expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 11, 2011

Syarat-syarat nak jadi pengendali makanan, sila pergi kursus ya!

Selamat pagi semua! Ceria-ceriakan hari anda di hari sabtu ni ya..;) huhu.. Ceria ke? haha.. Bolehlah labu..:p Pagi-pagi dah kena masuk office. Seperti mana diarahkan oleh Incik Bos.. Nak wat koje skit katanya. Maklumlah minggu depan ada event besar. Nak kena follow up semua jemputan. Mesti lenguh mulut nak dok call and cakap benda yang sama kat 500 orang jemputan! haa.. Ramai kan? Tapi takpela, demi tugas kenalah dilaksanakan. Ni event yang agak besar selepas 2 tahun seksyen aku ni tak anjurkan apa-apa event. Bersiap-sedialah nanti nak hadapi pelbagai kerenah manusia on that day. huhu..

Sebut-sebut event, korang tahu ke event apa? Em insyaAllah 15 Jun ni kepada sesiapa yang terlibat dengan Program Latihan Pengendali Makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, akan diadakan 1 seminar kepada semua Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan juga tenaga pengajar. huhu Best tak? haha tibe jek.. Mesti ramai ternganga tak tahu pekebendenya ni.. haha..

Oklah kepada sesiapa yang tak tahu tu, sila baca Food Hygiene Regulations 2009 atau dalam BM nya Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kat LINK INI. So, kepada sesiapa yang menjual/mengendalikan/membungkus makanan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan penjualan makanan, korang diwajibkan mengikuti Kursus Latihan Pengendali Makanan. Haa ni mesti ramai tak tahu kan? Nak tahu lebih details kena lah baca buku Law tu. Apa syarat-syarat nak jadi seorang pengendali makanan semua ada dalam Law tu. Kalau korang tak patuhi, silap-silap kena kompaun RM10 000.00 atau penjara 2 tahun ok! Jangan main-main..;)

And korang kena tahu korang tu pengendali makanan ke tak sebab even makcik-pakcik yang jual goreng pisang tepi jalan tu pun kena pergi kursus ni ok. Apetah lagi yang jual makanan kat kedai-kedai atau restoran. Event yang jual secara online tu pun makesure korang dah ada sijil latihan pengendali makanan. Ni undang-undang baru tetapi masih dalam proses educational enforcement. InsyaAllah akan dikuatkuasakan betul-betul tak lama lagi. 

So, untuk semua pengendali makanan please alert this ok! Sebab sekarang ni ramai yang tak tahu dorang kena pergi kursus, ambil suntikan typhoid dan buat medical check-up. Saya just sharing apa yang sepatutnya saya share. huhu.. Selebihnya tindakan korang..

So, nak kena gi mana untuk dapatkan kursus? Boleh refer senarai syarikat yang dah diiktiraf sebagai SLPM di SINI.

Untuk maklumat lanjut leh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833558.. 

Ok nak sambung buat kerja..! huhu papai..=)




Cik Misya : Kursus yang selama 3 jam dan berharga RM50.00 ni pun orang payah nak pergi. Susah sangat kerr...???

2 comments :

mizz miza said... Reply To This Comment

Assalamualaikum cik misya, sy nk tnya, mcm mane ya nak apply jawatan tenaga pengajar SLPM?

mizz miza said... Reply To This Comment

Assalamualaikum cik misya, saya nak tanya, macam mana ya nk apply jawatan tenaga pengajar SLPM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...