expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 1, 2011

WaLauPuN lamBaT uPdatE, taKpela.. ThankS to StudiO MukmiN becAuse MakE me a wiNNeR!=)

Assalamualaikum semua.. Em hari ni nak story tentang apa ek? Oklah, just nak khabarkan sesuatu sebenarnya. Tapi rasa-rasanya korang semua dah tahu kot.. Tapi aku tak war-warkan dalam blog tentang perkara ni. 

Actually berkaitan contest yang aku pernah join sebelum ni tapi aku tak promote dalam blog. Cuma dalam beberapa entri sebelum ni, ada juga aku mention sikit-sikit tentang contest ni. Dan Alhamdulillah keputusannya pun telah diumumkan. I'm one of the 5 winners!!:) Korang leh refer kat sidebar blog aku ni. Ada keputusan undian. Oops! Bukan yang Precious Moment tu tapi yang Studio Mukmin untuk Pencarian Gadis Muslimah. Alhamdulillah.. Terima kasih sangat-sangat atas jasa anda-anda semua selaku pengundi tak berdaftar yang baik hati mengundi aku. hehe.. 

Pada yang dah tahu, terima kasih atas ucapan tahniah anda. Sokongan kalian amatlah dihargai. Tak sempat nak buat entri tentang contest ni sebab masa yang sangat terhad. And yang paling penting, ucapan jutaan terima kasih buat penganjur iaitu Studio Mukmin yang memilih saya sebagai salah seorang pemenang. (Why ayat aku macam skema ala-ala majlis anugerah??) huhu... Bukan apa, 40% pemarkahan adalah datang daripada pihak juri Studio Mukmin.. Manakala 60% lagi datang daripada undian. 

Awal-awal tu agak frust juga sebab aku tak terpilih dalam Top 10. Sebab apa? huhu.. Lebih kepada syarat-syarat dialah. Aku dah follow semua syarat yang diberi tapi bila senarai top 10 diumumkan, gambar aku tiada. Sedih jugalah. Then yang terpilih mostly tak ikut syarat diberi. Sebagai contoh, pemakaian make-up. Bila aku tengok gambar yang terpilih, masih ada yang memakai make-up. Jadi aku pun bertanyalah kepada pihak penganjur apa yang berlaku sebenarnya.. Rupa-rupanya ada kesilapan teknikal sedikit di mana sebenarnya aku terpilih sebagai Top 10.. Tapi aku tak terima mesej yang dihantar oleh Studio Mukmin untuk beri kata-kata hikmah berkaitan tajuk yang dinyatakan. Dan syukur Alhamdulillah, Studio Mukmin memohon maaf dan memperbaiki kesilapan tersebut. Akhirnya aku tercalon dalam Top10 dan sememangnya kebetulan gambar yang terpilih sebelum tu 9 orang je. Mungkin dah rezeki kata orang...=) Thanks ya Studio Mukmin kerana beri peluang kepada saya..:)

Ramai yang komen, aku kelihatan garang. Hihi.. Aku garang ek..?;)

So, disebabkan kelewatan gambar untuk dikeluarkan, aku terpaksalah berusaha dan bekerja keras sikit untuk promote vote. Mostly peserta lain hebat-hebat juga dan ada keistimewaan tersendiri. Dan Alhamdulillah selepas seminggu proses pengundian, Studio Mukmin pun mengumumkan 5 orang pemenang. Congratz juga buat Norbaizura, Nana Farhana, Aten Faten dan Nina Naddia. You all memang best!:) Tapi apakan daya, sesi photoshoot kami berlima berlainan hari dan tempat. Tak dapatlah bersua muka.. InsyaAllah ade rezeki dapatlah kita jumpa..=)

Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang..^_^

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Studio Mukmin ni, boleh refer page facebook dorang kat sini. Basically Studio Mukmin ni lebih kepada Islamic Photography. Macam-macam contest dia wat. Untuk sahabat, keluarga, kanak-kanak.. Mungkin sebagai salah satu langkah promotion business dorang. Diharap Studio Mukmin terus maju dan teruskan usaha anda menyebarkan dakwah islam dalam bentuk yang bermanfaat.. Amin..=)


Cik Mesya : Camnelah hasil photoshoot nanti.. huhu.. Ia berkonsepkan Islamic photojournalist. Bukan untuk memperagakan pakaian dan sebagainya. Tunggu ye kawan-kawan.. :)

2 comments :

sweetcardigan said... Reply To This Comment

hye..jom join cntest ni..
http://sweetcardigan20.blogspot.com/2011/02/cardigan-free-utk-contest-pose-dengan.html

~SyAhIrAh~ said... Reply To This Comment

huhu. thanks for inviting. tp sy takde gmba pkai cardigan.. tak dptla join..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...