam laut, hujan turun dan menangislah puteri yang telah diculik oleh Garuda. Aku pun sedih tau.. huhu

Stephen, you're great!!

Peperangan antara tentera China dan Garuda

Saat Merong ditabalkan sebagai Raja

Putera Rom sewaktu di Goa, India

Lagi pertarungan antara Merong dan Kamawas


Cik Mesya : Nak tengok filem Nur Kasih pula lepas ni.=)




2 comments :

srimieracatcraze said... Reply To This Comment

suka suka...kte pun dah tgk,mmg best la crita ni, sapa2 tak tgk memang rugi...tp budak bwh 13thn mmg tak boleh tgk, dah nama movie action, ganas2nya leh tahan, tp love story p dlm jln crita ni sweet la gak...part fave kte yg ending pnye...

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

yes dear..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...