expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 5, 2011

1st Portfolio by Photophobix.. Kelas lighting yang sempoi..;))

Salam semua... Sempat juga aku update blog ye.. Actually sejak kebelakangan ni aku dah kurang idea nak story apa dalam blog aku ni. Karang cerita pasal diri aku, terlebih merepek meraban plak karang. huhu.. 

So, malam ni baru aku teringat tentang 1 job photoshoot yang aku pernah join. Thanks to Abg Yusree Senpai yang sudi invite aku untuk jadi talent dalam aktiviti group dia on that day. Kebetulan, tempat photshoot pun tak jauh. Dekat je kat rumah aku. Jalan kaki pon boleh! huhu.. Lagipun memang Abg Yus nak talent yang duk dekat-dekat. Senang...

Actually sejarah aku bermula dengan team Photophobix ni bermula selepas event Arabic Photoshoot (leh refer entri INI). Abg Sani yang menjadi photog team aku masa tu yang invite join group photophobix. Korang ada facebook? Leh refer page dorang kat SINI. Dorang ni sebenarnya 1 team yang terdiri daripada photographer-photographer otai, MUA dan juga talent. Tapi asasnya lebih kepada nak share teknik-teknik dan ilmu dalam bidang photography. Dorang semua memang sempoi. Otai-otai semuanya. Mana-mana photographer yang nak share ilmu atau nak tunjuk ajar dari abang2 and kakak2 photographer ni, leh je join group dorang ni. =)

Okla cecite-cecite, melalut dah aku ni. huhu. Pada 15 mei 2011, Abg Yusree Senpai invite aku join aktiviti pertama Photophobix iaitu sesi belajar Lighting untuk Photoshoot dalam Studio. Jadi, aku dijemput sebagai model untuk aktiviti ni. Kira Abg Yusree nak share ilmu kat kawan-kawan photophobix yang lain cara-cara nak tangkap gambar dalam studio. Sebab mostly phootgrapher banyak teror shoot outdoor je. Bila dalam studio, lighting la yang diutamakan. Aku pun secara tak langsung sama-sama belajar. Ada 1 teknik tu, dinamakan "Butterfly".. =) Nak tahu hasilnya? Jom tengok gambar-gambar aku kat bawah ni.. 

Photog by Kak Aida.. Aku tak ingat nama teknik ni tapi ia untuk dapatkan mata yang sharp. Means, leh nampak lah urat-urat mata tu. Especially untuk fokus mata yang pakai contact lens.  huhu..

Ni koleksi Abg Zaidi.. Banyak gak shoot dia ambil.. Tapi dia kira salah seorang photog yang bersungguh-sungguh nak belajar.;)

Teknik ni yang dipanggil Butterfly kalau tak silap. Tang mana tu? Cer tengok kat bawah hidung. Ada bayang-bayang kan? Itulah Butterfly. Kalau gambar yang betul-betul cantik, Butterfly akan kelihatan sampai bawah dagu, bibir dan mata. Sebab lighting betul-betul kat depan muka talent. Biasanya lighting ni untuk shoot model iklan produk kecantikan..=)


Photog by Abg Zaidi.. Edited by me.. huhu... Koleksi gambar pasport versi terbaru! Ahakss...;P Maaflah kalau gambar agak kaku sebab dah disuruh sebegitu. Shoot ni hanya untuk test lighting je. Takleh nak pose over-over.. hehe..

Pose berangan atas kerusi. Habis je aktiviti ni tiap orang kena tangkap gambar kat kerusi ikut kreativiti masing-masing termasuk photographer ok! haha.. 

Lighting dari sudut 45 darjah.. 

Last pose! huhu...

Ok, inilah sebahagian team Photophobix..:) Gelagat dorang ni memang wat semua tak kering gusi. Ada je benda-benda kelakar yang dorang wat. huhu.. Nice to see all of you.. ^_^



Cik Misya : Alhamdulillah, ni lah rezeki pertama aku dapat selepas join bidang modelling. Walau pun tak banyak, rasa macam syukur sangat-sangat. Thanks Abg Yus! Kalau ada lagi jangan lupa invite k..=)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...