expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 9, 2011

BERSIH vs POLIS : Who will be the winner?

Selamat pagi semua.. Amacam hujung-hujung minggu ni? Dah ada planning nak ke mana-mana? Kat Putrajaya ada Pesta Floria 2011, Kat KL ada BERSIH 2.0.. OoopSS! haha.. Tersebut plak kat sini. Kena tangkap tak nanti? hihi.. 

Kelakar betul lah Malaysia ni.. Pelik bin ajaib pun ada. Aku cuma rasa hairan kenapa anggota polis Malaysia sangat takut kepada kebangkitan rakyat? Bila dengar je nak wat perhimpunan, awal-awal lagi ko dah kata haram. Fatwa mana entah polis ni pakai. Tapi yela, nak salahkan polis 100% tak patutla plak. Dorang hanya suruhan pak menteri atas tu. Saya menurut perintah kan. Macam aku lah juga. huhu..


Tapi seriously, Bersih 2.0 berjaya mencetuskan fenomena baru dalam Malaysia ni. Mungkin yang tak menyokong taktahu apa ke benda yang Bersih ni bawa. Apa yang aku tahu asal-usul Bersih ni bermula sejak tahun 2007 lagi. Tuntutan utama dorang ini adalah SPR mengadakan pilihanraya dengan adil dan saksama. Means bukan berat sebelah dan bersih serta bebas dari anasir-anasir luar yakni digunakan oleh pemimpin kerajaan dalam memastikan kemenangan mereka. Tapi itu hanyalah sebahagian tuntutan mereka. Banyak lagi yang mereka ingin bangkitkan. Soal hak-hak rakyat.. Wang rakyat, kepimpinan dan segala macam lagi. Sejak 2007 tu lagi dorang dah bagi macam-macam surat pada SPR tapi tak dilayan. Now, dorang bangkitlah nak tegakkan keadilan. So, apa masalahnya? huhu..

Tapi seriously napelah polis Malaysia ni kelam-kabut sangat sampai tutup semua jalan-jalan kat KL, tak bagi certain-certain orang masuk KL. Mengarut! Ni ke demokrasi? Di manakah tempat kita nak bersuara? Dalam blog? Ok.. TV, radio, akhbar, majalah? Hmm semua tak leh pakai.. 

Aku pula nak kata sokong sangat Bersih 2.0 ni takdela, tapi aku bangga la ada individu yang berani macam Datuk Ambiga tu bersuara menentang kekotoran yang berlaku dalam negara ni. Seorang wanita plak tu. Korang ada bran?? Huhu..=) Takpela, kita just jadi pemerhati bebas je la ye...;)


Em so, hari ni takleh gi KL. Nak gi pun naik je tren. huhu. Cuma aku musykil, kalau ada orang pakai baju Spongebob, kena tangkap tak? hehehe.. Maklumlah polis tengah fobia dengan warna kuning sekarang ni. Tapi tu kan warna keagungan Raja-raja Melayu. Kalau Sultan-Sultan pakai baju kuning pun kena tangkap ke? Tak baik tau dorang ni. Tak pasal-pasal warna kuning jadi warna yang menakutkan. Dulu orang fobia dengan warna "hijau"! hihihi...;))

So, aku rasa polis larang ke tak larang, still ada juga mereka-mereka yang turun KL nak teruskan Bersih tu. Takpela, biarkan jela. Daripada polis tutup jalan, baiklah dia gi tutup pusat-pusat hiburan yang dah sah-sah tempat maksiat tu. Peniaga-peniaga kat KL tu mesti rugi besar hari ni. Yela, sape nak gi shopping kalau semua jalan dah tutup? Kalau ada perhimpunan tu for sure peniaga untung besar sebab ramai orang akan datang membeli. Pasaran luas kot.. Ape daa.. huhu... Okla nak tahu perkembangan terkini Bersih 2.0 leh tengok blog ini..---> KERENGGA

Ok, selamat memBERSIHkan diri dari perkara-perkara tak baik ye.. Salam perpaduan...=)



Cik Misya : "Kuning" bermaksud bersedia! So, get ready jela untuk apa-apa kemungkinan pun. huhu..

1 comment :

just SpEaK-uP..! said... Reply To This Comment

akak pun pelik..bukan ke hipunan bersih nih dah diperkenan oleh Agong..bila depa nak p stadium dah plak tak dapat permit..sian depa..depa otw nak p stadium merdeka..tp disekat oleh FRU..hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...