expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 11, 2011

Pemergianmu amat merentap tangkai hati kami.. Al-Fatihah...

Tepat jam 9.30 malam, 9 Julai 2011, tanpa diduga aku dan sekeluarga mendapat berita yang amat menyedihkan. Seluruh ahli keluarga menangisi atas berita yang tak disangka-sangka itu. Mungkin 9 Julai 2011 orang hanya berfikir tentang Perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Tapi ada lagi perkara yang lebih menyentap sanubari ku sekeluarga..

Muhammad Nur Qayyum bin Faizal, 17 tahun.. Sepupu ku yang disayangi meninggalkan kami sekeluarga tanpa diduga. Sudah takdir sebegitu, Allah lebih menyayangi beliau. Kejadian jatuh motor berhampiran simpang di kawasan rumahnya telah meragut nyawa beliau sekelip mata. :'( Kejadian tersebut disaksikan beberapa orang rakannya akibat terlanggar lubang besar atas jalanraya.

Al-Fatihah buat Allahyarham yang sangat disayangi oleh kami sekeluarga...

Seminggu sebelum kejadian, kami semua sempat bertemu semasa Majlis Kenduri Tahlil di rumah Pak Uda ku. Memang Allahyarham telah menunjukkan tanda-tanda akan pergi menemui Ilahi tapi siapalah kita sebagai manusia biasa ingin menduga. Menjadi seorang yang kurang bercakap berbanding sebelumnya. Riak wajahnya kurang ceria dan kelihatan agak pucat. Tatkala bergurau, Allahyarham hanya tersenyum. Yang mungkin takkan dilupakan apabila dia menghubungi Angahku sehari sebelum kenduri, Allahyarham menyatakan ingin hadiah dari setiap adik-beradikku sempena Hari Lahirnya pada 27 Jun lalu. Rupa-rupanya "hadiah" yang dimaksudkan adalah Surah Yassin sebagai teman pemergiannya.. Ya Allah.. Sungguh besar kuasa Mu..

Allahyarham bertopi merah.. Kenangan semasa Aildifitri 2010..

Dari kecil Allahyarham memang anak yang bijak. Pandai dalam pelajaran. Baik budaknya. Sangat menghormati orang tua dan boleh diharap untuk buat apa-apa kerja. Hasil didikan orang tuanya.. Tapi aku sangat respect dengan parent Allahyarham.. Walaupun sedih atas pemergian anak sulong mereka, tapi mereka tabah dan redha atas apa yang berlaku. Takziah buat mereka. Semoga Pakcik Atan dan Makcik Sal tabah dan banyakkan bersabar. InsyaAllah besar ganjaran buat mereka yang diduga sebegini. Itulah harapan Pakcik Atanku.. Mengharap anak lelaki sulong membesar dan dapat menjaga family nya suatu hari nanti.

Sempat aku mencium dahi jenazah Allahyarham.. Sungguh tenang wajahnya. Ibarat orang yang sedang tidur. Salah seorang teman sekolahnya yang menziarahi jenazah di hospital malam tersebut memberitahu Allahyarham seolah-olah tersenyum. Sebak bila mendengarnya.. Ganjaran buat Allahyarham yang sangat baik orangnya.

Walaupun aku amat sedih dan masih terkejut dengan pemergian Allahyarham, kehidupan perlu diteruskan. Teringat-ingat hari terakhir aku berjumpa dengannya. Aku sempat bertanya-tanya dan berbual-bual dengannya tentang Kamera DSLR yang aku teringin nak beli. Allahyarham minat fotografi. Jadi aku minta tolong dia carikan member-member yang boleh jual murah kamera tersebut. Dan aku sempat berpesan, "Dalam minggu ni tau Ayum".. Then, dia jawab " InsyaAllah kalau sempat.." Then dia salam aku dan pulang ke rumahnya selepas majlis kenduri seminggu sebelum tu. 

Hmm.. Tak sangka sepupu rapat yang dulu masih kecil membesar bersama-sama aku, tak panjang umurnya. Allah lebih menyayanginya.. Tapi Alhamdulillah urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan dan tak disangka ramai betul kenalan dan saudara-mara yang hadir semasa pengebumian. Betapa baiknya Allahyarham sebab ramai yang sukakannya sehingga yang hadir lebih daripada 100 orang! Rezeki Allahyarham sampai yang solat jenazah mengambil beberapa saf. Memang ramai yang menyayanginya.. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman. Wallahualam..


Cik Misya : Will miss you Ayum.. One of the great cousin forever... Al-Fatihah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...